01/05/2026
Dengan penuh rasa dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa operasi perniagaan kami akan ditamatkan sepenuhnya pada tarikh yang telah ditetapkan. Sepanjang tempoh kami beroperasi, pelbagai kenangan dan pengalaman berharga telah kami lalui bersama para pelanggan yang kami hargai. Kami amat menghargai setiap sokongan, kepercayaan dan kesetiaan yang telah diberikan kepada kami selama ini, dan segala jasa baik anda tidak akan kami lupakan. Segala kenangan ini akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.
Akhir kata, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas sokongan anda sepanjang perjalanan kami.
Sehubungan itu, para pelanggan yang mempunyai barang atau mesin di pusat dimohon untuk mengambilnya sebelum tarikh penutupan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan selepas tempoh tersebut.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
Cikgu Suzi – 011-2947 7991
Cikgu Athirah – 016-447 9906
Terima kasih.
Daripada kami,
Pusat Epal Kraftangan Johor Bahru 🥰