04/10/2019
[[ Sejarah Sireh]]
Dalam urusan adat perkahwinan terutama dalam urusan meminang, tepak sirih adalah instrumen utama yang melambangkan untuk mengetahui jika hajat yang dibawa pihak lelaki diterima atau mungkin ditolak oleh pihak perempuan. Ini kerana tepak sirih menjadi lambang bahawa wakil sebelah lelaki membawa hasrat untuk melamar wanita pilihan hatinya.
Menurut Pakar rujuk busana dan budaya, Puan Zubaidah binti Sual, āApabila sirih dimakan bersama pinang, kapur an gambir ia juga mengandungi makna dan perkara tersirat. Misalnya, dalam adat meminang jika tepak sirih dihulur, keluarga atau wakil perempuan akan memakannya ia menunjukkan bahawa pinangan berkenaan diterima. Tetapi tepak sirih akan ditolak atau diterbalikkan untuk memaklumkan kepada wakil lelaki bahawa pinangan berkenaan ditolak.ā
Kini tepak sirih hanya lebih kepada sebagai kelengkapan hantaran dan tidak lagi dijadikan simbolik untuk mengetahui jika pinangan berkenaan diterima atau disebaliknya.
(Penting)
[[KOMPONEN DALAM TEPAK SIRIH]]
-Daun Sirih-
Simbolik kepada kehidupan manusia yang harmoni dan perlu dihargai.
-Kapur-
Warna putih bahan ini diibaratkan seperti lambang hati yang tulus bersih tetapi boleh menjadi agresif dan mampu membinasakan.
-Gambir-
Rasa kelat dikatakan melambangkan kecekalan hati.
-Pinang-
Selain dikatakan lambang ālelaki yang masuk meminangā ia juga adalah simbolik kepada sifat kejujuran, martabat dan maruah tinggi keturunanannya.
-Tembakau-
Rasa pahit dan memabukkan disifatkan sebagai lambang ketabahan dan bersedia untuk berkorban.
-Cengkih-
Rasa manis cengkih dan wangi melambangkan kelembutan dan kehalusan adat dan tutur kata budaya Melayu.
-Tepak atau puan-
Lambang ibu yang menyediakan ruang dan tempat dalam sebuah keluarga.
-Cembul-
Dikatan simbolik kepada anak yang dianugerahkan dalam keluarga dengan sifat dan karektor berbeza setiap satunya.
-Kacip-
Bertujuan membelah pinang dan gambir serta dikaitkan dengan peranan seorang ayah sebagai perancang atau pembuat keputusan dalam keluarga.