KAIN BATIK Original from Terengganu

KAIN BATIK Original from Terengganu The original batik fabric from Terengganu comes specially with the quality of water -absorbent cotton fabric.

03/01/2023

Jika ada yang berminat dengan kain batik terengganu ni direct wssup saya yer...Wasap.my/60129553986/KAINBATIKOriginalfromTerengganu

Saya akan balik Terengganu 13-15 Jan 2023.

16/09/2022

Jika ada yang berminat dengan kain batik terengganu ni direct wssup saya yer...Wasap.my/60129553986/KAINBATIKOriginalfromTerengganu

⚡Motif Batik Malaysia⚡Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini dihasilkan karena ke...
27/01/2022

⚡Motif Batik Malaysia⚡

Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini dihasilkan karena kepekaan masyarakat tradisional terhadap lingkungan. Bagi mereka apa saja yang menarik dan mengandung falsafah sendiri bisa dijadikan corak. Oleh itu kita boleh membuat kesimp**an bahwa motif-motif ini menunjukkan penyatuan masyarakat tradisional dengan alam. Terdapat enam jenis motif alam yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik:

🌸Unsur flora

Fungsi unsur flora adalah seperti berikut:

Untuk menghiaskan kain batik ela. Motif flora seperti bunga, kudup, putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur
Untuk menghiasi badan batik sarung.
⚡bunga, kuntum, putik, ranting dan pucuk disusun menjalar datar dengan bentuk lembut
⚡helaian daun, kelopak serta ranting dan bunga
⚡bunga disusun berdahan tegak

Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) biasanya motif pucuk rebung biasa digunakan, ragam corak diubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri.

Unsur-unsur fauna adalah seperti:

🌸Unsur fauna

Motif rama-rama, kumbang, burung, ayam, rusa, bangau, ikan, kijang dan sebagainya.

Fungsi motif unsur rupa geometri:
🌸Unsur geometri

Untuk hiasan kaki kain atau gigi — susunan garis-garis halus, motif parang rusak, motif banji atau sw****ka dan motif pinggir awan digunakan.
Garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti cangkerang, siput, kisi-kisi, jaring bersilang dan lain-lain lagi.
Untuk menghiasi batik panjang — motif kawung dalam susunan empat bentuk bujur sering digunakan.
Motif ceplok dengan susunan segi empat yang berisikan beberapa bentuk lain seperti bunga, unggas atau binatang dan garis berpalang digunakan bentuk ini bukan bentuk geometri sebenarnya, ini merupakan campuran gaya organik dan geometri.
Contoh motif unsur geometri: keluk pinggir awan persegi, pilin berganda’, buntut siput, parang rusak, banji, ceplok, jalur, kawung.

Fungsi motif unsur buatan manusia yang agak moden ini biasanya digunakan untuk hiasan batik ela. Contoh motif unsur benda buatan manusia:

🌸Unsur benda buatan manusia

⚡abor
⚡jaring ikan
⚡kampung
⚡layang layang

🌸Unsur Motif Isen

Isen ialah motif pengisi untuk, memenuhi kain batik tradisional atau sebagai latar belakang kepala sesuatu pola corak.

Contoh jenis isen:

Ada-ada, atap, sirapan, berangan, cacah gari, cantlel, cecek-cecek, cecek pitu, cecek sawut daun, galangan, grinsing, mata dara, penutup, poleng, sisik dan sebagainya.

Daftar Pola/Motif Batik Malaysia.

Terdapat beberapa jenis susunan motif pada kain batik Malaysia, yaitu:

⚡berdiri
⚡ berjalur
⚡calur/ dam
⚡kisi-kisi
⚡melintang
⚡menyeluruh
⚡serong
⚡tompok-tompok (bertabur)
⚡ulang bersilang
⚡ulang batu bata

Motif pucuk rebung sering diletakkan pada bagian kepala kain. Susunan motif untuk bagian badan kain lebih bebas, berbentuk bunga berpohon atau bunga tunggal bisa disusun untuk menghasilkan corak. Motif parang rosak, pilin berganda atau banji sering digunakan untuk susunan menyerong. Motif pinggir awan, keluk berlingkar, keluk berbunga dan lengkungan separuh bulat sering menyatukan bentuk dengan bagian badan kain⚡

🌸Ciri-ciri khas batik tulis/conteng /lukis🌸⚡Ciri-ciri1. warna yang segar dan eksklusif serta motif yang dihasilkan adala...
27/01/2022

🌸Ciri-ciri khas batik tulis/conteng /lukis🌸

⚡Ciri-ciri
1. warna yang segar dan eksklusif serta motif yang dihasilkan adalah bebas
2. setiap helaian batik adalah ciptaan individu serta eksklusif
3. setiap hasilan memaparkan unsur-unsur sezaman yang unik
4. harganya tinggi kerana kain dan bahan pewarnanya mahal serta mempunyai corak yang tersendiri

⚡Kekemasan dan persembahan
1. garisan lilin yang kemas dan tidak putus-putus
2. aliran corak yang seimbang dan berharmoni
3. sambungan garisan tidak ketara
4. warna yang tidak bertelar-telar
5. tidak ada kesan lilin
6. corak dan warna motif bersesuaian dengan warna tanah

⚡Pemeliharaan dan penjagaan
1. Tidak boleh direndam terlalu lama semasa membasuh
2. Tidak boleh didedahkan kepada cahaya matahari yang terik

KELEBIHAN SARUNG TERENGGANU.🌸100% cotton🌸100% Serap air🌸 Lapisan 5 Terap🌸Kain Tebal dah Tahan Lasak🌸Tidak Mudah Koyak🌸Pe...
27/01/2022

KELEBIHAN SARUNG TERENGGANU.
🌸100% cotton
🌸100% Serap air
🌸 Lapisan 5 Terap
🌸Kain Tebal dah Tahan Lasak
🌸Tidak Mudah Koyak
🌸Pelbagai Design Cantik
🌸Boleh Dibuat Hadiah/Sumbangan/Kegunaan Harian

Batik Terengganu amat terkenal dalam kalangan masyarakat tempatan dan pelancong asing kerana kaya dengan nilai estetika ...
27/01/2022

Batik Terengganu amat terkenal dalam kalangan masyarakat tempatan dan pelancong asing kerana kaya dengan nilai estetika dan halus pembuatannya. Selain itu, kain batik Terengganu juga dikenali dengan sifat kainnya yang sejuk dan selesa dipakai oleh pengguna. Keunikan corak yang dihasilkan pada batik Terengganu membuatkan banyak hati terpesona dengan keindahannya dan menjadi sebutan masyarakat tempatan dan pelancong luar negara. Di sebalik kehalusan seni pembuatannya sudah pasti ada kudrat dan semangat yang tidak pernah mengalah yang mengharungi kes**aran mencipta dan mengusahakan corak batik Terengganu yang merupakan lambang warisan tradisional negeri ini.

Proses penghasilan blok dan corak batik tidaklah semudah seperti yang disangkakan oleh masyarakat. Proses tersebut memerlukan fokus dan ketekunan yang tinggi bagi menyiapkan sarang blok tersebut. Walau bagaimanapun, kini, pembuat sarang blok batik Terengganu kian pupus kerana kurangnya pendedahan terhadap generasi muda untuk mempelajari dan mewarisi kemahiran pembuatan sarang blok batik. Hal ini dikatakan demikian kerana generasi muda kini lebih cenderung untuk bekerja di pejabat atau bekerja dalam sektor ekonomi, sehingga menyumbang kepada kepupusan pembuat sarang blok batik di Terengganu.

Dalam hal ini, kunci utama untuk menguasai kemahiran membentuk dan membuat sarang blok batik ialah kegigihan, fokus dan komitmen yang tinggi. Jika seseorang itu tidak mempunyai nilai-nilai tersebut, maka s**ar untuk menguasai kemahiran tersebut. Menurut Pak Ya, proses penghasilan batik moden masa ini semakin mudah dan tidak sama seperti masa dahulu. Batik tradisional memiliki empat atau lima lapisan kain, manakala batik moden p**a hanya mempunyai selapis atau dua lapis sahaja. Maka itu, tidak hairanlah batik tradisional lebih mahal harganya disebabkan oleh nilai keseniannya yang tinggi. Oleh sebab itu, Pak Ya menyeru kepada generasi muda untuk mempelajari kemahiran membuat dan membentuk sarang blok batik kerana batik Terengganu memiliki permintaan yang tinggi dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

Setiap pembuatan batik mempunyai identitinya yang tersendiri bergantung kepada lokasi dan budaya masyarakat setempat. Menurut Pak Ya, ketika berusia 16 tahun, beliau tertanya-tanya tentang identiti batik. Apabila gurunya menunjukkan salah satu rekaan blok batik kepadanya, batik tersebut mempunyai motif sayap seakan-akan burung garuda dan banyak digunakan pada batik Terengganu. Pengusaha batik Terengganu pada masa itu banyak mengambil batik Jawa sebagai inspirasi untuk menghasilkan corak batik Terengganu. Motif rekaan batik Terengganu hampir 80 peratus mirip kepada motif rekaan batik Indonesia.

Motif corak rekaan batik Kelantan p**a banyak menonjolkan imej pagoda. Hal ini dikatakan demikian kerana motif rekaan batik Kelantan terpengaruh dengan unsur dari Thailand. Thailand juga mempunyai rekaan batiknya yang tersendiri. Pak Ya menyatakan bahawa pada zaman dahulu masyarakat menggunakan blok kayu untuk mengecop batik. Motif asal rekaan batik Terengganu lebih terarah pada bunga-bungaan. Walau bagaimanapun, ada juga batik Terengganu menggunakan motif haiwan seperti gajah yang dikatakan memiliki pengaruh dari India.

Tidak dapat dinafikan bahawa industri batik, khususnya di Terengganu, sememangnya semakin rancak dan mendapat permintaan yang tinggi pada masa ini. Walau bagaimanapun, industri ini berhadapan dengan masalah kekurangan tenaga mahir. Hal ini disebabkan oleh generasi muda kini tidak mahu mewarisi dan menceburi diri dalam bidang perusahaan batik. Generasi kini lebih cenderung untuk bekerja dalam sektor pekerjaan yang lebih selesa dan lumayan.

KREDIT TO: JENDELADBP

27/01/2022

JOM BUAT BATIK😍

Alat dan Bahan yang diperlukan:

✅Material (kain) dari jenis kapas, rayon, sutera dan linen.
✅Canting sebagai alat melukis motif.
✅Pemidang sebagai tempat untuk menghampar kain dengan keadaan tegang.
✅Dapur untuk mencairkan lilin dan rozin
✅Warna cecair

Terdapat beberapa peringkat dalam menghasilkan batik lukis, peringkat tersebut dimulakan dengan menggunakan bingkai (frame) yang kecil dahulu. Kaedah menghasilkan batik lukis amat mudah tetapi memerlukan disiplin dan ketekunan. Berikut adalah proses untuk menghasilkan lukisan batik lukis.

Melakar reka corak dengan pensil lembut pada permukaan kain di pemidang mengikut selera dan idea masing-masing, samada flora fauna, semi abstrak, geometrikal atau organik dengan cara spiral, gelombang, susunan batu-bata dan sebagainya.

Melukis dengan lilin malam menggunakan canting pada lakaran pensil yang telah dilukis tadi. Sila pastikan semua RUPA reka corak yang dilukis hendaklah bercantum untk memastikan ruang yang diwarnakan nanti tidak merebak keluar dari corak tersebut.

Sapukan cecair warna (dyestuff) mengikut selera pelukis dengan menggunakan berus cina (lebih mudah). Padankan warna supaya kelihatan menarik.

Setelah kering, sapukan pemati warna (Sodium Silicate) pada permukan kain yang telah diwarnakan tadi dan tunggu sehingga kering selama 2 hingga 3 jam.

Setelah cukup masanya, kain tersebut dikeluarkan daripada bingkai dan basuhkannya. Hal ini bermakna warna pada kain telah dimatikan dan ia tidak akan luntur lagi.

Rebuskan kain tersebut untuk memisahkan lilin pada kain dengan memasukkan sedikit serbuk soda. Keringkan dan gosokkannya. Pasangkan pada bingkai cermin untuk dijadikan sebagai hiasan dinding.

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah penggunaan canting dan keselamatan. Lilin yang diceduk dengan canting adalah panas dan perlu berhati-hati supaya dapat mengelakkan kecederaan. Lilin panas tersebut akan jadi sejuk setelah melakukan beberapa lakaran dan perlu bertukar ganti. Lakukannya secara berulang kali sehingga lukisan batik lukis dapat diselesaikan dengan puas hati.

KREDIT TO:
Vigourmarine Official

🌸PENJENISAN KAIN BATIK🌸⚡BATIK BLOKKain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak ...
27/01/2022

🌸PENJENISAN KAIN BATIK🌸

⚡BATIK BLOK
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

⚡BATIK CONTENG
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

⚡BATIK SKRIN
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja

Mari Belajar Cara Buat Batik Terengganu 1.  Langkah pertamaKita membuat reka corak kain batik diatas kain putih dengan p...
27/01/2022

Mari Belajar Cara Buat Batik Terengganu

1. Langkah pertama
Kita membuat reka corak kain batik diatas kain putih dengan pensil. Motif boleh dipilih berasaskan tradisional, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan ruang, semi abstrak dan lain-lain. Dalam penentuan motif, biasanya tiap orang memiliki selera berbeda-beda. Ada yang lebih s**a untuk membuat motif sendiri, namun yang lain lebih memilih untuk mengikuti motif-motif umum yang telah ada. Lebih menyenangkan motif boleh dipilih daripada koleksi kedai kedai tersebut.

2. Langkah kedua
Menggunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain. Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Pelukis terpaksa menuangkan semula lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk. Seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar.

3. Langkah ketiga
Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya.

4. Langkah keempat
Setelah empat jam direndam kain dalam bahan tersebut, kain tersebut dibasuh dan direbus. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif yang telah digambar sebelumnya terlihat jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas. Paling elok, kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya.

Akhirnya terhasillah kain batik lukis yang asli dan terserlah keasliannya. Selain daripada batik lukis atau dikenali juga sebagai batik tulis atau batik canting. Nama tersebut terlahir kerana corak yang dihasilkan secara free-hand.

MARI KITA BELAJAR TENTANG SEJARAH BATIK TERENGGANU😍Teknik penggunaan batu dan buluh merupakan teknik asal di dalam pembu...
27/01/2022

MARI KITA BELAJAR TENTANG SEJARAH BATIK TERENGGANU😍

Teknik penggunaan batu dan buluh merupakan teknik asal di dalam pembuatan batik. Pada bahagian batu ini diukir motif motif batik. Kemudian batu ini dipanaskan terlebih dahulu sehingga mencapai darjah kepanasan tertentu. Setelah itu barulah dicelup pada pewarna dan kemudiannya dicat pada permukaan kain putih. Terdapat sesetengah pembatik yang menggunakan ubi keladi atau ubi kentang bagi menggantikan batu dan buluh. Kemudian , proses mengecat batik dilakukan dengan menggunakan blok blok kayu yang diukir pada permukaannya dengan pelbagai motif.

Sumber : Muzium Terengganu.

TAK SABARNYAAAAA NAK RELEASED DESIGN TERBARU KAMI🤩🤩STAY TUNED OKAY GAIS??😍😍
27/01/2022

TAK SABARNYAAAAA NAK RELEASED DESIGN TERBARU KAMI🤩🤩

STAY TUNED OKAY GAIS??😍😍

📢📢📢📢📢ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK DESIGN TERBARU KAMI???😍🔥
27/01/2022

📢📢📢📢📢

ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK DESIGN TERBARU KAMI???😍🔥

Address

26-3-4 Kelumpuk Pinang D, Jalan 30/56
Ampang
542000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAIN BATIK Original from Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KAIN BATIK Original from Terengganu:

Share