21/04/2026
Kerjasama di antara SMK Bandau dan Corn Husk Craft melalui pendekatan Project- Based Learning (PBL).
Melaui kerjasama ini, ianya membuka ruang pembelajaran yang lebih praktikal dan bermakna kepada pelajar, di mana mereka didedahkan kepada proses sebenar menghasilkan produk kraf daripada kulit jagung.
Ia bukan sahaja memberi pengalaman hands-on, tetapi juga membantu membentuk kemahiran kreativiti, kerjasama dan pemikiran keusahawanan dalam kalangan pelajar.
Usaha pihak sekolah ini juga, menyokong konsep kelestarian dengan mengubah bahan terbuang menjadi sesuatu yang bernilai.
Kerjasama ini menjadi satu langkah penting kepada Corn Husk Craft dalam memperkukuhkan peranan sebagai sebuah perusahaan sosial yang bukan sahaja menghasilkan produk, tetapi turut memberi impak kepada masyarakat. Ia membuka peluang untuk melatih generasi muda, membina bakat baharu, serta memperluaskan lagi potensi kolaborasi dengan pelbagai pihak pada masa hadapan.
Kami percaya, kemahiran kraf boleh menjadi medium untuk membina keyakinan, kreativiti dan peluang masa depan generasi muda.
Program ini bukan sekadar satu aktiviti, tetapi satu permulaan kepada usaha berterusan dalam membangunkan komuniti yang lebih berkemahiran, kreatif dan berdikari.