04/09/2026
PELANCARAN RASMI: Produk Sejuk Beku Yong Tau Fu Warisan Palace di Pavilion Perak, MAHA 2026 🇲🇾
Satu lagi pencapaian strategik dicatatkan oleh Warisan Irya Network apabila jenama Warisan Palace terpilih untuk sesi pelancaran produk di Pavilion Perak bersempena dengan MAHA 2026.
Sejak pelancaran variasi sos Yong Tau Fu pada tahun 2022, kami terus komited menjalankan penyelidikan, pembangunan produk, dan penambahbaikan kualiti pembuatan. Empat tahun kemudian, kami melengkapkan ekosistem produk ini dengan pengenalan pek sedia masak Produk Sejuk Beku Yong Tau Fu Warisan Palace.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Salbiah Binti Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.
Pengiktirafan di platform bertaraf kebangsaan ini menjadi pemangkin semangat untuk Warisan Palace terus memperluaskan pasaran dan membekalkan produk sejuk beku berkualiti tinggi kepada para pengguna.