07/07/2026
Pelajaran hari ini adalah tentang bertenang, redha (berlapang dada), dan bersyukur.
Jika kita BELUM MENGETAHUI tentang sesuatu, dan kita dengar dari orang lain tentang sesuatu, dimomokkan dengan segala itu ini tentang sesuatu itu, mungkin lebih baik kita ambil semua apa yang kita dengar itu sebagai perkara yang perlu dibuktikan; dicari info sahihnya dengan semua cara yang boleh, di internet, atau berhubung terus dengan pihak berkaitan - wasap, emel etc, atau kalau berani sikit, pergi terus ke tempat yang dikatakan tu, jumpa berdepan dengan pihak tersebut.
Dengan cara tu, barulah kita tahu keadaan yang sebenarnya.
Contoh paling simple, dalam hal saya, adalah cari kerja di spa.
Secara peribadi, pengalaman bekerja dengan 3 spa sebelum ni tak berapa baik.
Work bully.
Tiada hitam putih perjanjian pengambilan bekerja part-time/ freelance, pembayaran komisen, tiada jadual training, tiada target training.
Tiada cuti.
Spa tutup tapi kena datang jaga spa.
Peranan yang samar di tempat kerja.
Asal perjanjian, gaji sekian tapi bila dah sebulan bekerja, gaji dijanjikan kurang banyak dari yang asal.
Kita freelance sahaja, tapi manager suruh buat kerja spa sama rata macam staff-staff lain yang bergaji penuh.
Staff mengadu senyap-senyap di belakang, itu biasa, dan Manager akan menangkan staff.
Macam-macam lagi....
Tak cukup dari momokan dari pengalaman sendiri, tambah pulak orang luar yang tak pernah ada pengetahuan tentang kerja spa - EH KERJA URUT TU DAH MACAM PELACUR. MESTI KENA URUT LELAKI JUGAK KAN. URUT SPA NI BIASANYA KAT BILIK HOTEL KAN. MESTI BERDUA-DUAAN JE KAN. PAHAM-PAHAM LAH KALAU DAH TAK BERBAJU TU KALAU URUT LAIN JANTINA.
Amboi liar sungguh momokan tu.
Tapi itulah cabarannya di awal saya nak mulakan kerjaya ni.
Sudahlah pernah kena ugut,
"Kau ingat dengan sikap tak profesional kau ni, kau boleh pergi jauh ke?".
"Aku akan pastikan kau takkan jejak kaki lagi kat spa ni, aku akan pastikan nama kau blacklisted terus, jangankan dari spa ni, dengan company sekali kau takkan dapat peluang kerja sini".
"Kau nak buat report? Reportlah. Kau ingat Bos akan percaya cakap kau? Kau ingat sikit eh, aku dah lama kerja sini, kau tu baru berapa bulan, mentah lagi, of course Bos akan percaya aku. Kalau kau report kat orang lain pun, aku akan tahu juga, ramai akan sampaikan kat aku, dalam tu ramai lah geng aku, so lupakan jelah pasal nak buat report tu" (angkuhnya manusia).
*******
Tiba-tiba rezeki Jumaat lepas, datang ke sebuah spa dengan hanya bertangan kosong, dengan niat yang hanya ingin bertanya soal itu dan ini, segala yang rumit dalam kepala. Minta izin untuk bertemu dengan Manager. Pendek cerita, saya faham semua yang diterangkan. Persoalan terjawab.
Kemudian Manager minta izin, "Boleh saya rasa urutan awak harini, sekarang?". Saya tanpa ragu, terus jawab, "Ya, boleh". Entah kenapa tak berfikir, terus jawab dan terus ikut Manager ke bilik urut di spa berkenaan.
Lepas 30 minit, feedback Manager sangat-sangat mengejutkan saya. Dia kata urutan on-point, pressure ok, cuma kalau nak join team spa, perlu belajar sikit step urutan yang dah ditetapkan dalam Standard Operation Procedure (SOP), itu saja.
Tak ada benda yang indah belaka. Dari perbincangan, ada hal yang syok, ada hal yang tak best. Betapa pentingnya keputusan yang perlu dipertimbangkan. Saya redha.
Saya diberi masa beberapa hari untuk pertimbangkan jika berminat dan diminta tunggu untuk Manager wasap saya semula.
Tiba masanya, Manager wasap tanya, masih berminat nak join team spa?
Rasa-rasa apa jawapan saya?
*******
Setelah diteliti, difikir dalam-dalam, tawakal. Saya terima.
Bila sudah beberapa hari join, rupanya terlalu banyak beza pengalaman kerja yang dahulu dengan sekarang. Mungkin kat spa ni, ada beberapa staff merasakan yang bergaji itu lebih terjamin, lebih baik. Tapi saya tekankan kepada mereka, tak semua yang mereka nampak itu indah seperti yang disangka. BERSYUKUR LAH DENGAN KERJA SEDIA ADA.
Saya malah tercakap, "Kalau lah saya tahu spa ni (team spa sekarang) wujud lebih awal". Pun begitu, saya tetap bersyukur akhirnya Allah arahkan ke sini.
Dan saya bersyukur staff di sini awal-awal sudah pesan,
"Mental kena kuat".
"Kita mungkin akan bergaduh sesama kita, akan stress, tapi nanti ok balik".
"Kita mungkin akan ada cara urut masing-masing, tapi setiap cara kita takkan ada yang salah, masing-masing betul, ada hak untuk tentukan teknik urutan ikut keselesaan asalkan masih follow SOP".
"Kita sama-sama cari rezeki". MasyaAllah....
InsyaAllah.
*******
Jika kau yang baca ni sedang tersepit dalam kesulitan, belajarlah untuk bertenang, redha dan ikutlah ke mana kaki, tangan, hati membawa tubuhmu, meski langkahmu longlai, terkadang yang menggerakkan tu adalah atas kuasa Allah. Tersepit antara dua keputusan itu pasti. Tapi jika bertenang dan redha itu kau susuli dengan syukur, insyaAllah, mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya. Ameen.. 🤲🏻
📷 : Islam Diaries