07/02/2024
Kejayaan dan inspirasi Azrul Hisyam (Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat), Khairul Aming (Dendeng Nyet Berapi).
Berlegar habis di ruang sosial tentang kejayaan beberapa usahawan melayu kita yang sangat berjaya buat jualan sehingga menjadi buah mulut rakyat Malaysia.
- Azrul Hisyam Baserahil salam 14 tan Lamb Shank. (Makanan yang siap dimasak)
- Khairul Aming 80000 dendeng terjual dalam masa 3 minit 39 saat. (Pek Dendeng yang boleh dibawa ke mana-mana)
Yang kita lihat ialah kejayaan mereka. Kita tidak pernah lihat kesusahan mereka membangun kan branding mereka, apa yang mereka lakukan di sebalik tabir?
Tidur cukup?
Makan cukup?
Itu satu persoalan lain.
Pernahkah kita terfikir bahawa dengan kejayaan mereka, sebenarnya terdapat tulang belakang mereka yang membantu mereka berjaya?
Siapakah tulang belakang ini kalau menurut saya?
Kejayaan sebenar mereka berdua ini hadir daripada krew, staff produksi dan kakitangan mereka. Kerana kemampuan mereka semua dalam melakukan tugas mereka, yang mendatangkan kejayaan bagi kedua-dua insan ini yang cukup lumayan.
The unsung heroes, the people who are not mentioned because they are in the backline. These people. Itu lah mereka.
Tiada istilah 'one man show' dalam sesebuah perniagaan kerana ada satu pepatah yang sering saya ulangkan dalam kehidupan saya,
Kalau engkau ingin pergi laju, pergi seorang.
Kalau engkau ingin pergi jauh, pergi bersama.
Apakah 1 lagi persamaan kejayaan kedua-dua insan ini? Mereka merupakan muka depan bagi produk mereka. Mereka sendiri jadi jurucakap bagi produk mereka.
Tiada hos? Tiada masalah
Tiada jurucakap? Tiada masalah
Mereka memberikan manfaat kepada masyarakat dengan apa yang mereka lakukan. Kejayaan dua orang ini pastinya membuatkan lebih ramai usahawan lebih bersemangat.
Sudah tiba masanya untuk lebih ramai lagi anak melayu ke depan dan teruskan berjaya di era ini.
Akhir kata, aku bangga kerana anak melayu yang berjaya.
Aku bangga.
Semoga King of Roadtrip, akan terus bersemangat menongkah arus dan mencipta kejayaan.
Ayuh.