Hiyaz Community

Hiyaz Community Community Update ElectRiz Product & Service
We Build, We Help
(6)

11/08/2026

Agenda hari ini: kemaskan perkara yang mungkin sudah menjadi normalisasi 🌿🌱
Semak mungkin nampak kecil bagi kita. Tapi bagi pelajar kecil, apa yang tersembunyi di sebaliknya mungkin bukan perkara kecil.

10/08/2026

Hanya sebuah longkang jalan yang hilang wajah.
Sedikit usaha untuk ia kelihatan, agar semua bewaspada 🌱🕳️

08/08/2026

Kanak-kanak tak tahu apa itu tanggungjawab, apatah lagi erti pengabaian. Mereka cuma mahu bermain.
Taman ini sepatutnya menyimpan gelak tawa mereka, bukan ketakutan mereka. 🌱🥺

03/08/2026

Dunia ini sudah cukup kejam.
Jangan biarkan kanak-kanak mengenalinya terlalu awal.

Sayang sekali apabila sebuah taman yang baru dinaik taraf akhirnya ditelan semak, sehingga hilang fungsi sebagai tempat kanak-kanak berlari dan ketawa.

31/07/2026

Taman bukanlah tempat untuk wabak denggi dan haiwan berbisa berlindung.
Setiap langkah sepatutnya mencipta kenangan, bukan mempertaruhkan keselamatan.

Harini wakil komuniti menerusi “Ops Ronda” turun ke kawasan penduduk sekitar Wakaf Mek Zainab bagi meninjau keadaan poko...
28/07/2026

Harini wakil komuniti menerusi “Ops Ronda” turun ke kawasan penduduk sekitar Wakaf Mek Zainab bagi meninjau keadaan pokok lanskap awam yang patah lalu menghempap wayar elektrik rumah penduduk sehingga kendur dan membahayakan kenderaan tinggi lalu.

Penduduk setempat juga menyatakan kerisauan kepada kami, kerana pokok tersebut turut memasuki ruang rumah penduduk yang berhampiran walaupun telah diadukan kepada “pihak tertentu” (beberapa kali), jika dibiar ia akan membawa kerosakan pada harta penduduk selain menghalang laluan taman bergerak.

Pihak komuniti telah meminta bantuan pihak TNB untuk membetulkan wayar tersebut, pada masa yang sama tindakan susulan pembersihan tiang dari semak samun akan dilakukan dengan unit khas TNB, agar lampu jalan yang diselimuti semak dapat menyinarkan kembali laluan warga setempat.

Dibawah Inisiatif Komuniti ,kami akan berusaha menggerakkan pasukan untuk bantu memotong dahan yang reput dan membahayakan komuniti disana. Daulat Rakyat!!

27/07/2026

Aduan komuniti diterima daripada pengguna jalan raya mengenai pokok lanskap yang memasuki laluan selekoh di sekitar Jln Tok Guru sehingga merbahayakan penunggang motorsikal selain mencalarkan badan kenderaan.

Pihak komuniti telah mengeluarkan (amicable notice) bagi rujukan pemilik bagunan sekiranya pokok tersebut merupakan lanskap milik mereka.

27/07/2026

Peralatan yang tumpul memakan masa dan kudrat, sebab itu penyelenggaraan peralatan berskala akan kita laksanakan di hujung minggu, supaya pasukan yang bertugas tidak mudah kepenatan.

Ada yang menyatakan bahawa hanya bergerak apabila mendapat "USD" atau bayaran.Kami ingin menjelaskan perkara ini secara ...
21/07/2026

Ada yang menyatakan bahawa hanya bergerak apabila mendapat "USD" atau bayaran.

Kami ingin menjelaskan perkara ini secara terbuka.

Benar, halaman Facebook Hiyaz Community kini telah mendapat akses kepada program monetisasi META. Namun hasil yang diterima bukanlah tetap atau dijamin. Ia bergantung kepada jumlah tontonan, capaian, interaksi dan usaha menghasilkan kandungan yang berkualiti.

Ketika awal Hiyaz Community bermula, kami sendiri tidak mengetahui tentang perkara ini. Banyak kandungan yang kami hasilkan ketika itu tidak memberikan sebarang pulangan,

Apabila monetisasi mula diterima, kami melihatnya sebagai satu peluang untuk membantu operasi lapangan. Hasil tersebut digunakan untuk keperluan seperti pembelian peralatan, bahan misi, penyelenggaraan mesin, minyak kenderaan dan kos operasi lain.

Selain itu, kami juga menerima sokongan ikhlas dari bentuk kewangan, tenaga dan peralatan secara sukarela daripada masyarakat. Ia bukan kewajipan, dan setiap sokongan ikhlas yang diberikan amat kami hargai.

Kami hanyalah sebuah komuniti setempat. Kami tidak mempunyai peruntukan tetap, fi pelesenan atau sumber kewangan bulanan yang dijamin. Sebab itu kami berusaha menjana sumber digital melalui kerja lapangan yang dilakukan, kandungan digital yang pasukan kreativiti hasilkan dan sokongan dan doa daripada masyarakat.

Kami tidak pernah memaksa sesiapa dengan kekerasan, saman atau kompaun untuk menampung dari segi kewangan. Jika ada yang membantu, kami berterima kasih. Jika tidak, kami tetap akan meneruskan usaha mengikut kemampuan yang ada.

Apa yang kami terima akan kami cuba kembalikan semula kepada masyarakat dalam bentuk tindakan di lapangan.

Daripada rakyat, untuk rakyat. 🤍

Address

Kota Bharu
15050

Telephone

+601111005764

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hiyaz Community posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share