Aurora Houz Design - Furniture & Home Decor

Aurora Houz Design - Furniture & Home Decor Aurora Houz Design
Menyediakan produk dan servis hiasan dalaman rumah kesayangan anda

Kami mempunyai kepakaran dalam bidang hiasan dalaman bermula dari proses design sehingga menjadi realiti untuk kediaman rumah anda

10/11/2024

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak kami sedang memindahkan maklumat ke page kami yang baru dan aktif iaitu
Segala info berkaitan promosi, projek, servis akan kami muat naik di sana. Terima kasih.

P/S : Hujung tahun ni kami ada promosi tau! Follow Page untuk dapatkan hebahan baru tentang promosi nanti!

New incoming project!!!
22/08/2024

New incoming project!!!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua.Sempena bulan kemerdekaan negara kita yang ke 67, Mertun baru sahaja melancar...
16/08/2024

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Sempena bulan kemerdekaan negara kita yang ke 67, Mertun baru sahaja melancarkan Promosi Bulan Kemerdekaan dengan menawarkan proses rundingan dan lukisan visual secara PERCUMA kepada 5 PELANGGAN TERAWAL. Jangan lepaskan peluang ini dan jadi 5 pelanggan terawal kami. Hubungi kami segera!!!

Kenyataan RasmiBismillahirrahmanirrahim.Assalammualaikum dan salam sejahtera warga Facebook semua.Pertama sekali kami in...
12/08/2024

Kenyataan Rasmi

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum dan salam sejahtera warga Facebook semua.

Pertama sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan dan pengikut Aurora Houz Design. Aurora Houz Design telah menjalani liku-liku perniagaan yang sangat mencabar terutama semasa pandemik Covid 19 melanda seluruh dunia. Selepas pasca Covid 19, Aurora Houz Design telah kembali sejak dari awal tahun 2023 dengan penyusunan struktur serta model perniagaan yang lebih sistematik dan mampan. Walaubagaimanapun, Aurora Houz Design cuma kembali aktif didalam media sosial hanya baru-baru ini.

Untuk pengetahuan semua, Aurora Houz Design telah menaik taraf perkhidmatan bukan hanya dalam bidang hiasan dalaman tetapi merangkumi semua aspek pembinaan. Oleh yang demikian, Aurora Houz Design telah menjenamakan perniagan kepada nama baru iaitu Mertun.

Kami menjadikan Mertun sebagai ‘one stop center’ dengan semua perkhidmatan berkaitan pembinaan seperti membina, mengubahsuai, hiasan dalaman dan landskap untuk rumah serta premis boleh didapati disini. Demi memudahkan urusan pelanggan, Mertun juga menyediakan khidmat perundingan serta perundangan. Oleh itu, hasrat pelanggan kami untuk merealisasikan impian menjadi lebih mudah, teratur serta selamat.

Akhir kata Mertun ingin menzahirkan rasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kami dapat memberi perkhidmatan pembinaan kepada masyarakat setempat khususnya di Alor Setar dan Kubang Pasu. Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan kami. Kami juga sangat teruja dan tidak sabar untuk memberi perkhidmatan yang sebaiknya kepada anda semua. Hubungi kami jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan pembinaan dari kami. Kami sedia membantu merealisasikan impian anda semua.

Sekian, terima kasih.
-Mertun-

Address

Jitra

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aurora Houz Design - Furniture & Home Decor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aurora Houz Design - Furniture & Home Decor:

Share