31/03/2025
KDPB SULTAN PAHANG, KDPB TENGKU AMPUAN PAHANG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
KUANTAN, 30 Mac 2025 - Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam khususnya di negeri Pahang dan di Malaysia secara amnya.
Paduka Baginda berdua mendoakan agar kehadiran bulan Syawal ini membawa seribu keberkatan, kedamaian dan kemakmuran buat semua.
Hari Raya ini bukan sahaja meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga mengingatkan umat Islam tentang erti kesabaran, pengorbanan, dan kasih sayang yang sejati serta peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memperbaiki diri.
Dalam pada itu Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa bangga dengan semangat kekeluargaan dan perpaduan yang wujud dalam kalangan rakyat negeri Pahang. Keikhlasan dan kasih sayang yang ditunjukkan kepada sesama sendiri adalah lambang kebesaran hati dan ketabahan jiwa.
Pada kesempatan yang mulia ini, Paduka Baginda berdua mengajak rakyat untuk merenung sejenak, menghargai nikmat yang Allah berikan, dan memberi kemaafan kepada sesama kita. Inilah saat untuk membersihkan hati, melupakan segala perbezaan, dan merayakan kebersamaan sebagai sebuah keluarga besar rakyat Pahang.
Semoga setiap doa dan amal ibadah kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah, dan semoga kita sentiasa diberikan petunjuk serta hidayah-Nya dalam hidup ini.
Dalam kesibukan menyambut Aidilfitri ini, ada di antara kita yang masih berduka, yang kehilangan orang tersayang, atau yang diuji dengan pelbagai cabaran hidup.
Kepada mereka, Paduka Baginda berdua menyampaikan doa semoga Allah memberikan kekuatan, kesabaran, dan ketenangan.
Sekali lagi Paduka Baginda bertitah mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mengutamakan aspek keselamatan ketika berada di jalan raya iaitu memandu dengan selamat.
"Pengguna jalan raya diingatkan supaya memeriksa keadaan kenderaan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan selain memandu dengan berhemah dan bersabar ketika berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.
"Tidak lupa jua ucapan Selamat Hari Raya yang tulus ikhlas daripada saya sekeluarga khas buat warga Borneo," titah Paduka Baginda
Dalam pada itu, Paduka Baginda mengingatkan semua agar menjaga kesihatan dalam kita bergembira menikmati hidangan yang lazat dengan tidak makan secara berlebih-lebihan.
Semoga Allah memberkati kita semua dengan kebahagiaan, kedamaian, dan kemakmuran yang abadi, di dunia dan akhirat. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Takaballahuminnawaminkum - KESULTANAN PAHANG
-----------------------------------------
HRH SULTAN PAHANG, HRH TENGKU AMPUAN PAHANG EXTEND EID AL-FITR GREETINGS
KUANTAN, March 30, 2025 – His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, and Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, extend their heartfelt Eid al-Fitr greetings to all Muslims, especially in the state of Pahang and throughout Malaysia.
Their Royal Highnesses pray that the arrival of the month of Syawal brings countless blessings, peace, and prosperity to all.
Eid al-Fitr is not only a celebration of victory after a month of fasting but also a reminder of the true meaning of patience, sacrifice, and love. It is a time to strengthen our connection with Allah and strive for self-improvement.
Additionally, Their Royal Highnesses express their pride in the spirit of family and unity among the people of Pahang. The sincerity and affection shown towards one another are a testament to the greatness of heart and resilience of spirit.
On this auspicious occasion, Their Royal Highnesses invite the people to take a moment to reflect, appreciate the blessings granted by Allah, and extend forgiveness to one another. This is a time to cleanse our hearts, set aside differences, and celebrate unity as one big Pahang family.
May all our prayers and acts of worship during Ramadan be accepted by Allah, and may we always be guided by His wisdom and grace in this life.
As we celebrate Eid, let us also remember those who are grieving, those who have lost loved ones, and those facing life’s many challenges.
To them, Their Royal Highnesses extend their prayers, asking that Allah grant them strength, patience, and serenity.
Once again, His Royal Highness reminds the public to remain cautious and prioritize safety while traveling during the festive season by driving responsibly.
"Road users are reminded to check their vehicles before embarking on their journey and to drive carefully and patiently, especially when facing traffic congestion.
"I would also like to extend my sincere Eid greetings from my family to all Borneo residents," said His Royal Highness.
Furthermore, His Royal Highness advises everyone to maintain their health while indulging in festive delicacies, reminding them to avoid excessive consumption.
May Allah bless us all with everlasting happiness, peace, and prosperity in this world and the hereafter.
Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin.
Takabballahu minna wa minkum. - KESULTANAN PAHANG