03/06/2026
Sewa dulang nanti nak pakai fresh sirih atau artificial je? 🍃 Ramai selalu tanya, jadi ni tips utk bantu awak pilih. Btw, comel sangat customer punya tepak sirih manggis ni.
1. 📍LOKASI MAJLIS.
Sirih fresh tak tahan lama. Dalam 24 jam sahaja, tu pun die akan start layu sikit. Sebab daun sirih tak cucuk ke span air, tapi balut ke lidi sahaja. Jadi kene fikir travel jauh ke? Kalau majlis atau kampung luar negeri, mesti kene pickup dulang lagi awal, jadi risau sirih tak tahan.
2. ⏰ WAKTU MAJLIS
Majlis siang, petang atau malam? Sebab kita selalunya advise customer untuk pickup dulang sirih fresh malam sebelum majlis. Ataupun kalau majlis malam, boleh pickup pagi tu. Jadi kalau busy, kene consider ada orang available untuk pickupkan dulang bila dah dekat dengan majlis? But ofc lalamove is always an option 😉
3. 🫶🏼 CARE GUIDE
Make sure ada tempat selamat untuk letak dulang fresh sirih ni sebelum majlis. Letak dalam bilik with aircond, elakkan kene matahari sebaik boleh dan JANGAN MASUK PETI SEJUK. Suhu panas atau sejuk sangat boleh buat sirih layu lagi laju 🥲
Jadi awak perlu pertimbangkan antara convenience atau estetik. Sirih fresh memang buat dulang lagi seri. Tetapi sirih artificial pun cukup memadai. Yg penting, nak sewa dulang nanti book dengan Pink Poppy 🌸 hihi. Request je nak design mcm mana, kita akan deliver insyaAllah 🤲🏼