26/01/2023
FAQ Simple Artificial Grass yang wajib anda tahu
1. Apakah faktor utama yang menentukan harga rumput palsu?
-ketebalan (ketinggian), kepadatan, material rumput, material lapik belakang (backing)
- rumput yang murah dipasaran kebanyakannya menggunakan material mudah reput, senang dicarik dan nipis. Nampak cantik digambar saja, tapi sayang sekejap sahaja digunakan.
2. Apakah ketebalan optimum untuk halaman?
- Antara 30mm dan 40mm, jika terlalu nipis, akan nampak macam karpet saja, tidak natural dan kurang sesuai untuk outdoor. Manakala jika terlalu tebal, perlu kepadatan jahitan yang tinggi untuk mengelakkan rumput mudah jatuh tunduk dan layu. Maka rumput tebal yang berkualiti amat mahal dan sukar untuk dipasang secara DIY kerana sangat-sangat berat.
Mahu halaman rumput yang cantik, hubungi kami segera
3. Apakah manfaat rumput tiruan berbanding rumput hidup?
- sangat cantik
- tahan lama sehingga 10 tahun
- hampir tiada maintenance.