09/02/2018
ALCOHOLIC DAN NON-ALCOHOLIC PERFUME
Kenapa ArtnSense sering membangkitkan tentang alkohol?
Kerana pertanyaan pelanggan ;
“Perfume ini halal kah?”
“Perfume ini boleh bawa solat kah?”
“Bagaimana jaminan perfume ini halal?
“Alkohol kan najis, kenapa guna dalam alkohol?”
Ada pelanggan yang membuang pakaian yang sedang dipakai dan ganti dengan pakaian lain yang tiada perfume setiap kali solat.
ALCOHOLIC DAN NON-ALCOHOLIC PERFUME
Bila kita membicarakan tentang perfume, ia bermaksud bahan mentah perfume seperti produk haiwan, essential oil, natural extract, natural isolates, aroma chemical dan specialty bases. Sebagai makluman, kami tidak guna bahan haiwan. Bahan mentah perfume ini berbau kuat dan boleh menyebabkan alahan kerana sifat patinya. Oleh itu ia perlu dicampur dengan umpamanya dipropyl glycol untuk melembutkan baunya. Kemudian timbul 2 pilihan untuk pelarutnya iaitu bahan berasaskan minyak atau alkohol. Bagi bahan berasaskan minyak, minyak penghantar (carrier oil) fractionated palm oil dan isopropyl myristate ditambah kepada perfume agar cair dan memudahkan ia mengalir di atas kulit.
Pilihan pertama ini mengandungi lebih banyak kandungan fragrance oilnya dan dipanggil perfume pati (extrait perfume). Perfume pati, baunya lebih pekat, tahan lama dan kerana saiz molekulnya yang lebih berat dan besar, ia hanya dapat dibau pada jarak dekat. Pilihan ini sesuai buat wanita yang tidak mahu bau semerbak atas sebab mengganggu perhatian kaum lelaki.
Pilihan kedua adalah perfume berasaskan alkohol. Alkohol berfungsi memecah molekul agar bersaiz lebih kecil, lebih ringan lalu semerbak baunya apabila disembur. Perfume ini baunya lebih lembut, ketahanan sama dan baunya meleret (sillage) pada jarak sederhana. Nota : kami guna alkohol etil nyahsifat gred kosmetik (cosmetic grade denatured ethyl alcohol) sebagai pelarut perfume yang mana ia tidak boleh diminum.