12/10/2026
🔧 WIRING AMOUR CABLE 7 CORE CONCEAL + PEMASANGAN AUTOGATE DCMOTO 975 🔧
Sambungan kerja autogate kami kali ini! 💪
Sebelum ini team XT Setia Resources dah buat kerja wiring autogate di Air Molek. Kali ini kita teruskan lagi dengan kerja pendawaian menggunakan amour cable 7 core secara conceal serta pemasangan autogate DCMOTO GFM975.
Bagi kami, wiring bukan sekadar tarik kabel sampai motor boleh bergerak. Laluan kabel, kekemasan pemasangan dan perlindungan kabel pun kena ambil kira. Biar kerja siap kemas, tuan rumah senang hati, installer pun boleh tidur lena. 😂
⚙️ KENAPA XT SETIA S**A RECOMMEND DCMOTO 975?
Sepanjang pengalaman kami memasang autogate, model ini antara yang paling kami yakin dan selalu recommend kepada pelanggan.
Walaupun harga model ini semakin meningkat di pasaran, kami tetap percaya pada kualiti dan ketahanannya. Berdasarkan pengalaman kami sendiri, jarang sangat kami menerima panggilan untuk kerja pembaikan bagi unit yang kami pasang. Bukan bermaksud takkan rosak langsung, tetapi rekod pengalaman kami setakat ini memang meyakinkan. 👍
Antara kelebihannya:
✅ 1. Motor DC dengan sistem gear yang mantap
Direka untuk menggerakkan pagar swing dan folding dengan lancar. Teknologi SoftGlide membantu mengurangkan pergerakan mengejut supaya operasi pagar lebih smooth.
✅ 2. Tak perlu welding pada badan pagar untuk sambungan motor
Menggunakan sistem lengan dan bracket. Jadi, tak perlu menambah sambungan welding pada badan pagar semata-mata untuk memasang motor. Kemasan pagar pun lebih terjaga!
✅ 3. Ada bunyi amaran (beep warning)
Apabila pagar bergerak, bunyi amaran boleh membantu memaklumkan pengguna. Sistem ini juga menyokong pengesanan halangan apabila sensor keselamatan yang diperlukan dipasang.
✅ 4. Penggunaan tenaga rendah
Penggunaan kuasa standby yang rendah membantu menjimatkan tenaga ketika sistem tidak digunakan. Memang sesuai untuk kegunaan harian di rumah.
✅ 5. Reka bentuk smart motor
Papan kawalan terbina dalam motor menjadikan sistem lebih ringkas, dengan sambungan plug-and-play yang membantu memudahkan pemasangan dan penyelenggaraan.
Bagi kami, autogate bukan benda yang kita beli setiap bulan. Sekali pasang, kita nak guna bertahun-tahun. Sebab itulah kami lebih s**a recommend model yang kami sendiri yakin berbanding sekadar mengejar harga paling murah.
Motor mahal sikit tak mengapa, asalkan kita tahu apa yang kita bayar. Yang penting, pilih ikut kesesuaian pagar dan bajet masing-masing. 😉
Terima kasih kepada pelanggan yang terus mempercayai servis kami! ❤️
📍 XT SETIA RESOURCES
🏡 Autogate Melaka, sahabat autogate anda!
Nak buat wiring baru, pasang autogate atau nak upgrade sistem lama? Boleh hubungi kami untuk perbincangan dan sebut harga.