Buku Resepi

Buku Resepi Portal Perkongsian Resepi Masakan Dan Kek serta Membekal kelengkapan untuk memasak dan membuat kek

29/08/2026

Alhamdulillah

29/08/2026

𝐃𝐨𝐚 𝐃𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐃𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina azab annar

"Ya Tuhan, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta selamatkanlah kami dari seksa neraka." (Al-Baqarah: 201)

29/08/2026

GAJINYA HARAM TAPI SENTIASA SOLAT

SOALAN :

Adakah sah solat seorang yang sumber hartanya adalah haram?

JAWAPAN :

Solat orang yang makan harta yang haram atau menggunakan pakaian yang haram adalah sah di sisi jumhur ulamak yaitu mazhab Hanafi dan Maliki dan Syafie akan tetapi tiada baginya pahala kerana tidak diterima solatnya itu.

Ada pun di sisi ulamak mazhab Hanbali solatnya itu tidak sah.

Berkata Dr Wahbah Zuhaili :

قال الجمهور غير الحنابلۃ:الصلاۃ صحيحۃ,لاءن النهي لايعود الی الصلاۃ,فلم يمنع صحتها

Artinya : “Telah berkata oleh jumhur ulamak selain ulamak mazhab Hanbali solatnya itu sah kerana larangan tidak berkait dengan solat maka tidak menghalang akan sahnya.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Berkata Imam Nawawi :

الصلاة في الأرض المغصوبة حرام بالإجماع ، وصحيحة عندنا وعند الجمهور من الفقهاء وأصحاب الأصول

Artinya : “Bermula solat pada bumi yang dirampas adalah haram dengan ijmak tetapi sah ia di sisi kami dan di sisi jumhur ulamak dari fuqahak dan ulamak usul.” (Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)

Dan tersebut pada kitab I’anah At-Talibin :

وفى الأرض المغصوبة بل تصح الصلاة بلاثواب،كمافى ثوب مغصوب

Artinya : “Dan sah solat pada bumi yang dirampas akan tetapi tidak ada pahala seperti solat pada pakaian yang dirampas.”

Maksud bumi yang dirampas ialah harta benda yang haram yang diambil secara batil seperti merompak atau mencuri atau menipu dan seumpamanya.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

29/08/2026

Kita buat saja apa yang terbaik. Kalau itu yang Allah reda, teruskan. Hasilnya macam mana nanti, itu Allah yang atur. Yakin dan bersangka baiklah kepada Allah.

12/07/2026

Address

Kuala

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Buku Resepi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Buku Resepi:

Shortcuts

Share