Diari Resepi Bonda

Diari Resepi Bonda Bonda kumpulkan seluruh resepi terbaik dari dulu hingga sekarang untuk anda anak-anak bonda tersayang
(1)

RESEPI MASH POTATO 😋😋😋Bahan-bahan Resepi Kentang Putar:8 biji kentang1 kotak kecil susu segarsedikit butter (anggaran 2-...
13/06/2026

RESEPI MASH POTATO 😋😋😋

Bahan-bahan Resepi Kentang Putar:

8 biji kentang

1 kotak kecil susu segar

sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)

secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana

2. Bila kentang sudah empuk, toskan air

3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.

4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.

5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata..sy guna hand blender nk senang.. Dpt texture halus.

Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy)

- 1 labu bawang besar (dadu)

- 2 ulas bawang putih (dadu)

- 4 sudu butter

- 2 sudu tepung gandum@ jagung

- 2 kiub ayam

- lada hitam dan sulah

- 2 1/2 cawan air

Cara-cara:

1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ) . Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel )

2. Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang s**a.

3. Masukkan air ( sikit2 smbil kacau ) dan kacau sehingga sebati.tutup api masuk blender.. Blend sampai semua hancur.

Masak balik atas api sederhana

4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa

5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.

6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.

Sumber : dapurciklyn

Resepi Ungkep AyamBahan kisar:1/2 ekor ayam20 biji cili padi (nak pedas lebihkan)1 inci halia1 biji bawang besar3 ulas b...
13/06/2026

Resepi Ungkep Ayam

Bahan kisar:
1/2 ekor ayam
20 biji cili padi (nak pedas lebihkan)
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu biji ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 inci kunyit

Bahan lain:
Serai (titik)
Asam keping

Cara:
1. Tumis bahan blnd smpy pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan serai bersama dengan sedikit air.
3. Masak dengan api kecil (tutup dengan tudung periuk). Kemudian, masuk sekali asam keping.
4. Perasakan dengan gula dan garam. Boleh letak daun limau purut untuk naikkan aroma.
5. Masak hingga kering. Kalau nak berkuah, lebih kan air. Siap.

Kredit resepi : Ziela Mazlan

Resepi untuk 30 biji telur pindang,boleh cuba buat sendiri di rumah😌✅ 1 cekak daun salam✅ 1 cekak Daun jambu batu✅ 1 cek...
13/06/2026

Resepi untuk 30 biji telur pindang,boleh cuba buat sendiri di rumah😌

✅ 1 cekak daun salam
✅ 1 cekak Daun jambu batu
✅ 1 cekak Daun senduduk (berbunga ungu)
✅ 1 cekak Daun manggis
✅1 cekak daun mengkudu
✅5 tangkai daun serai wangi
✅1 cekak daun bebuas
✅6 btng serai.. lebih lg baik
✅sebuku lengkuas
✅ 2 sudu besar Jintan kasar
✅ 2 sudu besar Jintan halus
✅ 2 sudu besar Ketumbar
✅ Garam kasar sepeket kecil
✅ Telur 30 biji
✅ Air

Telur dan segala jenis daun dibasuh bersih supaya telur yang pecah dalam periuk pun boleh dinikmati sambil tersenyum😋😋

Susun telur berselang seli dengan segala adunan dedaun dan rempah. Masukkan air melebihi paras telur sampai telur tenggelam.

Direneh semua sekali selama 3 HARI 3 MALAM 🌞🌛Ya, 3 hari! (bukan 3 jam tau!) 😂😂😂
Nanti hari ke 4 baru kita keluar kan daripada periuk

Masak dalam api kecil.
Pastikan cukup gas untuk memasaknya.

Sedang menikmati keenakan telur pindang, yang biasanya hanya ditemui di Johor😋😋
Fuhhhh.... Mmg nikmat....

Assalamu’alaikum & Selamat Pagi.Aamiin Ya Rabbal’alamiin 🤲🤲
12/06/2026

Assalamu’alaikum & Selamat Pagi.
Aamiin Ya Rabbal’alamiin 🤲🤲

Assalamu’alaikum & Selamat Pagi.Aamiin Ya Rabbal’alamiin 🤲🤲🤲
11/06/2026

Assalamu’alaikum & Selamat Pagi.
Aamiin Ya Rabbal’alamiin 🤲🤲🤲

Serius sedap gilaaa resepi udang ni… 🤤 Bahan simple je tapi rasa dia lain macam weh… tak sangka boleh jadi sesedap ni 😭🔥...
11/06/2026

Serius sedap gilaaa resepi udang ni… 🤤 Bahan simple je tapi rasa dia lain macam weh… tak sangka boleh jadi sesedap ni 😭🔥

Resepi👇🏻

Bahan-bahan:
-Udang
-Halia (hiris panjang)
-Bawang putih
-Jus lemon / limau
-Serbuk cili
-Garam
-lada hitam
-Gula
-Butter
-Cili kering

Cara memasak:

1️⃣ Bersihkan udang, kemudian gaulkan dengan halia dan bawang putih.

2️⃣ Tambah jus lemon / limau, serbuk cili, garam & lada hitam, gaul dan perap 20 minit.

3️⃣ Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan cairkan butter.

4️⃣ Masukkan udang dan goreng sampai kedua-dua belah keemasan.

5️⃣ Masukkan bawang putih cincang, cili kering dan sedikit gula, kacau sampai sebati dan siap!😋

OREO CHEESE CAKE✨️ Bahan-bahan🍪1 paket Oreo300 ml susu UHT40 ml susu pekat manis putih100 gram keju parut2 sudu besar te...
11/06/2026

OREO CHEESE CAKE✨


️ Bahan-bahan🍪
1 paket Oreo
300 ml susu UHT
40 ml susu pekat manis putih
100 gram keju parut
2 sudu besar tepung jagung, dilarutkan dalam sedikit air

Kaedah🍪
1. Asingkan biskut Oreo daripada krim. Hancurkan biskut dan ketepikan.
2. Sediakan periuk. Masukkan susu, susu pekat manis, keju, dan krim Oreo. Masak dengan api perlahan.
3. Masukkan larutan tepung jagung ke dalam periuk. Masak, kacau sentiasa, sehingga ia buih. Tutup api.
4. Sediakan mangkuk. Tuang adunan kek keju dan biskut Oreo secara berselang seli.
5. Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam. Hidangkan

Simpan Sayur Tahan Lama, Kekal Segar“Sayur-sayur dan buah rendam air garam dulu. Dalam 10-15 minit bagi kotor keluar. Ka...
11/06/2026

Simpan Sayur Tahan Lama, Kekal Segar

“Sayur-sayur dan buah rendam air garam dulu. Dalam 10-15 minit bagi kotor keluar. Kalau perasan lepas 20 minit air tu jadi berminyak. Ni sepupu kerja MARDI bagi petua.”

"Saya simpan untuk frozen bagi daun bawang, daun sup, daun limau purut & daun kesum...kalau sayur lain saya tak pernah frozen"

"Caranya masukkan air sampai tenggelam. Saya buat macam ni selalu ok dan tahan lama."

Sumber : Nieda Kyrisa

Sy s**a masak sardin dlm tin ni, goreng dulu ikan sardinnya garing2 n hangit2 sikit.. baru layan.. mesti ramai masak mcm...
11/06/2026

Sy s**a masak sardin dlm tin ni, goreng dulu ikan sardinnya garing2 n hangit2 sikit.. baru layan.. mesti ramai masak mcm tu kan.. letak pulak petai mata besar yg tgh musim skrg ni.. asyikkk...

Sambal Tumis Sardin Petai

1 tin sardin (goreng sekejap ikan sardin tanpa sos hingga agak2 perang, angkat & ketepikan, *semasa menggoreng, tutup kuali ye sebab akan meletup2 sikit)
*sosnya jangan dibuang ye

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
1 tangkai lada besar
*racik semua bahan di atas

Panaskan minyak yang sama goreng sardin tadi, tumis bahan2 yang diracik.
Masukkan sos sardin.. masak hingga mendidih.
Tambah garam & perasa secukupnya.
Masuk sedikit kicap manis.
Masukkan ikan sardin yang sudah digoreng & petai.
Tumis sekejap & siap.

kredit:nurul joe

Address

Pasir Gudang
Johor Bahru
81700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Diari Resepi Bonda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share