Galeri An Nour

Call Directions Website

Galeri An Nour Agen Pjj / kelas memasak secara online di Facebook dengan harga yang berpatutan.

Bila rezeki yang sedikit terasa mencukupi, itulah berkat.Bila hari-hari berlalu tanpa ditimpa sakit, itulah berkat.Bila ...
10/09/2026

Bila rezeki yang sedikit terasa mencukupi, itulah berkat.

Bila hari-hari berlalu tanpa ditimpa sakit, itulah berkat.

Bila senja menjelang tanpa khabar duka, itulah berkat.

​Kita terlalu sibuk mendaki gunung impian, hingga terlupa menghargai tanah indah yang sedang kita pijak.

​Tubuh yang masih kuat bergerak.

Hati yang masih mampu tersenyum.

Serta insan-insan tersayang yang masih di depan mata.

Kita selalu kejar apa yang orang lain ada, sampai lupa nikmat sendiri.

Tubuh sihat, rumah tempat berteduh dan keluarga yang masih ada di sisi.

Boleh jadi, hidup yang kita rasa biasa-biasa hari ini adalah doa yang pernah kita minta dulu.

Moga hari ini dipenuhi ketenangan dan jangan lupa bersyukur untuk hari ini..

Assalamualaikum & selamat pagi ☺️






Hidup ini terlalu berharga jika hanya diguna untuk memandang dengan cemburu rezeki orang lain.​Bahagia bukan terletak pa...
09/09/2026

Hidup ini terlalu berharga jika hanya diguna untuk memandang dengan cemburu rezeki orang lain.

​Bahagia bukan terletak pada apa yang ada di tangan orang, tetapi bertapa hati kita bersyukur dengan nikmat yang sedang kita genggam.

​Hargai apa yang ada, usahakan apa yang diimpikan.

Fokus pada rezeki sendiri, raikan perjalanan diri.

Assalamualaikum.

​Selamat pagi & salam menjemput rezeki






Bila kita pandang balik ke belakang, baru kita sedar betapa jauhnya kita dah berjalan.​Dalam hidup ini, kita tak pernah ...
08/09/2026

Bila kita pandang balik ke belakang, baru kita sedar betapa jauhnya kita dah berjalan.

​Dalam hidup ini, kita tak pernah lari daripada rasa sakitnya jatuh dan kecewa.

Ada hari-hari yang usahanya begitu keras, tapi hasilnya tak seberapa.

Ada lelah yang tak pernah kita ceritakan pada sesiapa, tersimpan rapi dalam diam.

​Tapi begitulah sebuah kehidupan.

Ia bukan soal siapa sampai dulu atau siapa yang paling gah dipandang.

Ia tentang bagaimana kita belajar memeluk kegagalan, terus melangkah walaupun dengan langkah yang kecil.

Belajar mengucapkan terima kasih pada diri sendiri kerana masih memilih untuk tidak menyerah.

Assalamualaikum & selamat pagi.

Hargai setiap lelahmu. Selamat melangkah dengan penuh keyakinan hari ini





06/09/2026

I want to give a huge shout-out to my top Stars senders. Thank you for all the support!

Suarni Adam, Qaseh Ibonda, Nor Hafizah Mohd Yusof, Mektie Kitchen, Anangs Norazman, Layla Latang II, Adda Azmin, Shazlyeha Hq, Roslan Lan, Tweaty Gurlz, Hannah Luthfiyah, Mamat Db, Nur Asy, Masyuzi Mahmood , Siti Nor Aishah Muhamad

Terima kasih semua..

Kadangkala, bahagian paling sukar dalam kehidupan adalah terus percaya apabila hasil belum kelihatan.Kita telah berikan ...
05/09/2026

Kadangkala, bahagian paling sukar dalam kehidupan adalah terus percaya apabila hasil belum kelihatan.

Kita telah berikan yang terbaik, namun dunia seolah-olah masih belum memberi jawapan...

Belum ada pencapaian hebat untuk dibanggakan dan belum ada tanda-tanda impian itu makin hampir.

Pahlawan sebenar tidak dinilai pada saat dia menang, melainkan pada saat dia memilih untuk terus berdiri ketika segalanya terasa berat.

Sabar yang kita genggam hari ini adalah benih dan penat lelah yang kita lalui adalah siraman airnya.

​Teruskan melangkah dengan dada yang lapang.

Suatu hari nanti, apabila kita menoleh ke belakang, kita akan tersenyum dan bersyukur kerana tidak pernah menyerah pada hari ini.

Semoga takdir indah yang kita doakan sedang menghampiri kita sedikit demi sedikit.

Assalamualaikum. Selamat pagi semua ☺️





Setiap fasa sukar yang kita lalui hari ini sebenarnya sedang membentuk watak diri yang lebih kental.Ujian tidak pernah h...
04/09/2026

Setiap fasa sukar yang kita lalui hari ini sebenarnya sedang membentuk watak diri yang lebih kental.

Ujian tidak pernah hadir untuk melumpuhkan, tetapi untuk mendewasakan.

​Jangan takut pada badai yang singgah, kerana dari situlah akar ketabahan kita mula mengukuh.

Teruslah berjalan dan percaya pada prosesnya.

​Moga suatu hari nanti, kita mampu tersenyum mengenangkan sejauh mana kita telah melangkah tanpa pernah mengaku kalah.

Assalamualaikum & selamat pagi.

Semoga pintu rezeki kita dibuka seluasnya hari ini.





Belajarlah untuk rasa cukup dan bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini.Sedikit yang berkat itu jauh lebih baik d...
03/09/2026

Belajarlah untuk rasa cukup dan bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini.

Sedikit yang berkat itu jauh lebih baik daripada banyak tetapi membebankan.

Kejar-kejarlah dunia, kita takkan pernah puas jika hati sentiasa rasa tidak cukup.

Hakikatnya, ketenangan hidup bukan terletak pada kemewahan yang melimpah-ruah, tetapi pada sekeping hati yang tahu erti menghargai.

Moga setiap rezeki yang singgah ke dalam hidup kita hari ini dipenuhi dengan keberkatan dan ketenangan yang berpanjangan.

Assalamualaikum. Selamat pagi semua ☺️





Address

Alor Setar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Galeri An Nour posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share