Gabungan Seni Pintu Geng

Gabungan Seni Pintu Geng Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Gabungan Seni Pintu Geng, Jalan Pintu Geng, Kota.

Tahukah anda siapakah Tukang yang membina pintu Kaabah ?Jawapan ialah tukang dari Pattani, Thailand iaitu Tukang Kayu :1...
14/06/2022

Tahukah anda siapakah Tukang yang membina pintu Kaabah ?

Jawapan ialah tukang dari Pattani, Thailand iaitu Tukang Kayu :

1. Hj Isa Kasulong
2. Hj Husen Lae'im
3. Hj Sulaiman Sanwang

Tukang emas :
1. Hj Ali Munsab
2. Hj Husaini Ariphong
3. Hj Qasim chanaachai.

Yang masih hidup ialah Hj Sulaiman Sanwang. Kos membina ialah 180 juta riyal saudi masa sudah hampir 45 tahun dahulu namun ini adalah satu kebanggaan orang islam di Pattani Thailand berketurunan Melayu.

Kredit : Salam Dari Patani
Azyma Care

NISEY KEREK ASLI PULAU GAJAH !!!Pengusahanya, Wan Omar Wan Awang, 88Di Kampung Pulau Gajah, Kota Bharu.Beliau yang sudah...
08/06/2022

NISEY KEREK ASLI PULAU GAJAH !!!

Pengusahanya, Wan Omar Wan Awang, 88
Di Kampung Pulau Gajah, Kota Bharu.
Beliau yang sudah lebih 50 tahun mengusahakan ‘nisey kerek’ bersama isteri.

Matanya masih jelas. Mungkin asap kayu membantu? Saya tidak tahu. Cuma mengkagumi beliau ketika meniti akhir usia, masih lagi berusaha dan berkerja. Ditambah dengan kesihatan tubuh badan. Udara segar atau pemakanankah yang membantu kesihatannya.

Masyarakat Kelantan mungkin sudah biasa dengan perkataan ‘nisey kerek'.
‘Nisey kerek’ adalah manisan yang dihasilkan dengan sepenuhnya menggunakan nira kelapa. Ia sama seperti gula melaka, namun memiliki bentuk serta rasa yang tersendiri mengikut cara pembuatan orang Kelantan.

‘Nisey’ berasal daripada manisan, manakala ‘kerek’ adalah kerana bentuknya yang bulat.
Nisey kerek yang boleh bertahan lebih daripada tiga bulan jika disimpan dengan cara yang betul atau diletakkan dalam peti ais.
“Nisey kerek ini biasanya digunakan bagi menggantikan gula dalam sesetengah masakan atau pembuatan kuih muih dan memiliki khasiatnya yang tersendiri,”

Harganya dijual dengan harga RM6 untuk 10 keping.






Kredit Gambar dari FB Johan Ariff
Kelantan fun n taste

Hok ado ikan ter... Mari Adu.. Bon lembah sireh jumaat ni..Berhajat nak masuk hubungi no hok tertera di 👇👇👇
17/11/2021

Hok ado ikan ter... Mari Adu.. Bon lembah sireh jumaat ni..
Berhajat nak masuk hubungi no hok tertera di 👇👇👇

Seni kecantikan wau sobek negeri kelantan..Sleke belako adik kakok..
26/10/2021

Seni kecantikan wau sobek negeri kelantan..
Sleke belako adik kakok..

Permasalahan keris Pattani iiJika kita pernah menonton wayang kulit, kita mungkin akan terdengar keris bernama Keris Gel...
07/09/2021

Permasalahan keris Pattani ii

Jika kita pernah menonton wayang kulit, kita mungkin akan terdengar keris bernama Keris Geliga Jati yang ditempa Sang Dewa Rata yang dari besi tiga beradik, kakak tua bernama Maharaja Kerseni Besi, Kakak tengah bernama Agok Ading dan si adik bongsu bernama Bapa Besi Sekubang Darah. Nama-nama besi ini pun sudah memeningkan kita apatah lagi generasi baru yang lebih bersifat sainstifik dan profesional. Nama-nama besi dalam minda mereka adalah berdadsarkan besi-besi yang wujud dewasa ini. Apa bila disebut pasir melela atau besi luwuk(k) mereka langsung tidak memahami. Pada hal kedua-duanya adalah sama iaitu nikel yang terdapat di serata dunia. Besi luwu berasal dari Sulawesi (p**au besi), dan pasir melela dari alam melayu nusantara.

Manakala Kerseni besi, atau juga disebut besi kursani atau purosani dalam bahasa jawanya, adalah besi yang berasal dari khurasan (burjan), salah sebuah daerah atau wilayah di Iran yang bergitu terkenal pada era Damascus atau Damsyik (syiria) yang melahir seni pamor di awal abad ke 13, manakala watu wulan (jawa), tahi bintang (melayu) dan meteorite istilah saintifiknya, adalah bahan terpenting menjadi senjata lebih kukuh dan cantik.

Bahan-bahan di atas asas pembuatan sebilan keris Melayu atau pattani dan Melayu secara keseluruhannya termasuklah juga Jawa. Setiap bahan ini akan menghasilkan rupa paras serta variasi pamor yang berbeza mengikut darjat dan daya keris itu sendiri.

Besi besi seperti burjan berwarna hitamn kebiruan, sejuk lembab besinya, yang dipercayai memberikan ketenangan, kesejahteraan dan dingin kepala kepada pemakainya,besi karangkijang (di kelantan pattani disebut besi bulu rusa), besi yang kering hitam kehijauan, sifatnya seperti daun kering, dianggap tidak sesuai untuk sesetengah orang, yang boleh menyebabkan kurus kering,besi jari pengantin, ringan sifat besi yang berwarna hitam kehijauan, sesuai untuk melembutkan hati seseorang dan murah rezeki,besi suradamas , warnanya hitam kemerah-merahan, tersentuh kulit akan menghasilkan panau kurap atau gatal-gatal, ianya juga digunakan membuat santau atau ilmu tuju-tuju atau sihir,besi danar (selipan/sesamad), warna hijau gemerlap, sesuai untuk keris pengasih, atau tusuk sanggup penggoda atau selir raja, besi boji atau rebeng, digunakan bagi membuat keris melagakan orang, memanaskan kedua belah pihak, warnanya hitam keputihan, besi kenur/kecur/manur adalah besi perak, keras berdenting, warna putih, kering, sesuai dgn keris atau pisau ricih rempah-rempah perubatan,besi malik/laksemalik (charising dlm baso Jowo..hahahaa) jika dibuat keris, pemakaiannya mandul sementara (sesuai untuk bermukah dll), besi gerasak, digunakan untuk keris perantara pertanian dan besi lumut, warna hijau berlumut, digunakan untuk keris yang berkaitan dengan tuan. Terdapat 129 istilah besi dalam kebudayaan Melayu, termasuklah juga Melayu Pattani misalknya besi jarum sepucuk, besi sayap kumbang dan lain-lain.

Pertanyaannya, apakah semua besi yang dikemukakan ini masih wujud dan dikenali oleh generasi muda Pattani dewasa ini, kerana setiap besi ini memberikan kesan fizikal dan psikologi kepada pemiliknya. Pengetahuan kandungan kimia oleh pandai besi masa lampau amat terserlah sehingga setiap keris dari setiap besi akan berbeza-beza kesan kimianya terhadap pisikologi pemiliknya.

Jadi kepada cerdik pandai Pattani termasuk para ulamaknya yang mempunyai kemahiran tulisan jawi seharusnya bekerja keras melakukan transliterasi, alih aksara dari jawi ke tulisan romawi atau thai, bagi menggali, mencungkil, mengangkan dan melestarikan ilmu pengetahuan tentang besi dan senjata terutama Keris Pattani, seperti petikan manuskrip yang saya kemukakan di bahagian pertama ...bersambung

Pada November 1511,Portugis berjaya menyiapkan kota berkubu yang dikenali A Famosa.Mengapa Portugis tergesa-gesa menyiap...
06/09/2021

Pada November 1511,Portugis berjaya menyiapkan kota berkubu yang dikenali A Famosa.Mengapa Portugis tergesa-gesa menyiapkan kota itu setelah baru sahaja menakluki pelabuhan Melaka pada bulan Ogos 1511 yang lalu?Jawapannya,kerana mereka tahu armada empayar Kesultanan Melaka tidak menyertai peperangan tersebut,dan mungkin akan kembali untuk menyerang.

Terdapat dua sebab mengapa armada laut Melaka tiada ketika kejadian.

Pertama,sebahagian dari mereka sedang bertugas meronda di perairan Riau-Lingga dan yang kedua,mereka menjalankan satu misi menyelamat yang telah saya huraikan dalam artikel “The Secret Treasure of King Masusa & King Mahamut”

Sebab itu sultan dan orang-orangnya boleh menyerang kembali kedudukan Portugis pada tahun seterusnya iaitu Julai 1512,diketuai oleh Laksamana Hang Nadim,dengan menggunakan armada tersebut.Namun pertahanan Portugis di Melaka begitu kuat dan Portugis telah mengawal ketat satu-satunya pertahanan terbesar pelabuhan Melaka yang rahsianya digunakan mereka ketika menakluk Melaka,iaitu jambatan Melaka.

Selama 129 tahun,orang-orang Melayu berperang,mengepung dan membuat serangan gerila ke atas kubu A Famosa.Dari sebuah kerajaan kecil yang sering berpindah-randah,yang dibina dari armada yang tidak sempat menyelamatkan Melaka,Kesultanan Johor berubah menjadi empayar yang menguasai sebahagian Sumatera,Singapura sehingga ke Pahang.Pengaruhnya sungguh besar sehingga menggerunkan Ayutthaya dan Johor pernah membantu Patani menewaskan Ayutthaya melalui bantuan jajahan Pahangnya.

Ini membuatkan Portugis hanya berkubu di dalam pelabuhan Melaka dan tidak meluaskan kuasanya ke seluruh semenanjung,seperti yang mereka lakukan di benua Amerika.

Antara peperangan yang berlaku selepas kejatuhan Melaka,yang objektifnya menyerang kedudukan Portugis di Melaka:

~Julai 1512 -Serangan askar-askar Laksamana Hang Nadim .
~Antara 1513 – 1518 – Serangan di bawah Sultan Mahmud,juga sekali lagi diketuai oleh Laksamana Hang Nadim.
~1519 – Orang Melayu telah menyekat makanan supaya tidak sampai ke Melaka dan memaksa Portugis mendapatkan bantuan dari Burma.Tiada serangan laut dicatatkan.
~1520 – Dibawah Paduka Tuan dan Sultan Abdul Jalil (Raja Kampar) orang Melayu telah menyerang Portugis di Melaka.
~1577 – Johor membantu Acheh menyerang Portugis
~1587 – Tentera di bawah arahan Sultan Ali menyerang Portugis di Melaka
~1586-Orang Naning memotong bekalan makanan ke kota A Famosa,menyebabkan Portugis kekurangan bekalan makanan.
Selain itu,terdapat kerajaan-kerajaan nusantara lain yang menyerang kedudukan Portugis di Melaka seperti:
~1513-Serangan dari Jepara dan Palembang.
~1513-1521-Demak di bawah Pati Yunus menyerang Portugis.Armada paling besar dengan 375 kapal perang pada 1521.
~1550 dan 1573-Serangan Jepara di bawah Ratu Kalinyamat.Armada terbesar adalah 300 kapal perang pada ~1573.Ketika mereka membuat kem di darat berdekatan dengan pelabuhan Melaka,Portugis menyerang armada itu dan sebahagian kapal-kapal terbakar dan ini mengucar-ngacirkan tentera Jepara.
Kerajaan Aceh,juga antara yang komited menyerang Portugis:
~1537 dan 1547 – Sultan Alauddin al-Qahhar telah menyerang Portugis di Melaka.
~1564 – Sultan Alauddin telah bersahabat dengan Turki dan mendapat bantuan 500 meriam untuk menyerang Portugis,namun serangan tersebut terburu-buru kerana ketika ini Johor menjalinkan hubungan win-win situation dengan Portugis.
~Okt 1573 – Sultan Ali Riayat Shah iaitu anak Sultan Alauddin al-Qahhar yang mangkat pada 1571 telah menyerang Portugis.
~1578 – Acheh menyerang Portugis.
~1587 – Acheh sekali lagi menyerang Portugis
~1607-Di bawah sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah mengerahkan 236 kapal dan 20000 askar untuk mengepung Melaka selama 5 bulan dan hampir menakluk Melaka,namun gagal di saat akhir apabila Pahang membantu Portugis dengan menyerang kedudukan Acheh di bawah arahan Sultan Abdul Jalil Shah III iaitu Sultan Johor-Pahang pada masa itu.Pasukan Acheh berundur pada Mac 1629.Ketika ini adalah era Perang Tiga Segi,yang mana ketiga-tiga pihak,iaitu Johor,Acheh dan Portugis saling memperguna dan menyerang dalam permainan politik yang tidak menentu.

Jika kita lihat,kesilapan mereka dalam menyerang Portugis adalah kerana mereka tidak bersatu dan serangan yang tidak serentak.Kemudian,mereka hanya menyerang dari arah laut,dan ini memang kelebihan ke atas kota pelabuhan Melaka.Mereka tidak mengambil iktibar betapa kelam-kabutnya Portugis apabila bekalan makanan mereka disekat oleh orang Naning,yang hanya berjumlah 2000 orang sahaja.

Namun,semua kesilapan ini dipelajari oleh Johor yang kini semakin besar dan menjadi sebuah empayar yang kaya.Johor mula membina kapal-kapal perang yang dikenali sebagai geliung Johor yang nantinya akan digunakan untuk menyerang Portugis.

“My ancestor was a dato,our laksamana, high admiral, of his Highness’s fleet. His galley was built of burnished teak, the lining of its cabin was of sandalwood,algum wood your Bible calls it,and the turret in its stern was covered with plates of solid gold. You will find record of it to this day in the state papers of Acheh…”

Politik di Selat Melaka memasuki corak dan rentak baru apabila Belanda mula ghairah ingin menguasai perdagangan rempah di Selat Melaka.Untuk itu pada April 1606,Belanda telah menghantar 3 armada yang terdiri dari 11 kapal iaitu:

1) Oranje
2) Nassau
3) Middelburg
4) Witte Leeuw
5) Zwarte Leeuw
6) Mauritus
7) Grote Zon
😎 Amsterdam
9) Kleine Zon
10) Erasmus
11) Geuniveerde Provincien

…untuk merampas pelabuhan Melaka dari tangan Portugis.Mula-mula sekali Belanda menghantar komandernya Matelief de Jonge,untuk menghadap Sultan Johor ketika itu,Sultan Alauddin Riayat Shah III, untuk memberitahu tujuan mereka menyerang Portugis di Melaka.Nampaknya Belanda telah lama mengkaji politik di Selat Melaka sebelum bertindak menyerang Portugis.Dalam pertemuan itu,Belanda berjanji tidak menganggu orang-orang Islam di dalam wilayah pengaruh empayar Johor tidak seperti Portugis yang membawa semangat Perang Salib.Belanda juga berjanji tidak mengacau kepentingan Johor di Selat Melaka.Belanda juga meminta Johor tidak menyerangnya,dalam ertikata lain,berada di sebelah Belanda atau bersahabat dengan Belanda.

Namun anehnya,pertempuran kali ini,orang Melayu tidak melibatkan diri.Nampaknya sultan Johor ingin sekali melihat adakah Belanda berseorangan mampu menewaskan Portugis yang berkubu di dalam Kota Melaka,tanpa apa-apa pengkhianatan sebagaimana yang berlaku ke atas orang-orang Melaka dahulu.

Portugis menyedari bahaya yang datang dengan kemaraan armada perang Belanda itu,jadi pada Ogos 1606,Don Martin d’Alphonso de Castro,laksamana Portugis telah memimpin 20 buah kapal perang dan mereka bertemu dengan armada Belanda pada 16 Ogos 1606 di Tanjung Tuan,Melaka.

Kapal-kapal Portugis yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
1) Nossa Senhora da Conceição
2) São Simeão
3) São Salvador
4) Nossa Senhora das Mercês
5) Todos os Santos
6) São Nicolau
7) Santa Cruz
😎 Dom Duarte de Guerra’s galleon
9) Antonio

Pertempuran bermula dengan begitu sengit dan kapal-kapal yang terlibat mula membedil di antara satu sama lain dalam pertarungan berdarah.

Namun selepas berperang beberapa hari,akhirnya armada Belanda terpaksa berundur atas beberapa sebab.Ini sangat memalukan Belanda apabila tewas kepada Portugis dan ini akan menyekat hasratnya untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka.

Perkara ini telah menyedarkan Belanda,bahawa jika ingin menewaskan Portugis di Melaka,mereka mesti membuat satu perjanjian yang lebih serius dengan Empayar Johor-Riau.Maka pada September 1606, Belanda sekali lagi menghadap Sultan Alauddin Riayat Shah III dan memperbaharui perjanjian 17 Mei 1606,untuk meminta Johor sama-sama menyertai peperangan.Ini menunjukkan Belanda benar-benar mahukan bantuan sekutu yang kuat seperti Empayar Johor untuk mengalahkan Portugis yang telah memalukan mereka dalam pertempuran yang lepas.

Sultan akhirnya bersetuju dan pada Jun 1640,armada kedua-dua pihak menghampiri pantai Melaka dengan kekuatan:

Belanda
1) 1500 askar laut (kemudiannya bertambah kepada beberapa ratus orang)
2) 12 kapal perang frigate,East Indiamen dan ship-of-the-line.
3) 6 kapal kecil sloop
Empayar Johor-Riau
1) 1500 askar laut
2) 10000 askar berjalan kaki
3) 40 kapal perang geliung Johor
Kekuatan Portugis p**a di A Famosa,Melaka:
1) 500-1000 askar laut Portugis
2) 200 askar upahan Eropah
3) 50 askar Portugis di pos kawalan
4) 300 askar casados
5) 3000 askar mesticos
6) 14-20 kapal perang carracks,galleon dan caravel

Pop**asi dalam kota A Famosa: 20000 yang bercampur antara Eurasian dan sejumlah kecil orang-orang tempatan seperti orang Melayu.Majoriti orang Melayu tidak tinggal di dalam kota,tetapi di kampung-kampung sekitarnya,yang dipaksa oleh Portugis untuk membekalkan bekalan makanan kepada A Famosa.

Serangan ke atas kubu A Famosa bermula pada Jun 1640 dengan perintah Antonio van Diemen, Gabenor Jeneral di Batavia dengan kepercayaan kepada pengalaman Sergent Major Adrian Antonissoon. Dua belas kapal dan enam bot yang dibentuk dalam setengah bulan pun mengepung pantai untuk memotong bekalan, dan memantau tembakan meriam Portugis.

Dalam peperangan itu, askar-askar Johor berjalan kaki telah memusnahkan sawah padi, buah-buahan dan kebun sayur-sayuran di Melaka dan mengarahkan penduduk kampung jangan membekalkan makanan ke dalam kota.Manakala di laut,armada Johor mengawal pintu masuk ke Selat Melaka dari dua arah;untuk menghalang mana-mana bantuan sama ada dari Goa mahupun dari para pedagang yang tidak boleh dipercayai.Ini memburukkan lagi kedudukan Portugis di Melaka.Nampaknya orang-orang Melayu telah banyak belajar dari lebih satu abad peperangan dengan Portugis

Selepas beberapa lama berperang dan mengepung,akhirnya pada 14 Januari 1641,650 askar Belanda telah mara di kubu S. Domingos dari kota A Famosa dan membuat serangan nekad. Kubu S. Domingos jatuh dan kemudian berturut-turut,benteng-benteng lain juga telah dapat dimasuki oleh askar-askar Johor yang menyerang dari arah belakang.Kubu kebal A Famosa akhirnya ditewaskan,sekali gus menamatkan 130 tahun pemerintahan Portugis di Melaka.

Askar-askar Johor melihat apa yang berlaku di dalam Kota Melaka,yang dahulunya,pada 130 tahun yang silam adalah pelabuhan antara terkaya di dunia.Mereka pun membunuh askar-askar Portugis yang masih tinggal,mengamuk dengan keris dan pemuras masing-masing.Namun,mereka membiarkan wanita,kanak-kanak dan lelaki awam yang tidak berdaya akibat kebuluran dan mereka semua dikumpulkan di satu tempat,yang kemudiannya membentuk perkampungan Serani Portugis di Melaka pada hari ini.

Kemudian,Johor menyerahkan sahaja A Famosa kepada Belanda dengan senang hati.Belanda yang tidak mengesyaki apa-apa tidak tahu percaturan Sultan Johor ketika itu yang sebenarnya sedang membina pelabuhan di Riau,lama semasa Melaka masih di bawah Portugis.Beberapa lama kemudian,Riau menjadi pelabuhan yang sibuk dan Johor membuka perdagangan untuk semua kapal dan ini sedikit sebanyak menjejaskan perdagangan Belanda di Melaka.Belanda kemudian berkira-kira untuk membangunkan Batavia,di Jawa.

Pada tahun 1670,Balthasar Bort yakni Gabenor Belanda di Melaka telah mengarahkan renovasi bagi gerbang A Famosa yang terkenal itu.Penambahan pada simbol dan jata pada bahagian hadapan gerbang tersebut,dengan menghapuskan lambang Portugis dan menggantikan dengan jata VOC iaitu Syarikat Hindia Timur Belanda.Pada bahagian atas jata VOC,beliau mengarahkan tukang-tukang ukir memahatkan lambang keris bersilang dengan pedang,lambang armada Empayar Johor-Riau.

Pada tahun 1778 p**a,penguasa Belanda di Melaka pada masa itu,Pieter Gerardus de Bruijn telah mengeluarkan duit syiling kolonial Belanda di Melaka dengan mengukir lambang VOC dikelilingi kod cypher yang aneh,yang merujuk kepada empayar Johor-Riau.Huruf-huruf ‘I’,’O’,’O ‘merujuk kepada ‘IOHO’ iaitu Johor

Lambang keris bersilang dengan pedang ini kemudiannya diwarisi oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor atau Royal Johor Military Force.Belanda mengukir lambang armada empayar Johor-Riau di atas jata VOC adalah untuk mengenang sekutu mereka dalam peperangan yang dasyat ini dan untuk mengingatkan bahawa Melaka adalah masih di bawah pengaruh Johor sebagai warisan mutlak dari Kesultanan Melaka.

Kredit:- Qiem sejarah ulama melaka / BANGSA NUSANTARA JAYA (Sejarah, Peristiwa, Kegemilangan, Senibina & Budaya)

Tahu kah korang?
30/08/2021

Tahu kah korang?

Masjid dengan senibina Melayu yang tidak jauh dari bangunan terminal Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Che...
27/08/2021

Masjid dengan senibina Melayu yang tidak jauh dari bangunan terminal Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa kini tinggal kenangan apabila telah dileraikan.

Masjid ini merupakan contoh yang baik sebelum ini dimana elemen senibina Melayu masjid Kelantan dikaji dan diterapkan sebagai binaan masjid yang baru.

Kalau tak ada orang nak buka elok - elok bagitahu, kita boleh pergi tolong bukakan.. 🙁🙁🙁
Kredit :Amirul ihsan

SEBELUM ADA PAS SAMBUTAN DILAKUKAN BESAR-BESARAN OLEH ULAMA SEBENAR AHLISUNNAHWALJAMAAHTOK SELEHOR - Ulama Kelantan yang...
17/08/2021

SEBELUM ADA PAS SAMBUTAN DILAKUKAN BESAR-BESARAN OLEH ULAMA SEBENAR AHLISUNNAHWALJAMAAH

TOK SELEHOR - Ulama Kelantan yang mempelopori perarakan MAULID NABI S.A.W secara besar-besaran.

Tok Selehor atau Tok Selehong, nama lengkapnya ialah Abdur Rahman bin Utsman bin Senik. Ustaz Ismail Awang menulis dalam majalah Pengasuh;

"Tok Selehor pernah mengadakan MAULID AN-NABI secara besar-besaran dan dialah ulama Kelantan yang mempelopori perayaan itu. Berzanji dibaca dengan penuh perasaan. Perarakan besar-besaran diadakan. Pernah berpuluh-puluh ribu orang datang ke majlis perayaan MAULID NABI anjurannya. Hal ini pernah dikritik oleh akhbar-akhbar pada zaman itu, tetapi beliau tidak juga berhenti kerana beliau ingin menanam rasa cinta umat kepada Rasulullah S.A.W. yang penuh tenaganya berjuang menyebarkan Islam. Dengan cara itu anak-anak pondok lebih cepat bermesra dengan Rasulullah S.A.W daripada hanya menyampaikan kisah tanpa diadakan gerak kerja.''

Ulama yang berasal dari Kelantan ini lahir di Kampung Lubuk Jong, tahun 1289 H/1872 M, wafat malam Khamis, 18 Zulkaedah 1353 H/20 Februari 1935 M. Beliau adalah sahabat Tok Kenali, juga sahabat kepada beberapa ulama terkenal lain yang sezaman, antaranya; Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh al-Islam Selangor, Utsman bin Haji Muhammad bin Haji Abdul Wahhab atau Tok Bacok,








❤️



📍Putrajaya International Convention Centre (PICC), Presint 5 Putrajaya. PICC meliputi kawasan seluas 135,000 meter perse...
15/08/2021

📍Putrajaya International Convention Centre (PICC), Presint 5 Putrajaya.

PICC meliputi kawasan seluas 135,000 meter persegi, atau kira-kira 1.3 juta kaki persegi.
Bangunan ini terletak di atas bukit buatan di Presint 5.

Idea reka bentuk bangunan yang unik dan menarik diilhamkan dari bentuk ‘Pending Perak’, iaitu reka bentuk kepala tali pinggang pakaian rasmi sultan dan YDP Agong .

Persidangan pertama yang telah dilangsungkan disini ialah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang ke-10.

PICC antara merupakan mercu tanda terbaik, ia merupakan idea daripada Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Brilliant 👏🏻👏🏻👏🏻

Nak make colek, somtam jagungBuleh gi beli di depan masjid darul ulum pintu geng. (sebelah kedai tea pudina)Meme sedak
05/08/2021

Nak make colek, somtam jagung
Buleh gi beli di depan masjid darul ulum pintu geng. (sebelah kedai tea pudina)

Meme sedak

Address

Jalan Pintu Geng
Kota
15100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gabungan Seni Pintu Geng posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share