Kilau Asura

Kilau Asura Kami mengalu-alukan diskusi atau apa-apa perbincangan/perkongsian mengenai pusaka-pusaka antik atau

14/12/2022

Lembing Jantung

Lembing Antik
07/12/2022

Lembing Antik

14/11/2022

Kapak Bukuh/Kapak Terbang

Selamat Pagi
28/08/2022

Selamat Pagi

Tajong
14/01/2022

Tajong

Sepukal antik..mohon kongsikan pendapat tuan2 šŸ™
21/03/2021

Sepukal antik..mohon kongsikan pendapat tuan2 šŸ™

Pusaka Dan Alam
15/03/2021

Pusaka Dan Alam

"Pedang Rasulullah S.A.W Dari Kedah Tua"Di dalam Istana Topkapi di Turki,Terdapat sebilah pedang milik Rasulullah S.A.W ...
21/01/2021

"Pedang Rasulullah S.A.W Dari Kedah Tua"

Di dalam Istana Topkapi di Turki,Terdapat sebilah pedang milik Rasulullah S.A.W , Ianya adalah antara pedang yang terbaik kualitinya di masa itu dan merupakan pedang istimewa yang dapat dibezakan dari pedang-pedang lain dari segi pembuatannya berasaskan teknologi pamor keris (teknologi campuran aloi besi) yang juga dikenali sebagai ā€˜wootz steel’ oleh Barat. Pedang ini memiliki lapisan-lapisan besi yang kompleks pada bilahnya dan memiliki corak beralun-alun pada hujungnya. Orang Arab pada masa itu mengenalnya sebagai ā€˜pedang bergelombang’.

Pedang itu bernama Qala’i, berasal dari Qala’a iaitu Kedah Tua yang disebut oleh Idrisi,Ahli geografi Arab era Abbasiyah dalam kitabnya Al-Rujjar (Nuzhat Al-mushtaq Fi’khtiraq Al-afaq) dan Abu Dulaf Iaitu Pengembara dan pemuisi dari Bukhara yang catatannya (al-Risalah) terkumpul dalam Majmu’ fil-jughrafiyya pada tahun 940 Masehi.

Pedang ini asalnya dari harta ghanimah ataupun rampasan perang dari Bani Qaynuqa,Iaitu salah satu dari tiga suku Yahudi yang menetap di Madinah. Bagaimana pedang buatan orang-orang Kedah Tua boleh sampai ke tangan suku-suku Yahudi di Madinah?

Mengapa dalam banyak-banyak pedang ,Pedang Qala’i ini dipersembahkan kepada Nabi S.A.W ? Lantas Nabi S.A.W sendiri memilihnya dan memasukkannya ke dalam koleksi pedang-pedang kesayangan baginda yang berjumlah 9 bilah pedang itu. Cuba kaji asal-usul ā€˜mereka’ itu dan anda akan terkejut kerana perdagangan orang Melayu melepasi 300 tahun Sebelum Masehi. Bagi yang mengkaji dan meminati sejarah mungkin tidak hairan ,Kerana usia tapak arkeologi Sungai Batu kini sudah mencapai 500 tahun sebelum Masehi dan ia masih ā€˜mengira’.

Sekarang ada riwayat lain yang agak banyak menyebutkan bahawa Abdul Muttalib telah menemui dua patung kijang diperbuat dari emas bersama-sama sebilah pedang Qala’i ketika menggali telaga zamzam yang sebelum ini telah terkubur ketika zaman selepas Nabi Ismail A.s , Setelah mendapat alamat melalui mimpi. Riwayat-riwayat itu termasuk:

1) At-Tabari
2) Al-Azraqi
3) Al-Fakihi

Di sini kita menemui item yang sama , Pedang Qala’i buatan dari Kedah Tua,Yang kita pada hari ini tahu tentang penemuan tapak pemperosesan besi purba di Sungai Batu dan Lembah Bujang.Bukti ini p**a disahkan oleh Al-Idrisi dan Abu Dulaf.

Menurut sarjana Islam terkenal al-Kindi dalam kitabnya ar-Risalah ba’da Ikhwanuhu as-Suyuf dan dikomentar oleh al-Biruni, Terdapat 3 pedang yang terbaik dan tinggi kualitinya di dunia! Pertama pedang Yaman, Yang kedua pedang Qala’i dan yang terakhir ialah pedang ā€˜al-Hind’.

Namun ahli geografi terkenal Iaitu Idrisi p**a menegaskan dalam kitabnya al-Rujjar bahawa apa yang dinamakan pedang ā€˜al-Hind’ itu sebenarnya berasal dari pedang Qala’i itu. Dan seorang lagi sarjana tersohor Islam Iaitu Al-Kindi menyatakan pedang-pedang Qala’i apabila tiba di wilayah Arab,Sering ditukarkan namanya menjadi ā€˜pedang Yaman’.

ā€œApabila saya sampai di Kalah(Kedah) , saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang ā€œqala’Iā€ iaitu pedang Hindi yang tulenā€¦ā€ - Abu Dulaf 940 Masehi.

"..when a sword is made from Qala'i and tempered in Yemen,beware it!.. (al-Jahiz)

Masih banyak lagi rahsia di alam melayu ini yang belum dirungkai dan dijumpai . Itu tugas kita bersama demi mengungkap dan mencari kebenaran kehebatan Alam melayu yang telah ditutup dan dimanip**asi banyak pihak termasuk penjajah. Kita bongkarkan sama-sama dan tunjukkan kepada anak cucu cicit kita betapa hebatnya orang melayu dahulu.

credit : Tengku Daeng Mawelle

13/01/2021

Selamat Datang Ke Galeri Pusaka ASURA

Address

Jalan Istana, Wakaf Stan
Kota Bharu
16150

Telephone

+60139552169

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kilau Asura posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category