15/04/2015
7 PETUA MUDAH HILANGKAN PARUT JERAWAT.
=======================================
Jerawat bukan hanya pada anak remaja sahaja. Orang yang sudah berkahwin, malahan sudah ada anak masih lagi mukanya dihinggapi jerawat.
Tentu sekali p**i tidak licin & tidak menarik. Mari kita lihat 7 petua mudah hilangkan parut jerawat yang efektif.
1. Guna kulit kayu manis & bedak sejuk.
Sediakan dua batang kulit kayu manis & segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.
Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar & hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.
2. Guna lidah buaya (aloe vera)
Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya & belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.
3. Guna asam jawa
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.
4. Guna madu
Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
5. Guna timun
Kisar timun & tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
6. Guna daun senduduk
Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur & segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
7. Guna daun sirih muda
Tumbuk sepuluh helai daun muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Inilah 7 petua mudah hilangkan parut jerawat. Hanya memerlukan kerajinan saja. Semoga bermanfaat. :-)
Klik LIKE & SHARE.
**************************************************************
Alternatif Cara Mudah Hilangkan Parut Jerawat.
- Jika anda tiada masa untuk menyediakan bahan tersebut.
- Sukar untuk mendapatkan bahan semulajadi kerana tinggal di kawasan bandar.
Anda boleh cuba alternatif ini. InsyaAllah parut lama pun boleh hilang seawal 3 minggu.
Klik disini --> http://bitly.com/UbatParut-Azanis
*************************************************************