25/12/2022
Mesti ramai yang teruja apabila merancang untuk mengubahsuai rumah seperti yang diidamkan. Tetapi jangan sampai anda melakukan kesilapan ini ya 😉
𝟏) 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐃𝐞𝐬𝐢𝐠𝐧 𝐂𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 𝐓𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐏𝐫𝐚𝐤𝐭𝐢𝐤𝐚𝐥
Ada sesetengah design memang cantik bagaikan menginap di hotel 5 bintang. Tetapi bayangkan jika tiada kegunaan dan boleh mengganggu aktiviti harian di rumah. Serta boleh membahayakan anak terutamanya jika anak-anak kecil dan lasak.
𝟐) 𝐔𝐛𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐚𝐢 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 '𝐋𝐮𝐦𝐩 𝐒𝐮𝐦'
Jangan terburu-buru untuk ubah suai rumah anda secara keseluruhan sekaligus. Sebaiknya mulakan dengan ruang yang penting dahulu. Jika anda melakukan ubah suai serentak, kualiti kerja juga kurang.
𝟑) 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐫𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢
Tidak dinafikan kos ubah suai sesebuah rumah agak tinggi. Tetapi jangan sesekali anda memilih kontraktor yang tidak berpengalaman dan tidak berkualiti semata-mata ingin kurangkan kos anda. Ambil sedikit masa untuk memilih dan membandingkan hasil kerja kontraktor agar tidak menyesal kemudian hari.
𝟒) 𝐃𝐈𝐘 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐈𝐥𝐦𝐮 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐭𝐮𝐥
Zaman sekarang pelbagai tutorial anda boleh dapati di internet dan membuatkan ramai untuk cuba DIY semua perkara. Tetapi AWAS, jika tersilap langkah anda mungkin akan kerugian masa dan wang ringgit serta sia-sia.
𝟓) 𝐓𝐞𝐫𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐰𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐄𝐥𝐞𝐤𝐭𝐫𝐢𝐤
Ramai yang fikir asalkan rumah ada elektrik. Jangan tak tahu kalau anda beli rumah subsale, memang kena periksa aspek keselamatan pendawaian elektrik tu. Silap-silap boleh jadi litar pintas, habis terbakar nanti. Hati-hati ya!
Untuk dapatkan Servis Renovasi rumah, pejabat, kedai dan sebagainya, boleh hubungi Hans Home. Pakar Renovasi dan Dekorasi.
Instagram : therealhanshome
Facebook : Hans Home