26/07/2026
Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pesta Flora Negeri Kelantan Bil. 1/2026 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke 57 Tahun 2026. Mesyuarat pagi ini bagi memperincikan perancangan serta penyelarasan penganjuran program yang dijangka menjadi antara acara utama sektor florikultur dan landskap negeri Kelantan pada tahun ini.
Mesyuarat memberi tumpuan kepada aspek pengisian program, penyertaan agensi dan usahawan, promosi, penyediaan tapak serta penyelarasan logistik bagi memastikan Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, menarik dan memberi impak yang besar kepada industri florikultur, pelancongan serta ekonomi setempat.
https://www.facebook.com/share/p/1DQgw9JofA/