Urut & Masak J.A.

Urut & Masak J.A. β™‘ Also known as Janna Amna Spa.
β™‘ Urut Wanita Bangi & Kajang. πŸ“Rumah Anda.
β™‘ Masak skala kecil untuk infaq, sedekah, potluck, jamuan, dll.

Alhamdulillah..Akan sibuk sikit 3 hari ni, Jumaat - Ahad (12 - 14/6/2026). Pagi, jaga orang pantang. Petang, ada urut bi...
11/06/2026

Alhamdulillah..

Akan sibuk sikit 3 hari ni, Jumaat - Ahad (12 - 14/6/2026). Pagi, jaga orang pantang. Petang, ada urut biasa.

Awal Muharram (Rabu, 17/6/2026) pun dah ada orang book slot urut.

InsyaAllah ada masa terluang, saya online dan singgah wall sahabat ye.. πŸ™πŸ»

K*t ada yang nak cek availability hari dan masa, boleh scan QR dari πŸ“Œ Pin Post ye atau klik link wasap kita kat komen.⬇️

Quiet.Terkadang apa yang terlihat di foto, hanyalah secebis yang muat di frame telefon. Masih ada bahagian lain yang tak...
10/06/2026

Quiet.

Terkadang apa yang terlihat di foto, hanyalah secebis yang muat di frame telefon. Masih ada bahagian lain yang tak terlihat dan tak dapat diterjemah.

Begitulah perumpamaan hidup seseorang. Raikan saja apa yang terzahir di sini, usah menambah sesak di dada. Kamu tak tahu jika ini saja ruang yang ada untuk jadi sebab untuk bernafas setelah kekacauan yang dihadapi di dunia nyata.

Assalamualaikum w.b.t. & Selamat Pagi. Semoga harini lebih baik.🌱

10/06/2026

90% sepanjang saya mengurut, begitu lah..

Kadang-kadang, kita lebih selesa berkongsi dengan stranger. Ada orang beranggapan stranger ni, sekali datang tu je. Dan beranggapan bukan kenal pun pasal siapa-siapa yang diceritakan. So takde apa yang perlu diselindung.

Pada pandangan saya, kalau rasa selesa untuk luahkan, dan itu buatkan klien-klien saya rasa lega, silakan.

Saya pun sebenarnya jenis pelupa.πŸ˜…

Masuk j*p, pastu keluar je rumah, hilang. So tak sempat pun jadi bahan gosip.πŸ˜†

Masing-masing ada kisah masing-masing. Terima kasih kerana percayakan saya ye.

Hujung corner surau.Tenang menikmati.Teringin.Tekan-tekan, pilih.RM2 secawan, cukup.Dapatlah buat rasa-rasa.*******Bila ...
06/06/2026

Hujung corner surau.
Tenang menikmati.
Teringin.
Tekan-tekan, pilih.
RM2 secawan, cukup.
Dapatlah buat rasa-rasa.

*******

Bila buat (datang mengurut kat rumah klien) ni, kena pandai-pandai cari masa rehat kat kawasan berhampiran, solat, makan/minum yang simple-simple dulu sebelum ke rumah klien seterusnya.

Ada klien, dia ok je kita tumpang solat dan rehat kat rumah diorang. Tapi kita sebagai tetamu, kita lah ada rasa segan sikit dan tak mahu susahkan tuan rumah bersihkan bilik atau apa-apa.

Lagipun diorang panggil kita urut kan... maknanya diorang pun penat..

Secara peribadi, saya hanya akan minta izin tumpang solat dan guna bilik air hanya jika betul-betul masa terhad. Kalau singgah mana-mana akan menyebabkan sampai lewat dan buat klien tertunggu, lebih baik kita sampai awal. Tawakkal.

Ada sorang sahabat pernah kongsi dengan saya satu waktu dulu. Cubalah amalkan dan rasa beza dalam hidup kita.Assalamuala...
06/06/2026

Ada sorang sahabat pernah kongsi dengan saya satu waktu dulu. Cubalah amalkan dan rasa beza dalam hidup kita.

Assalamualaikum w.b.t. & Selamat pagi, sahabat-sahabat. Semoga Allah sentiasa siapkan arah jalan hidup yang terbaik buat kita keseluruhannya. 🀲🏻

πŸ“· : Lemon8 syf.ivy

05/06/2026

🀭 Jom.

Rumah siapa ni, ngaku cepat.....!🀭🀭🀭

Alhamdulillah.. πŸ’•Siapa sangka.. pertemuan dengan Umi ni pertemuan penuh makna keinsafan. Ada air mata. Ada kisah yang Um...
05/06/2026

Alhamdulillah.. πŸ’•

Siapa sangka.. pertemuan dengan Umi ni pertemuan penuh makna keinsafan.

Ada air mata. Ada kisah yang Umi simpan di sebalik air muka ibu yang tenang.

Kehilangan anak sulung secara mengejut betul-betul bagi tamparan hebat buat Umi. Antara percaya tak percaya, baru kej*p tadi berwasap, 1 jam lepas tu takde dah. Hingga ke saat berjumpa dengan Umi ni pun, Umi cakap "Dulu, kalau kita rindu, kita boleh call, dapatlah dengar suara, kita bertanya, bersembang, adalah yang menjawabnya. Sekarang, semua tu takde dah. Kita nak bagitahu kita rindu, tapi kita tahu kalau kita call pun, dah takde siapa jawab call. Kalau kita wasap pun, dah takde balasan dah, takde bluetick dah. Takde dah dengar, "Along rindu mak jugak". Kita nak bertanya dan bersembang pun, kita tahu dah takkan ada reply lagi dah". Huiiii....... terus menusuk......

Buat pertama kali, saya mengurut orang dalam keadaan sebak kat dada.. mujur saja Umi meniarap, mengadap bantal, kej*p-kej*p dilap air mata dengan kain batik yang menutupi bantal kepala. Kalau berdepan, mau air mata tak berhenti.

Menantu Umi tolong set appointment dengan tujuan nak bagi Umi tenang-tenang dan berehat.

MasyaAllah.... Tabarakallah.... Semoga Umi dan keluarga sentiasa tabah. InsyaAllah, mudah-mudahan satu hari nanti, akan berkumpul semula di syurga, ameen.. 🀲🏻

Apa yang saya dapat hikmahnya adalah.. hargailah yang tersayang di sekeliling kita selagi ada.

*******

Details untuk sesi urut Umi ada kat ruang komen. Scan QR atau klik link wasap untuk wasap saya ye.πŸ’•

❀️

04/06/2026

5.32 ribut.. Subhanallah..

Address

Bangi

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Urut & Masak J.A. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Urut & Masak J.A.:

Share