29/01/2026
JANGAN JADI USAHAWAN PERABOT CUSTOM.
Mungkin…
itu sahaja nasihat yang aku mampu beri
pada anak muda hari ini.
Lagi-lagi
kalau kau ada angan-angan
nak buat perabot ikut tempahan,
nak bina jenama sendiri,
nak jadi “boss” bengkel.
Pagi ni aku hantar anak lambat lagi.
Cikgu akan marah anak-anak.
Sebab aku balik rumah pukul 3.18 pagi.
Aku dah biasa.
Semua salah aku.
Aku dah terbiasa
jadi orang yang dipersalahkan.
Apa yang mereka tak tahu…
Semalam projek custom sangkut.
Panel tak sampai.
Hardware salah.
Supplier janji esok…
yang tak pernah tepat.
Sepatutnya aku cuma pantau kerja bengkel,
check ukuran terakhir,
susun jadual pasang.
Tapi entah kenapa,
satu masalah muncul.
“Kabinet tak muat.”
Bukan sikit.
Beza setengah inci pun
cukup untuk satu unit
jadi kayu rosak.
Aku jerit dalam bengkel:
“STOP dulu!”
“Jangan pasang!”
“Siapa ukur site ni?”
Katanya kerja ni simple.
“Buat kabinet ja.”
“Margin besar kan?”
“Kenapa harga mahal?”
Orang selalu pelik.
“Kenapa nak ukur banyak kali?”
“Kenapa nak buat mockup?”
“Kenapa nak simpan lebihan kayu?”
Sebab kami hidup
dengan risiko senyap.
Satu ukuran silap,
satu dinding tak lurus,
satu perubahan last minute…
Satu projek
boleh jadi rugi terus.
Bila aku tengok kabinet yang dah siap tu,
aku terus teringat kes lama.
Customer call aku jam 2.06 pagi.
“Abang, pintu kabinet sangkut.”
“Kontraktor salahkan kabinet.”
“Owner marah.”
Aku datang site.
Dinding tak square.
Lantai naik turun.
Tapi kabinet ikut lukisan
yang dia sendiri approve.
Aku cakap:
“Ni kena modify.
Kena potong semula.”
Tapi customer rayu.
“Tak boleh delay.”
“Esok nak pasang lampu.”
“Abang tolonglah.”
Aku buat kerja gila.
Cabut balik kabinet.
Bawa balik bengkel.
Potong semula.
Tanpa caj tambahan.
Tanpa tidur.
Dalam masa sama,
WhatsApp penuh.
“Progress macam mana?”
“Bila siap?”
“Kenapa lambat?”
Aku terpaksa senyap.
Mute group.
Fokus satu projek.
Aku penat.
Aku sedih.
Bukan sebab kerja berat.
Tapi sebab aku tahu,
masa, kayu dan kos tambahan ni
takkan pernah masuk invois.
Bulan tu,
aku tak ambil gaji.
Gaji tukang jalan.
Sewa bengkel jalan.
Bil elektrik naik.
Customer minta diskaun.
Akhirnya kabinet siap.
Pasang cantik.
Semua kemas.
Apa yang aku dapat?
Customer tulis:
“Banyak delay.”
“Tak ikut timing.”
“Kurang profesional.”
Aku hancur.
Bukan sebab review.
Tapi sebab aku dah beri
semua yang aku ada
— tenaga, duit, masa, kesihatan.
Kembali ke malam tadi.
Bila tengok projek yang sama…
Aku buat satu lagi kerja gila.
Aku masuk bengkel seorang diri,
buka lampu,
ukur semula,
betulkan detail kecil
yang orang tak nampak.
Sebab kalau tak buat malam ni,
esok pasang
akan jadi salah aku lagi.
Dan betul…
Kalau detail tu terlepas,
confirm customer komplen.
Aku fix.
Kabinet sempurna.
Aku rasa satu benda.
Lega.
Letih.
Kosong.
Tapi lega.
Sebab aku tahu,
esok pagi
satu keluarga boleh masuk rumah baru
tanpa tahu
apa yang hampir berlaku malam tadi.
Aku cuba buat posting.
Cuba marketing.
Cuba yakinkan diri
bisnes perabot ni ada masa depan.
Tapi aku kosong.
Badan aku sendiri
belum pulih
dari burnout berbulan-bulan.
Harga bahan naik.
Customer makin cerewet.
Margin makin nipis.
Aku tutup bengkel.
Tak dapat satu booking pun malam tu.
Bila rezeki terasa sempit,
dalam hati aku berdoa:
“Ya Allah,
kalau rezeki bukan dari perabot hari ini,
bukakan pintu lain buat aku…”
Aku tidur.
Dan pagi ini…
Anak marah sebab lambat.
Untuk kesekian kali aku terfikir…
Kalau ada anak muda tanya aku:
“Abang, okay ke buat perabot custom?”
Aku mungkin jawab.
Tak.
Jadi usahawan perabot custom bermaksud:
Kau sentiasa salah.
Harga mahal salah kau.
Harga murah pun salah kau.
Material naik harga — salah kau.
Dinding senget — salah kau.
Bila kabinet cantik:
“Biasalah, memang kerja hang.”
Bila ada celah sikit:
“Tak kemas.”
“Tak teliti.”
“Kami boleh viralkan.”
Satu kecacatan kecil
akan padamkan
seratus projek elok
yang tak pernah orang puji.
Aku pernah kena:
Customer ubah design last minute, aku yang dikejar.
Kontraktor salah pasang, nama aku naik dulu.
Orang yang tak pernah pegang meter
lebih lantang bercakap dari aku.
Kenapa semua ni jadi dekat aku?
Sebab aku usahawan perabot custom.
Tak glamour.
Tak ada gaji tetap.
Tak ada cuti sebenar.
Kalau sakit, kerja berhenti.
Kalau silap, duit sendiri keluar.
Jadi aku tanya kau balik, dik…
Betul ke
kau nak jadi usahawan perabot custom?
Kalau kau nak hidup tenang,
nak kerja ikut masa,
nak orang faham susah payah kau…
Jangan.
Tapi kalau kau sanggup
menanggung risiko orang lain,
berpeluh untuk kepuasan orang,
dan masih bangun setiap pagi
untuk tunaikan amanah…
Maka selamat datang.
Ini bukan sekadar buat perabot.
Ini pengorbanan
yang lakaran dan ukurannya
tak pernah orang nampak.
27 Januari 2026
Seorang Usahawan Perabot Custom
yang sentiasa salah di mata orang.
Sekadar luahan.
Catatan dan diari.
Dan kalau anak aku baca someday…
Abah minta maaf
sebab selalu ada di bengkel
lebih lama
daripada di depan mata kamu.