01/06/2024
Pada hari ini, kami kump**an 22B01 telah melakukan lawatan ke Ukir Mall, Alor Setar untuk melihat bagaimana Kak Ani menjalankan operasi perniagaan kraf tangannya dari segi pengurusan, operasi dan sebagainya dari pukul 5 petang hingga 10 malam.
Antara sebab Kak Ani menjalani perniagaannya di Ukir Mall, Alor Setar pada minggu ini adalah beliau membuka booth di Rock & Roll Market yang berlangsung di Ukir Mall dari tarikh 30/6 hingga 1/7. Selain itu, Kak Ani juga merasakan bahawa pilihannya menjalani perniagaan di event Rock & Roll Market merupakan peluang yang sangat cerah bagi perniagaan beliau kerana ianya merupakan event khususnya bagi pencinta-pencinta kraftangan yang akan kunjungi event itu lantas mereka juga akan melawati booth Puan Ani sepanjang berada di Rock & Roll Market yang berlangsung di Ukir Mall.
Tambahan p**a, kami mendapati bahawa Puan Ani dibantu oleh anak perempuannya dan rakan-rakan beliau dalam menjalani operasi perniagaannya untuk memudahkan perniagaan beliau berjalan dengan lancar.
📲 011-3338 2079
🕒 30/6/24 - 1/7/24 (Dari 5 petang hingga 10 malam)
📍 Ukir Mall, Jalan Sultan Badlishah, Alor Malai, 05000 Alor Setar, Kedah