Jom Kongsi Resepi

Jom Kongsi Resepi 👉Jom Kongsi Resepi atau 'JKR' adalah lubuk resepi anda.
👉ada petua dan tips dapur
👉boleh komen, like dan share

30/01/2026

Umum dulu kaji kemudian.

Kemas**an ke tahun 1 di usia 6 tahun.

27/01/2026

Orang pahang bapok lawonya wehh...koi nikoh ngan orang Pahang...(luahan hati seorang pemuda dari Perak)

Azrina MohdKuih pandan bakar air fryer.. 2 kali buat dah ptg ni.. senang dan cepat.. thanks pd yg share resepi dlm group...
27/01/2026

Azrina Mohd
Kuih pandan bakar air fryer.. 2 kali buat dah ptg ni.. senang dan cepat.. thanks pd yg share resepi dlm group ni..
Bahan :
6 helai Daun pandan
100ml air (just cukup2 utk bg blender jln je)
1 cawan Tepung gandum
1/2 cawan gula
2 biji telur
Sedikit garam
1 kotak santan kecil
Biji bijan
Cara :
Blender daun pandan dan tapis.. air daun pandan masukn semula dlm blender yg dah bersih.. masukn semua bahan kecuali bijan dlm blender.. blender sampai semua sebati.. tapis dan masukn dlm loyang yang dah grease dan ditabur dgn biji bijan.. masukn dlm air fryer (suhu 180° selama 5 minit).. lps 5 minit, kluar sekejap dan tabur biji bijan lagi atas adunan.. masukn semula dlm air fryer selama 20 minit.. lps 20 minit, biarkan sejuk dulu sebelum hidang..
Edit:
Sy masak 2 kali guna kuantiti bhn di atas.. first loyang mmg muat2 utk air fryer 8".. yg batch kedua ni guna baki adunan yg x muat dlm loyang first tu.. since dah tinggal skit utk loyang tadi, sy masukn dlm bekas yg lebih kecil.. tu yg comel je..😆😆

27/01/2026

Wayyy....dah banyak la saya makan ini papedomm... patut la sedap masinnn jer...

27/01/2026

Kalau page ni lalu kat wall kalian mari lah kita bersahabat.
Tekan butang 'F'

JEMPUT-JEMPUT RANGUP LEMBUTHi uols.Hari ini min nak share resepi jemput-jemput feveret anak-anak kat rumah.Korang boleh ...
27/01/2026

JEMPUT-JEMPUT RANGUP LEMBUT
Hi uols.
Hari ini min nak share resepi jemput-jemput feveret anak-anak kat rumah.
Korang boleh cuba menu ini anak-anak pasti s**a😊
Menu ini sesuai untuk buat menu makan petang @ pagi pastu pakej sekali dengan air kopi 0 panas pasti tak pandang mertua lalu depan dah.😂😂😂
Okey ni bahan-bahan nya
Nasi
Ayam
Bawang besar( dipotong)
Daun sup( dipotong)
Cheese( diparut)
Minyak masak
Garam
Tepung gandum
Kalau korang nak tambah benda lain macam kentang ke ikut s**a pun boleh.
Cara membuatnya mudah jer
Ayam dan nasi dalam segenggam blend halus pastu campurkan sekali dengan bawang,carrot, cheese dan daun sup.Letak tepung gandum sikit. Masukkan garam gaul je macam nak buat cucur tu.
Panaskan minyak goreng bulat-bulat hingga garing.Dah garing toskan minyak dan siap untuk dimakan.Rangup diluar lembut didalam😊
Selamat mencuba uols
Sumber : kongsi rezeki masakan

TEPUNG GOMAK PANDANBahan inti :1 biji kelapa muda - ambil bahagian putih sahaja2 senduk gula merah*Sedikit gula pasir*Ba...
27/01/2026

TEPUNG GOMAK PANDAN
Bahan inti :
1 biji kelapa muda - ambil bahagian putih sahaja
2 senduk gula merah*
Sedikit gula pasir*
Bahan doh :
1 biji keledek oren - buang kulit dan rebus
1 sudu teh garam
1/2 bungkus tepung pulut
Sedikit perasa pandan
Bahan salut :
Tepung beras secukupnya - sangai sekejap
1. Untuk membuat inti kelapa masukkan bahan yang bertanda * ke dalam kuali dan letak sedikit air. Masak sehingga gula merah cair barulah masukkan kelapa putih kacau sampai kering sedikit kemudian tutup api biar sejuk.
2. Untuk doh p**a rebus keledek hingga empuk kemudian kisar seketika. Tuang dalam bekas bersesuaian.
3. Dalam bekas berisi keledek tadi masukkan perasa pandan dan juga tepung pulut sedikit demi sedikit. Uli hingga doh tidak melekat di tangan.
4. Untuk salutan p**a sangai sekejap tepung beras di dalam kuali sejukkan.
5. Ambil sedikit doh tadi bulatkan dan tekan ke dalam. Letak inti kelapa yang telah disejukkan dengan secukupnya kemudian bulatkan kembali.
6. Masukkan ke dalam periuk berisi air panas. Ulang hingga doh habis.
7. Masak doh seperti memasak buah melaka. Biar hingga ia terapung sendiri.
8. Angkat dan toskan sekejap kemudian barulah letak dalam kuali berisi tepung beras. Gaul rata dan biar kuih sejuk sedikit.
9. Bila sudah sejuk baru tekan kuih supaya jadi l***r.
10. Kuih tepung gomak pandan sedia untuk dinikmati.
Resepi & foto : Rozita Daud

Durian tengah banyak sana sini kan..Sesapa yang teringin nak makan kuih serimuka durian bolehlah buat."SERIMUKA DURIAN" ...
24/12/2025

Durian tengah banyak sana sini kan..
Sesapa yang teringin nak makan kuih serimuka durian bolehlah buat.
"SERIMUKA DURIAN" by "MARIANA ZAINAL"
(Jika tiada durian, boleh gantikan dengan cempedak)
RESIPI DAN BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN BAWAH:(resipi ni guna s**atan cawan kopi teh )
✔️1 1/2 cawan beras pulut(rendam 30minit hingga 1jam)
❤️Kalau beras pulut susu tak perlu rendam..basuh dan toskan terus jer guna❤️
✔️2 cawan santan sederhana cair
✔️1/2 sudu teh garam
✔️1-2 helai daun pandan(disimpul)
Cara..
Panaskan kukusan hingga air mendidih(guna api besar)..sapu minyak pada loyang saiz 9x9 dan lapik plastik..mas**an semua bahan bahagian bawah dalam loyang..kukus selama 25 minit guna api besar...
Buang daun pandan..kacau dan tekan-tekan pulut dan mampat2kan dalam loyang guna senduk..
BAHAGIAN ATAS:
✔️1 biji telur gred A @ B
✔️1 cawan gula(saya s**a kurang manis saya letak 3/4 cawan sahaja)
✔️1/2 cawan tepung gandum
✔️1/2 cawan tepung kastard
✔️1 sudu besar membukit tepung beras cap bunga teratai
✔️1/2 sudu teh garam
✔️1 cawan durian
✔️2 cawan santan daripada 1/2 biji kelapa parut(kisar,perah,s**at)
✔️Sedikit pewarna kuning lemon
CARA-CARA:
Satukan semua bahagian atas..kisar kemudian tapis ke dalam periuk..masak seketika guna api perlahan sambil kacau hingga naik wap(jangan lama tau..kalau likat sure tak jadi..sekadar sentuh periuk terasa panas dah cukup yer)
Tuang bahagian atas kat atas pulut tadi..kukus semula selama 30 minit api perlahan(bukan api paling kecik yer)Jangan guna api besar atau sederhana nanti permukaan atas akan berombak..
Setiap 7 minit buka dan lap bawah tudung kukusan..ulang hingga cukup masa..
Dah cukup masa.. buka tudung kukusan..kukus lagi 5 minit tanpa tudung kukusan untuk keringkan air atas permukaan kuih serimuka..siap..
Bahagian atas jika tak nak masak sekejap pun boleh..lepas kisar semua bahan terus tuang atas pulut dan kukus..
Biarkan serimuka betul-betul sejuk baru potong guna pisau plastik yer....
Selamat mencuba...😃

Apam Balik Rangup Ala Pasar Malam“Bunyi krup krap tu… fuhh!, nikmat dia lain macam 🤎Apam balik rangup, harum bau kacang ...
12/12/2025

Apam Balik Rangup Ala Pasar Malam
“Bunyi krup krap tu… fuhh!, nikmat dia lain macam 🤎
Apam balik rangup, harum bau kacang & gula cair… makan sekeping memang tak cukup.
Ramai yang selalu tanya, “kenapa apam balik buat sendiri cepat lemau bila dah sejuk?”
Sebenarnya ada rahsia kecil yang penjual pasar malam selalu guna — kulitnya kekal rangup sampai malam.
Hari ni saya share resepi + tips dia, biar bila buat kat rumah, rasa sama macam yang selalu kita borong kat pasar malam ✨”
📌 Resepi Apam Balik Rangup
Bahan Adunan:
• 2 cawan tepung gandum
• 1 sudu besar tepung beras
(🌟 rahsia kulit tahan rangup)
• ½ sudu kecil soda bikarbonat
• 1 sudu kecil baking powder
• ½ sudu kecil garam
• 2 sudu besar gula pasir
• 1 biji telur
• 2 cawan air
• 1 sudu besar minyak masak
Bahan Tabur:
• Gula pasir secukupnya
• Kacang tanah tumbuk kasar
• Jagung manis dalam tin (optional)
• Coklat rice (ikut selera)
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan kering dalam mangkuk.
2.Masukkan telur, air, dan minyak. Kacau rata hingga licin, biarkan rehat 20 minit.
3.Panaskan kuali non-stick, sapu nipis minyak.
4.Cedok adunan dan ratakan nipis di atas kuali. Masak dengan api sederhana hingga permukaan kering.
5.Tabur gula, kacang, jagung atau coklat rice.
6.Lipat dua, tekan sikit tepi dan angkat.
🌟 Rahsia Kekal Rangup Sampai Malam
✔ Masukkan tepung beras dalam adunan – inilah yang buat kulit lebih crispy walau dah sejuk.
✔ Lepas masak, sejukkan atas rak (jangan terus tindih atau simpan dalam bekas bertutup masa masih panas).
✔ Kalau nak simpan, alas bekas dengan tisu dapur supaya wap tak terperangkap.
👉 Confirm bila malam pun masih rangup macam baru beli kat pasar malam 😍

Resepi Bepang1 cawan kacang tanah - sangai tanpa minyak dan buang kulit1 cawan gula1/2 cawan bijan sangai tanpa minyak (...
12/12/2025

Resepi Bepang

1 cawan kacang tanah - sangai tanpa minyak dan buang kulit
1 cawan gula
1/2 cawan bijan sangai tanpa minyak (agak agak kuning soft je...jgn garing)

Masak gula shj dlm kuali mcm nk buat gula hangus...masuk kan 2sudu minyak masak...bila gula dh hancur,masukkan kacang yg ditumbuk agak pecah(jgn hancur) beserta bijan...

Tutup api...tuang dlm talam...pasti kan bukan talam plastik...tekan2 kan...terus potong sebelum ia mengeras...selepas dh keras...patahkan mengikut potongan td...

Siapppp...selamat mencubaaa

Kredit: norbaizura saat

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Kongsi Resepi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share