14/08/2026
🍩Donat Buah
Bahan-bahan donat:
🥭250g tepung berprotein tinggi
🥭1 sudu besar gula
🥭5g yis segera
🥭1 biji telur
🥭130ml air
🥭Secubit garam
🥭40g marjerin
Bahan-bahan inti kastard:
🥭1 biji kuning telur
🥭250ml susu cair
🥭45g gula
🥭20g tepung kastard
🥭Vanila secukup rasa
🥭1 sudu besar marjerin
🥭¼ sudu kecil garam
👩🍳 Cara membuat donat:
🍇Masukkan tepung, gula dan yis segera ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
🍇Masukkan telur, dan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh.
🍇Masukkan garam dan marjerin. Uli sehingga doh lembut, elastik .
🍇Tutup doh dan biarkan mengembang selama lebih kurang 45–60 minit.
🍇Setelah mengembang, tumbuk perlahan untuk keluarkan angin.
🍇Bahagikan doh dan bulatkan. Susun di atas dulang dan biarkan mengembang lagi selama 15–20 minit.Tekan ditengah donat utk memudahkan letak inti.
🍇Goreng menggunakan api sederhana sehingga keemasan. Balikkan sekali sahaja.
Angkat dan toskan. Biarkan donat sejuk.
Cara membuat inti kastard
🍩Campurkan kuning telur, susu cair, gula, tepung kastard, vanila dan garam dalam periuk.
Kacau sehingga tepung jagung larut sepenuhnya.
🍩Masak menggunakan api kecil sambil sentiasa dikacau.
🍩Apabila adunan sudah pekat, masukkan marjerin.
🍩Kacau sehingga sebati dan licin. Tutup api dan biarkan sejuk.
🍩Masukkan kastard ke dalam beg paip.
🍩 tekankan di tengah donat. Paipkan inti kastard.
🍩Letakkan pilihan buah-buahan
🍩Donat lembut dan gebu dengan inti kastard yang lemak, manis dan berkrim..ada rasa fresh masam manis dari buah..kombinasi yg sgt sedap❤