30/03/2026
Assalamualaikum buat semua pelanggan setia dan peminat Ayam Gunting Lunas.
Terlebih dahulu, kami ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua yang tak jemu menyokong kami selama ini.
Dukacita dimaklumkan, operasi Ayam Gunting Lunas terpaksa dihentikan seketika. Lori yang menjadi nadi dan punca rezeki kami telah dilanggar oleh si musibat yang leka dan cuai semasa memandu, sehingga menyebabkan kerosakan serius pada bahagian body belakang (bonded).
Laporan polis telah dibuat dan individu tersebut telah pun dikenakan saman. Namun, apa yang dikesalkan, sehingga kini si musibat tersebut seolah-olah enggan bertanggungjawab atas segala kerosakan yang dilakukan.
Kejadian ini amat memberi kesan besar kerana kenderaan utama perniagaan kami kini tidak boleh digunakan. Segala kesulitan amat kami kesali dan kami mohon doa daripada anda semua agar urusan tuntutan ini dipermudahkan.
Ingatlah, kadang-kadang kita sudah jaga sehabis baik, namun kecuaian orang lain yang memaksa kita menanggung beban. Kami percaya setiap perbuatan ada balasannya.
Terima kasih atas kesabaran dan sokongan berterusan dari anda. Insya-Allah, ada rezeki kita jumpa lagi.