SoyaBelacan

SoyaBelacan Amoi suka masak, Abang suka makan. Kongsi masakan home-cook Chinese Muslim.
(2)

Salam Jumaat semua ni Suami Aisha. Ramai rakan dan followers yang bertanyakan tentang keadaan Aisha baru-baru ini. Seper...
04/09/2026

Salam Jumaat semua ni Suami Aisha.

Ramai rakan dan followers yang bertanyakan tentang keadaan Aisha baru-baru ini.

Seperti yang ramai sedia maklum, Aisha telah menjalani pembedahan hempedu yang kami jangkakan sebagai satu prosedur biasa.

Tapi Aisha telah mengalami komplikasi yang sangat serius dan rumit selepas pembedahan dan setelah melalui tempoh yang sangat s**ar dan kritikal,

Alhamdulillah, dia kini berada dalam keadaan lebih baik dan dibenarkan untuk balik ke rumah.

Tapi ini tidak bermakna dia dah sembuh sepenuhnya. Disebabkan keadaan yang kompleks tu dia perlu memakai drain bag atleast sebulan dua untuk observation sementara menunggu fasa rawatan dan operation seterusnya.

Sebagai content creator masakan Aisha kini langsung tidak dapat memasak atau melakukan sebarang tugasan kerja.

Buat masa ini, saya akan mengambil alih tanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga Aisha serta Hannah, dan memikul tugas menguruskan keluarga.

Terima kasih atas segala doa, kasih sayang dan keprihatinan anda semua. Mohon berikan dia ruang untuk berehat dan pulih. Sebarang kemas kini atau perkembangan terkini akan disampaikan oleh kami buat sementara waktu.

Doakan kami supaya dapat ‘comeback stronger’

11/08/2026

Tak payah pening kepala nak order delivery! 🫣 Jom buat 10-Min Gochujang Pulled Chicken Fat-Loss Bowl yang super sedap, sihat, and guilt-free ni! ✨

Aisha guna Ayam Brand™️ Pulled Chicken Gochujang yang so tender & no preservatives! Plus Ayam Brand™️ Chickpeas yang low in sugar, low in fat, and cholesterol-free.

Pro-tip: Guna frozen rice & chickpeas sebab bila disejukkan, dia akan tukar jadi resistant starch (kanji rintang)—ia lambat hadam, tak spike blood sugar, and bagus gila untuk gut health & fat loss! 🧠🔥

FatLossBowl Soyabelacan

31/07/2026
23/07/2026

Peminat Ikan Stim Limau kena try masak sendiri resepi ni! 🍋‍🟩

Bila masak sendiri kat rumah, baru puas hati dapat letak cili & limau secukup rasa.

Rasa masam-masam segar dia memang penyelamat bila tak ada selera makan.😆

Korang yang belum ada idea nak masak apa hari ni, wajib try ok!

👇 Tag kawan korang yang hantu Stim Limau!
Bahan²:
Siakap
Halia
Serai

Sos:
Gula melaka 10g (atau ikut cita rasa)
Air 1/2 cup
Stock ayam
Sos ikan
Bawang putih cincang
Chili padi merah cincang
Jus limau nipis

Garnishing:
Kepingan limau nipis
Daun ketumbar

Selepas berehat lebih 1 bulan, it's time to get back into the kitchen! 🍳🔥​Sebab skrg kena makan sihat & tak boleh penat-...
22/07/2026

Selepas berehat lebih 1 bulan, it's time to get back into the kitchen! 🍳🔥

​Sebab skrg kena makan sihat & tak boleh penat-penat, I jumpa lazy hack paling best: RESIPI KUKUS & RICE COOKER!

​Tak payah nak merenung/jaga dapur gas, just campak & steam je. Sihat, tak berminyak, and super senang utk hari-hari yang korang no mood nak hadap dapur panas. 💡

​Stay tuned utk recipes seterusnya! Korang excited tak? Komen kat bawah & bagi sikit love utk support Aisha ok! 👇✨

🏥 12 hari yg mengajar saya erti ‘Nikmat Sihat’ ❤️​Dari masuk hospital 14 Jun sampai 25 Jun, genap 12 hari dirawat di wad...
07/07/2026

🏥 12 hari yg mengajar saya erti ‘Nikmat Sihat’ ❤️

​Dari masuk hospital 14 Jun sampai 25 Jun, genap 12 hari dirawat di wad. Alhamdulillah, baru ada tenaga nak update sbb lps balik rumah pun masih demam, muntah & cirit sampai lembik. 🥲

​Mula² ingat operation kecil, tapi rupa²nya ada komplikasi serius. Doktor cakap kes saya agak rare case. Selalunya pesakit boleh discharge awal, tapi saya kena pantau lama sbb sakit memulas yg amat sangat.

​Sbb dah lalui sendiri, saya nak kongsi pesanan ini tanda sayang kat korang semua:

​🥑 1. Jgn skip meal semata-mata nak diet!

​Ini paling penting! Doktor kongsi skrg ramai org muda kena batu karang hempedu (gallstones). Punca utama: nak cepat kurus sampai skip meal & waktu makan x menentu. Bila x makan, jus hempedu bertakung, mjd pekat & mengeras jd batu. Tolonglah makan on time. X guna kurus kalau terlantar sakit.

​🚨 2. Jgn keliru antara "Gastrik" & sakit hempedu

​Kalau kerap sakit perut, jgn sekadar makan ubat gastrik klinik biasa sampai terlepas waktu terbaik utk dirawat. Macam kes saya, rupanya dlm tu dah jangkitan kuman & bengkak (inflammation) teruk sampai selalu terjaga tengah malam. Kalau ada signal sakit luar biasa, terus ke hospital utk buat scan hempedu.

​💳 3. Muhasabah diri: Kepentingan Medical Card

​Dulu masa duit tight, pernah fikir x payahlah beli insurans. Tapi bila dah kena, baru sedar: Sebenarnya lagi kita kurang bajet, lagilah wajib ada Medical Card. Org kaya xde hal bayar guna saving, tapi bagi kita yg biasa ni, bil saya kali ni sahaja dah mencecah lebih RM47,000 💸! Jumlah yg boleh buat terduduk kalau tanggung sendiri.

​Di sini saya nak ucap terima kasih sgt² kpd Insurance Agent kami. Abang & Akak banyakkk membantu, pukul 3-4 pagi tolong uruskan hal hospital, siap datang melawat bawa hadiah utk Aisha & Hannah. Allah hantar mereka utk mudahkan urusan kami dari hari pertama sampai discharge. Bila ada agent bertanggungjawab, hati rasa tenang utk fokus sembuh.

​Alhamdulillah, ujian ini akhirnya berlalu. Lps ni saya nak fokus jaga makan, amalkan lifestyle sihat & rehat secukupnya. Korang yg tengah sihat, tolong jaga diri baik² & makan ikut masa ya. ❤️

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengikut kesayangan Soyabelacan.Hari ini, Aisha ingin mengambil sedikit r...
16/06/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengikut kesayangan Soyabelacan.

Hari ini, Aisha ingin mengambil sedikit ruang dan waktu sebelum melangkah masuk ke dewan bedah untuk menjalani pembedahan pundi hempedu (gallbladder surgery) pada pukul 8 malam ini.🥹

Walaupun selama ini Aisha sangat menjaga pemakanan dan menitikberatkan soal kesihatan diri, tetapi sebagai manusia biasa, sesekali enjin badan kita pun perlu masuk kilang untuk proses maintenance sekejap.

Sebelum ubat bius mula mengambil alih, dengan seikhlas hati Aisha ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf kepada semua viewer dan rakan-rakan di sini.

Jika sepanjang kita berinteraksi ada tersalah kata, ada komen yang terlepas pandang, atau ada urusan kerja yg tergendala buat seketika, harap dimaafkan ya.🙏

Aisha juga ingin mohon doa daripada kalian semua agar urusan pembedahan malam ini berjalan dengan lancar, dan semoga Aisha diberikan kesembuhan serta kekuatan untuk kembali pulih seperti biasa.

Buat beberapa hari ini, Aisha akan berehat sepenuhnya untuk recharge kembali tenaga. InshaAllah, lepas sihat nanti, Aisha akan kembali ke dapur dengan content yang lebih bermanfaat, sihat dan berkualiti buat semua.🤲

Terima kasih atas segala sokongan, kepercayaan dan kasih sayang kalian selama ini. Jaga diri semua, kita jumpa lagi beberapa hari lagi. Amin... 🤲✨

31/05/2026

Kat Hong Kong, menu ni lah penentu chef tu teror ke tak! 🇭🇰🔥 Kuey Teow Daging (Gon Chau Ngau Hor) yang penuh Wok Hei, garing & daging juicy gila!

​Guna daging korban pun gerenti empuk & tak liat tau. Resipi penuh + rahsia kuey teow tak hancur sis dah pin kat bawah! 👇

30/05/2026

Nasi Daging Tomato Telur chinese style ni buat kulit glowing dan tambah darah! 😍Penuh zat besi & Lycopene antioksidan, rasa masam manis gerenti membuka selera! 🥩🍅

Resipi penuh & Rahsia Daging Korban Tak Liat sis dah pin kat komen tau! 👇

Address

Cyberjaya
63000

Telephone

+601154107850

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SoyaBelacan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SoyaBelacan:

Shortcuts

Share