KRAF La

KRAF La KrafLa menawarkan bengkel kraftangan dan seni kreatif interaktif, khas untuk anda

INFO KRAF : TELEPUK      Sumber : Informasi Kraf Malaysia
10/05/2022

INFO KRAF : TELEPUK








Sumber : Informasi Kraf Malaysia

Seni menjahit merupakan suatu kemahiran asas yang boleh dipelajari oleh semua golongan. Untuk yang baru bermula, anda bo...
22/03/2022

Seni menjahit merupakan suatu kemahiran asas yang boleh dipelajari oleh semua golongan. Untuk yang baru bermula, anda boleh mula terokai kreativiti anda dengan cebisan fabrik, benang dan platform online KRAF La.

Salah satu produk hasil seni yang anda boleh lakukan melalui jahitan adalah Akordian Pouch. Oleh itu, pihak KRAF La dengan berbesar hati telah menjemput saudari Yee Yong dari Sewing World untuk berkongsi teknik & petua pada sessi perkongsian secara LIVE ini.

Pastikan anda menonton siri LIVE ini sehingga tamat kerana Yee Yong akan memberikan 2 Akordian Pouch kepada pemenang yang bertuah. Nantikan siri LIVE ini pada jam 8 malam Rabu ini!

13/03/2022

BENGKEL JAHITAN 'POUCH AKORDIAN'

Di dalam bengkel jahitan 'pouch akordian' ini, anda dapat mempelajati tentang beberapa teknik asas jahitan dari tenaga pengajar kami yang berpengalaman.

Antara teknik yang akan diajar adalah seperti teknik memotong kain, menggosok kain gam, cantuman, tindih kain, cara pemakaian butang dengan mudah dan banyak lagi teknik-teknik yang menarik.

Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan akses kepada bengkel-bengkel online ini, hanya di www.krafla.co

02/03/2022

IKATAN TANJAK DAN KAIN DASAR

Di dalam bengkel penyediaan seni lipatan tanjak ini, anda akan mempelajari tentang beberapa teknik asas lipatan tanjak dari Abang Herin. Selain itu, anda juga dapat mempelajari tentang bagaimana untuk menyediakan kain dasar yang sesuai bagi membuat tanjak. Abang Herin akan membimbing anda sepanjang tempoh bengkel online ini berlangsung.

Jom daftar sekarang dan ikuti bengkel ikatan tanjak bersama Abang Herin, hanya di www.krafla.co

PELANCARAN PLATFORM KRAF LAKRAF LA merupakan sebuah platform dalam talian yang bukan sahaja mempamerkan dan memasarkan p...
28/02/2022

PELANCARAN PLATFORM KRAF LA

KRAF LA merupakan sebuah platform dalam talian yang bukan sahaja mempamerkan dan memasarkan produk kraftangan buatan tempatan, tetapi mengajar cara untuk anda membuatnya juga.

KRAF LA sentiasa percaya bahawa usaha seni penggiat kraftangan tempatan ini layak untuk dipentaskan ke persada antarabangsa disamping mereka dapat menjana pendapatan sampingan.

Kini, anda boleh mendaftar & mengakses platform KRAF LA di https://krafla.co/

Seramik Turki, Seramik Turki, juga dikenali sebagai 'çini' dalam bahasa Turki, adalah seni kraftangan yang menjadi waris...
19/01/2022

Seramik Turki,

Seramik Turki, juga dikenali sebagai 'çini' dalam bahasa Turki, adalah seni kraftangan yang menjadi warisan negara Turki kerana ianya adalah seni halus dan kreatif yang diperturunkan semenjak zaman Empayar Uthmaniyyah lagi.

Terdapat tiga bandar utama di Turki yang terkenal dengan seramik mereka di seluruh dunia iaitu di bandar Iznik, Çannakale, dan Kütahya. Seramik Turki boleh dijual dengan harga yang sangat tinggi kerana proses pembuatannya yang sangat rumit dan warisan ini hanya diperturunkan dari generasi ke generasi.

Proses mencipta seramik bermula dengan proses asas, yang dikenali sebagai 'biscuit,' yang merupakan gabungan dari tanah liat, kuarza dan silika dari kawasan tempatan di Turki. 'Biscuit' ini akan dikeringkan selama tujuh hingga sepuluh hari dan kemudiannya akan ditutup dengan kuarza dan tanah liat. Seterusnya ianya dikeringkan lagi selama sepuluh hari dan akan dibakar pada suhu 950°C.

Corak yang digunakan untuk seramik Turki secara tradisinya adalah berdasarkan tema semula jadi seperti air, burung, pokok atau bunga tulip. Debu arang digunakan supaya garis besar boleh dikesan dengan pewarna hitam. Oksida logam sering dibuat dengan tembaga kerana ianya akan menghasilkan warna biru kobalt. Turki juga terkenal dengan warna merah tersendiri yang dihasilkan oleh besi. Seni seramik Turki terkenal dengan reka bentuk biru dan merah.

Salutan kaca merupakan satu proses terakhir yang akan menjadikan warna seramik yang dihasilkan menjadi lebih menarik dan akan melindunginya daripada pecah. Seramik Turki akan dikeringkan dan dimasukkan ke dalam ruang untuk dibakar selama dua belas jam. Seramik yang telah dibakar ini akan melalui proses pencucian terakhir dan penggilapan sebelum dipamerkan di ruangan pameran jualan.




SENI PEMBUATAN LABU SAYONGDi Kuala Kangsar Perak, dimana terletaknya Sayong, kawasan di mana industri kraf dari tanah te...
09/01/2022

SENI PEMBUATAN LABU SAYONG

Di Kuala Kangsar Perak, dimana terletaknya Sayong, kawasan di mana industri kraf dari tanah telah bertahan selama lebih 300 tahun. Di sinilah tempat lahirnya labu sayong, tempayan air tradisional yang diolah khusus daripada tanah yang hanya didapati di kawasan Sayong, Perak ini.

Labu sayong lazimnya dibuat untuk menyimpan air, sama ada di dapur atau untuk kegunaan harian. Memandangkan sifatnya yang sedikit berongga yang menyejukkan mana-mana air yang terkandung di dalamnya, penduduk kampung percaya bahawa meminumnya mempunyai manfaat kesihatan.

Pada zaman dahulu, tanah liat akan disusun di atas kayu api dan dibakar selama beberapa jam sehingga mencapai suhu puncak 800°C. Tukang yang mahir akan menggunakan pengalaman dan ilmu mereka untuk menentukan bila ianya sudah siap. Apabila siap diolah, ianya akan dimasukkan ke dalam api bagi tujuan pembakaran, ia kemudian akan digulung dalam sekam padi untuk memberikannya warna kayu hitam yang istimewa. Teknik tradisional akan menambah ketahanannya dan memberi tukang lebih kawalan ke atas reka bentuk.

Hari ini, tempayan air ini boleh dibuat dengan menggunakan acuan, kemudian dipotong dan diwarnakan untuk tujuan hiasan. Walaupun ada yang masih menggunakan labu sayong untuk menyimpan air, ramai yang lebih gemar mempamerkan kraftangan tersebut di rumah.

Kebanyakan pengalaman pembuatan labu sayong ini tidak mungkin kita fahami tanpa mengalaminya sendiri. Anda boleh menikmati pengalaman membuat seni pembuatan seni labu sayong ini hanya di KRAF La.



SENI "PERAHU KOLEK" KELANTAN Kesenian dan kerja tangan dalam budaya masyarakat Melayu di Pantai Timur sangat dikenali da...
29/12/2021

SENI "PERAHU KOLEK" KELANTAN

Kesenian dan kerja tangan dalam budaya masyarakat Melayu di Pantai Timur sangat dikenali dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ini dibuktikan dengan perahu kolek yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu yang akan dihiaskan dengan ukiran dan lukisan yang menarik. Anda boleh melihat perahu kolek ini di Pantai Sabak, Kelantan.

Antara perhiasan yang digayakan pada perahu kolek adalah ukiran dan lukisan pada linggi, bangau, okok, caping, sangga tengah, sangga kemudi, cagak, koyang dan lukisan pada badan perahu. Komponen-komponen ini mempunyai fungsinya
tersendiri dan dihasilkan dengan teliti dan berseni.

"Bangau" berfungsi sebagai alat penyangga tiang layar dan panjang yang digunakan oleh nelayan untuk berlayar dan memasang pukat. "Okok" p**a digunakan sebagai alat untuk menyangkut tali sauh. "Caping" yang terletak di tengah antara bangau dan okok berfungsi sebagai pemegang bangau-okok. Nelayan akan memasang bangau-okok pada bahagian hadapan caping apabila hendak turun ke laut. "Koyang" p**a digunakan untuk menyangga dayung kemudi perahu. "Sangga" p**a digunakan untuk menyangga galah panjang yang digunakan nelayan. Komponen-komponen ini diukir dan dilukis dengan pelbagai motif dan simbol tertentu yang mempunyai perkaitan dan kepercayaan masyarakat dahulu.

Imej "naga" sangat ketara digunakan pada banyak komponen hiasan perahu di Kelantan. Imej naga banyak dijumpai pada bahagian linggi, bentuk bangau, motif ukiran pada bangau, okok dan lukisan pada badan perahu. Dalam masyarakat Melayu, simbol naga adalah sebagai penyelamat dan penjaga bumi. Naga juga dianggap sebagai penjaga keselamatan nelayan ketika berada di laut. Penggunaan imej naga ini banyak dijumpai pada ukiran bangau di mana ukiran imej naga ini digabungkan bersama motif tumbuh-tumbuhan. Selain itu, imej burung juga banyak digunakan di dalam lukisan motif perahu kolek di Kelantan.

Kesenian yang dihasilkan dalam pertukangan perahu tradisional Melayu sangat mementingkan kepada tiga perkara utama iaitu fungsi, estetika dan etika. Oleh itu hasil seni lukisan yang ditonjolkan pada perahu kolek ini akan menjadi sangat menarik kerana dipenuhi dengan pelbagai motif dan warna yang menarik. Seni pertukangan, lukisan dan motif ini harus diperturunkan ke generasi muda berikutnya supaya ianya tidak akan pupus di telan zaman.




Selesai sudah proses penggambaran bengkel online Cantingan Batik dan juga bengkel Lipatan Tanjak. Terima kasih kepada pa...
14/12/2021

Selesai sudah proses penggambaran bengkel online Cantingan Batik dan juga bengkel Lipatan Tanjak. Terima kasih kepada para pengajar yang sudi berkongsi ilmu, skill pengetahuan kepada kami dan juga kepada bakal pelajar KRAF La.

Banyak lagi produk2 kraf, seni dan kreatif negara Malaysia ni yg perlu kita budayakan, lestarikan, dinaikkan martabatnya dan dikembangkn potensinya. Ini antara apa yg KRAF La perjuangkan...

Nantikan kemunculan semua produk2 ini di KRAF La ... Support kami dgn mendaftarkn diri anda sebagai pengusaha kraf atau peminat kraf di www.krafla.co

10/12/2021

Biskut Royal Icing

Pernahkah anda melihat corak biskut yang cantik dan menarik? Corak dan motif yang dihasilkan pada makanan seperti biskut dan kek juga merupakan sebuah karya seni kreatif yang sangat menarik untuk anda terokai. Anda juga sebenarnya boleh menghasilkan biskut yang menarik dan fancy ini mengikut citarasa dan corak yang anda inginkan dari rumah anda sendiri.

Proses pembuatan yang sangat mudah dan anda mampu lakukannya sendiri bersama keluarga, saudara dan rakan-rakan. Anda pasti terkejut dengan hasilnya nanti.

Ingin ketahui lebih lanjut bagaimanakah proses pembuatan Biskut Royal Icing ini? Nantikan bengkel interaktif kami di KRAF La . Daftar segera di www.krafla.co untuk ikuti bengkel interaktif kami.

Seni Mengait Crochet 🧶Seni Mengait Crochet adalah proses membuat fabrik dari benang, atau helaian bahan lain dengan meng...
06/12/2021

Seni Mengait Crochet 🧶

Seni Mengait Crochet adalah proses membuat fabrik dari benang, atau helaian bahan lain dengan menggunakan cangkuk mengait. Perkataan crochet ini berasal dari perkataan Perancis iaitu “crochet” yang bermaksud cangkuk. Cangkuk crochet ini dibuat dari bahan-bahan seperti logam, kayu, atau plastik.

Seni mengait crochet merupakan salah satu aktiviti hobi yang sangat berpatutan kerana kosnya bergantung kepada anda sendiri samada memilih benang yang mahal atau jenis benang yang murah. Selain itu corak crochet juga memainkan peranan dalam menentukan kos seni crochet ini.

Dalam seni mengait crochet, kaedah mengira dan matematik merupakan kemahiran yang sangat penting untuk anda mencipta sebuah produk crochet yang menarik. Namun, ianya juga bergantung kepada tahap kreativiti anda.

Jika anda ingin mencuba untuk mengait crochet, anda boleh mempelajari jahitan dan teknik asas dengan mempelajari dari pakar atau menonton video-video cara jahitan crochet. Anda juga boleh mempelajari seni jahitan crochet melalui bengkel jahitan crochet melalui KRAF La yang akan disiarkan kelak.

Daftar segera di www.krafla.co untuk mengikuti bengkel online produk kreatif dan kraftangan ekslusif dari kami.

Address

B-13A-06 Tower B, Jalan PJU 1/39, Dataran Prima

47301

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRAF La posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Interior Service?

Share