20/09/2020
7 SEBAB MENCINTAI BANTAL LEYNA
1. Bantal LEYNA boleh dibasuh terus ke dalam washing machine. Senang gais. Ambil bantal, masukkan dalam washing machine, letak sabun, setting, biakan seketika dan tadaaaa. Dah basuh. Wangi bersih. Apalagi nak? Boleh keringkan dalam dryer, bawah matahari atau bawah kipas. Settle.
Korang tau kan, bila bantal bersih, kita boleh elak anak senang kena demam, selsema, resdung dan pelbagai penyakit lagi.
2. Bantal LEYNA ni magik tau. Lagi dibasuh atau dijemur, lagi gebu dia. Kalau dah lama guna, rasa dah kempes sikit, tak payah bising kat FB, hanya terus basuh atau jemur bawah cahaya matahari. Settle. Hati pon senang, bantal pon gebu.
3. Camne boleh magik pulak? Sebab bantal LEYNA ni menggunakan fiber berkualiti tinggi untuk pastikan ianya kekal gebu kalau kita pandai jaga bantal dengan baik. Sampaikan orang beli bantal LEYNA, sebab nak fiber dia aja. Ntah nak buat apa latu. 😜
4. Ni paling best, bantal LEYNA ada zip tepi gais. Tujuannya untuk bantu anda melaras ketinggian bantal tersebut. Kalau korang beli, then rasa tinggi, tak payah membawang dengan jiran sebelah. Bukak zip, keluarkan sedikit dan simpan fiber tu. Tepuk bantal kembali dan try tido. Dah agak-agak selesa dengan ketinggian tu, kasi tutup mata. Sure lena sampai ke pagi.
Nak simpan gambar makwe pon ok. Mak tak nampak pon. Tu macam mak nurul tu. Simpan apa dalam bantal tuuuu 🙄
5. Corak dia cantik gais. Siap ada piping tepi bantal. Letak kat atas katil, nampak mewah sangat. Rasa ado-ado. Suami pon cakap isteri bijak. Yelaa, tak payah tido kat hotel pon dah rasa cam gitu.
Apa jenis corak dan warna alas tilam pon pasti masuk dengan corak bantal LEYNA ni. Tak pening kalau korang s**a tukar-tukar cadar. Settle masalah.
6. Untuk mereka yang OCD, sejenis nak warna sama, jenis nak corak sama, jenis nak susunan teratur je. Bantal LEYNA wajib jadi koleksi anda. Kenapa?
Kalau kita beli cadar kat mall, paling banyak dia bagi 4 helai je sarung bantal gais. Bantal korang ada 10 pulak tu. Sakit mata pulak warna sarung bantal tak sama kan. Nah, bantal LEYNA tak payah nak sarung apa-apa. Gitu jela kejadiannya. Jimat duit nak beli sarung bantal sedondon. Hati pon tak sakit bila warna tak selari kan.
7. Belilah bantal LEYNA kat ejen terdekat anda. Dalam masa yang sama korang dapat membantu tingkatkan kewangan mereka. Mereka orang yang berusaha gais. Mostly yang menjual bantal LEYNA sangat komited dan sanggup beri servis yang terbaik kepada anda insyallah.
Ada yang hilang pekerjaan time PKP ni, ada yang suri rumah, ada yang student nak cari duit lebih, ada yang memang buat bisnes suami isteri. Berikan sokongan anda untuk mereka yang berusaha ni. Mungkin ini asbab korang masuk syurga kan!
Nah cukup 7 sebab mencintai bantal LEYNA! Mak nurul pon dah guna, tak kan korang tak guna lagi.