Teja Craft

Call Directions Website

Teja Craft Knitting and accessories Kami adalah sebuah syarikat yang menjual beraneka barangan mengait dari jarum, benang dan aksesori lain.

Dapatkan jenama-jenama seperti Addi, KnitPro, Clover dengan harga yang berpatutan.

15/10/2026

Mencari hadiah yang unik dan design istimewa mengikut warna kegemaran?

Jom order beg kait ni. Handmade, bersaiz sederhana tetapi muatan dalam agak luas ya.

Boleh masuk wallet, 2 handphone, compact powder, 3 lipstik, kunci rumah dan kunci kereta. Eh stokin dan handsock pun muat juga dalam tu.

Praktikal dan cantik, sesuai untuk pakai sendiri atau hadiah buat yang tersayang ❤️

Klik sini untuk order ya 😊
http://wasap.my/60196657302

Ala jauh kelas mengait puan, saya di Kedah”“Saya ada anak yang masih menyusu, macam mana nak join. Tak ada orang yang ja...
17/09/2026

Ala jauh kelas mengait puan, saya di Kedah”

“Saya ada anak yang masih menyusu, macam mana nak join. Tak ada orang yang jaga.”

“Saya nurse, hujung minggu pun kerja. Takut tak boleh konsisten belajar”

Lain orang lain halangannya kan? Jadi saya ada buat kelas mengait online untuk anda yang ada kekangan hadir kelas fizikal di Gombak.

Student saya ramai yang tiada asas mengait langsung. Tapi join kelas boleh hasilkan kaitan yang kemas dan cantik.

Beza join kelas online dan tengok youtube? Kelas saya dalam bahasa melayu, dan anda boleh bertanya saya terus jika tak faham.

Ada cikgu yang membantu walau dari jauh. Berminat pm je atau komen di bawah “Nak”

Di bawah ni saya sertakan 2 testimoni student saya.



Ada satu masa dalam hidup saya, mengait hanyalah hobi.Saya pegang benang sebab saya s**a.S**a tengok seutas benang yang ...
17/09/2026

Ada satu masa dalam hidup saya, mengait hanyalah hobi.

Saya pegang benang sebab saya s**a.

S**a tengok seutas benang yang nampak biasa, perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu di tangan sendiri.

Masa tu saya tak pernah terfikir pun…

Benang yang kecil itu suatu hari nanti boleh menjadi duit.

Saya mula belajar.
Buat silap. Buka balik kaitan.
Cuba lagi. Masuk kelas mengait.

Lama-lama saya mula menghasilkan pelbagai hasil kaitan.

Kemudian datang satu titik apabila saya sedar:

Rupanya sesuatu yang kita pandai buat dengan tangan, walaupun orang lain melihatnya sekadar “hobi”, boleh mempunyai nilai.

Boleh dijual.

Boleh diajar.

Dan paling penting, boleh memberikan seorang wanita rasa bahawa…

“Aku sebenarnya ada sesuatu yang aku boleh buat.”

Sebab itu saya percaya seorang wanita tak semestinya perlu bermula dengan modal yang besar untuk mencari pendapatan sendiri.

Kadang-kadang kita cuma perlu melihat semula apa yang sudah ada dalam tangan kita.

Kemahiran memasak.
Menjahit.
Mengait.
Menulis.
Mengajar.
Membuat kek.

Mungkin selama ini kita anggap ia perkara biasa kerana kita dah terlalu biasa melakukannya.

Sedangkan orang lain sanggup membayar untuk belajar atau mendapatkan hasilnya.

Saya sendiri masih belajar membina semula banyak perkara dalam hidup.

Tapi satu perkara yang saya tak pernah menyesal belajar ialah kemahiran.

Sebab duit boleh datang dan pergi.

Bisnes boleh naik dan turun.

Tetapi sesuatu yang sudah ada dalam tangan dan kepala kita, boleh menjadi tempat kita bermula semula.

Saya nak tanya anda yang sedang membaca ni…

Apa satu kemahiran yang awak ada, tetapi sampai hari ini awak tak pernah terfikir pun sebenarnya ia boleh menghasilkan duit?

Cuba tulis dekat komen. Saya nak baca. ❤️

*gambar 7 tahun lepas, ketika sedang menunggu anak berkhatan, mengait order walau baby berada di pangkuan*

Pada yang berminat belajar skill baru mengait, boleh join kelas kami esok. Bertempat di Prima Sri Gombak. Belajar asas m...
07/08/2026

Pada yang berminat belajar skill baru mengait, boleh join kelas kami esok. Bertempat di Prima Sri Gombak.

Belajar asas mengait dan boleh request projek yang anda nak buat. Cikgu akan guide secara personal ikut tahap skill masing-masing.

Dah lama tengok orang mengait kan.. why not kali ni anda p**a cuba buat dan rasai keseronokkannya bila dah pandai buat sesuatu. Priceless!

04/08/2026

Lagi beg kait order customer. Alhamdulillah ala kulli hal. Semoga murah rezeki sudi order dengan saya ya.

Jika ada nak belajar beg ni, kelas disediakan ya.

23/07/2026

Arif pernah tanya.. “ibu tak tau penat ke? Malam tengok tv pun mengait”.

Siang buat kerja hakiki atau bisnes. Di masa lapang, tak kiralah dalam kereta semasa menunggu anak balik sekolah, atau teman anak-anak tengok tv waktu malam, jari jemari mesti mengait.

Rasa dari zaman anak dara memang tak reti duduk diam. Kecuali penat, tido tu nikmat. Haha.

Alhamdulillah siap 5 beg kait yang diorder oleh Mak Uda. Thank you Mak Uda order. Hujung tahun kita sambung lagi order lain ya.

28/06/2026

Siap beg tempahan warna purple hari ni. Alhamdulillah nak dihadiahkan kepada sahabat katanya. Thank you pada yang order 🥰

17/06/2026
17/06/2026

Aktiviti cuti hari ni, buat Bear Bunny Plushie. Geram tengok orang lain kait, so misi hari ni siapkan seketul Bunny ni. Oh yes!

Dah siap bergaduh p**a dengan 2 gegurl sape punya. Of course ibu punya, kalau nak, buat sendiri 😆.

Ibu tak sempat nak borring ye walau cuti-cuti. Siapa kata ada masa untuk sakit kepala. Seronok ada hobi ni kan? 😁

13/06/2026

Semalam dia mesej nak bertanya tentang belajar mengait. Hari ni terus datang kelas dan alhamdulillah mahir asas mengait dalam 1 kelas je.

Balik practise bookmark crochet tu, inshaAllah next class boleh mula projek. Katanya geram tengok patung comel-comel dalam tiktok tu. Soon boleh buat sendiri ye Baya. All the best! 🥰




Address

2-123 Jalan Prima SG 5, Prima Sri Gombak
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teja Craft posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share