23/06/2026
Hari ni saya nampak sesuatu yang agak sakit hati.
Seorang wanita masuk klinik saya.
Demam tinggi, sudah 2 hari, suami dia ikut sebelah.
Rupa-rupanya dia baru habis bersalin, postpartum hari ke-16.
Demam on and off 2 hari, dah merayu suami nak jumpa doktor, sebab dia dah tak tahan. Suami baru bawa dia selepas 2 hari dia minta. 😔
Isteri bagi tau dia tengah breastfeed, tapi baby tak banyak minum.
Susu jadi bengkak, ada bonjolan keras, lepas tu demam.
Saya nak periksa dada dia, saya minta izin dari suami, dengan chaperone perempuan sekali.
Suami tolak, dia ada hak untuk tolak.
Saya hormat tu, tapi ini limit apa yang saya boleh menilai. 😔
Demam dia 39 degree, Nadi 116, tekanan darah OK lagi.
Tapi badan dia lemah, dia rasa penat sangat. Saya bagitahu suami, ini bukan demam biasa, mungkin puerperal sepsis, sejenis jangkitan kuman selepas bersalin,
Perlu masuk jarum bagi antibiotic, kena pergi hospital sekarang.
Suami terkejut.
"Demam je pun. Bagi ubat boleh balik?
Tak payah hospital lah."
Saya tegaskan, dia kena masuk hospital.
Suami senyap sekejap pastu cakap
"Kalau dia masuk hospital, 3 orang anak lagi kat rumah, siapa nak jaga?" 😔
Saya faham kerumitan tu. Bukan senang ada 4 orang anak, dan terutamanya penjaga utama tiba-tiba kena masuk wad. 😔
Tapi saya kena cakap benda ni, bila isteri kau dah merayu 2 hari, sebab dia tak tahan, jawapan tak boleh "nanti kita fikir."
Kesihatan dia bukan benda yang boleh tunggu sampai logistik selesai. 😔
Jangkitan kuman tak tunggu
Jangkitan tak peduli siapa jaga anak kat rumah.
Kalau ibu tu jatuh, sakit teruk, 4 orang anak tu akan hilang lebih dari penjaga sementara, mereka boleh hilang ibu. 😔
Saya tak nafikan, situasi keluarga macam ni memang sukar.
Tak semua orang ada bantuan, ada duit untuk confinement lady, ada keluarga yang boleh tolong jaga anak.
That's why itulah sebab kena ada plan, bukan tunggu sampai krisis, baru nak cari jalan. 😔
Kepada semua suami, bila isteri kau cakap dia tak tahan. Sila dengar, bergerak, cari jalan.
Kerumitan rumah tangga, bukan sebab untuk tangguh nyawa dia. 🤍🩺