Kak Nia Langsir

Kak Nia Langsir Nak langsir cantik dan sempurna, cari Kak Nia. Dari ukur sampai pasang, Kak Nia boleh settle.. " Langsir cantik,anda puas hati"

APA KENA MENGENA PENIMBANG AIR DENGAN LANGSIR?Tak sangka langsung haritu masa team Kak Nia tengah pasang langsir, custom...
03/08/2025

APA KENA MENGENA PENIMBANG AIR DENGAN LANGSIR?

Tak sangka langsung haritu masa team Kak Nia tengah pasang langsir, customer datang senyap-senyap bawak PENIMBANG AIR! HAHA

Kita orang pun jadi pelik lah kan.. “ eh, nak buat apa tu? “

Rupa rupanya, dia nak check langsir tu lurus ke tak! Haha.. sampai macam tu sekali dia ambil serius bab detailing..

Tapi jujur, Kak Nia tak berkecil hati pun… Sebab tu tandanya dia memang ambil berat dan percayakan team kita.
Yang paling best kan korang.. lepas dia ukur, dia senyum puas hati dan cakap,

“ Okay, lulus! Memang kemas kerja korang “

Alhamdulillah.. bila hasil kerja dihargai tu, rasa hilang penat.

Nak buat langsir cari Kak Nia tau.. Kak Nia bagi PERCUMA PEMASANGAN + FREE GIFT untuk customer pertama yang whatsapp kak nia harini🫣

02/08/2025

Cerita semalam, akak ni dia nak buat langsir urgent. Tapi tak berkesempatan nak pergi ke showroom dan pilih kain. Kemudian dia call Kak Nia cakap..

“ Akak tak sempat lah dik nak datang kedai tengok kain, boleh ke adik datang ke rumah? “

Kak nia dengan berlapang dada jawab..

“ Sangat boleh kak, saya boleh datang bila-bila masa je “. On the spot, Kak Nia angkut sample kain gerak terus ke rumah akak tu.

Jadi pada korang yang dah lama aim nk tukar langsir, tapi masa p**ak tak mengizinkan?
Nak datang kedai pun asyik tak sempat, anak sekolah lah, kerja menimbun lah… faham sangat!

Sebab tu sekarang Kak Nia mudahkan, Kak Nia boleh datang rumah korang bawa sample kain siap-siap!
Korang dah tak perlu keluar rumah, tak payah nak pening fikir jalan sesak ke apa.

Duduk je selesa kat rumah, pilih kain ikut gaya dan bajet korang.. Kak Nia consult, ukur siap, settle jam tu jugak.

Dan apa yang paling best, Kak Nia nak bagi PERCUMA 1 unit blind + pemasangan jika korang buat 3 set tingkap ke atas. Free gift ni cukup terhad dan khas untuk pelanggan kesayangan Kak Nia…❤️

RUMAH GELAP PANAS!!Kak Nia ada jumpa pelanggan Kak Nia cakap," rumah langsir gelap-gelap ni tak panas ke nanti ".. Kak N...
02/08/2025

RUMAH GELAP PANAS!!

Kak Nia ada jumpa pelanggan Kak Nia cakap,

" rumah langsir gelap-gelap ni tak panas ke nanti "..

Kak Nia tarik nafas dalam-dalam. Kak Nia pandang mata dia sambil tersenyum.

" Kak.. rumah bila gelap, dia lagi redup sejuk.. sebab tu ada nya kain jenis blackout. Ramai yang ingat kain blackout ni cuma untuk elak cahaya je, tapi sebenarnya, dia banyak 'kerja' lain! "

Selain buat bilik redup dan tidur lena tak kacau cahaya pagi, kain blackout ni juga bantu kawal suhu ruang. Tak panas sangat waktu tengah hari, tak sejuk sangat waktu malam.

Paling best, dia buat langsir nampak lagi "jatuh", kemas & eksklusif. Bila combine p**a dengan sheer fuh.. terus nampak mewah!

Entah pelanggan Kak Nia faham ke tak apa yang Kak Nia bebelkan.. haha

So, kalau korang tengah plan nak langsir baru, kain blackout ni pilihan bijak, cantik & fungsinya pun power tau!

Nak Kak Nia tolong pilihkan warna yang sesuai dengan rumah? Meh tekan wasap kat bawah.. kita sembang kawan-kawan..

Langsir boleh ubah suasana rumah. Tapi nak pilih yang tepat? Tak semudah itu. Selama beberapa tahun saya pasang langsir,...
31/07/2025

Langsir boleh ubah suasana rumah. Tapi nak pilih yang tepat? Tak semudah itu. Selama beberapa tahun saya pasang langsir, saya jumpa pelbagai jenis rumah dan cerita. Mulai 31 OGOS ni, saya nak kongsikan 31 TIPS LANGSIR - satu setiap hari.

💡 Tips warna, saiz, jenis fabrik, design, mood dan banyak lagi.

Ikuti perjalanan ni, mungkin tips hari ke 15, 17 atau 27 tu memang untuk awak😍



Address

34, Jalan Padi Emas 1/4
Johor Bahru
81200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kak Nia Langsir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category