01/02/2026
BANTUAN KANAK- KANAK (BKK)
BKK yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertujuan untuk membantu keluarga atau penjaga yang kurang berkemampuan agar dapat terus menjaga anak-anak di bawah jagaan mereka.
Kadar Bantuan 2026
-Jumlah bantuan diberikan berdasarkan umur anak dengan had maksimum RM1,000 sebulan bagi satu keluarga
💠RM250 sebulan: Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah.
💠RM200 sebulan: Kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.
Syarat Kelayakan Utama
✅Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
✅Keluarga atau penjaga yang menjaga anak di bawah umur 18 tahun.
✅Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa.
❌Kanak-kanak yang sudah menerima bantuan bulanan lain daripada JKM atau Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK) biasanya tidak layak.
Walk in ke pejabat JKM terdekat anda untuk memohon..