Bayu Bamboo

Call Directions

Bayu Bamboo ♦️Kami bantu Resort & Romestay cipta ruang alami dan eksklusif dengan sentuhan bambu profesional dari Sabah.
♦️From Nature, To Hospitality

08/10/2026

BELUM DIRAWAT. BELUM DIBINA.

Timbunan bambu mentah ni tengah menunggu giliran ke kolam rawatan di bengkel kami, Kg Nagapas.

Lepas dirawat, batang-batang inilah yang bakal kami jadikan:

🏡 Bangunan
🛖 Pondok dan gazebo
🪑 Perabot
🎨 Kraf bambu

Pondok dan gazebo dalam video ni binaan kami sendiri. Bahan asalnya bermula daripada timbunan macam ni juga.

Semuanya bermula di sini.

Berminat nak bina gazebo, pondok atau perabot bambu? PM kami.

- Bayu Bamboo
Pioneering & Powering Sabah's Bamboo Industry

Inspirasi!Rumah bambu moden dari Thailand.Ada sesiapa di Sabah berminat nak rumah bambu macam ni? Inbox kami atau WhatsA...
03/10/2026

Inspirasi!
Rumah bambu moden dari Thailand.

Ada sesiapa di Sabah berminat nak rumah bambu macam ni?

Inbox kami atau WhatsApp +60 19-892 6202.
Jom kita realisasikan!

📸 Kredit: ซุ้มไม้ไผ่ บ้านไม้ไผ่ จ.ขอนแก่น

03/10/2026

BAMBU DARI KAMPUNG, REZEKI UNTUK KAMPUNG

Hari ini kami tambah stok bambu.

Bambu kali ini kami ambil dari kampung sebelah sahaja.

Untuk mengangkutnya, kami sewa lori orang kampung.

Dengan cara ini, rezeki kami kongsi bersama penduduk kampung.

Muatan sudah selamat sampai dan diturunkan di bengkel kami di Kg Nagapas, Papar.

Selepas ini bambu akan dirawat dan dikeringkan, supaya sedia dijadikan:

🏡 Bangunan
🪑 Perabot
🎨 Kraf bambu
🛠️ Bengkel latihan bambu

Bambu kampung.
Lori kampung.
Rezeki dikongsi.

Anda berminat nak belajar kemahiran bambu, nak buat gazebo atau perabot bambu? PM kami.

Bayu Bamboo
Perintis & Pemacu Industri Bambu Sabah

A chicken coop. Designed like a pavilion. Built with recycled bamboo.The Chicken Hero Pavilion by RAD+ar in Urban Forest...
03/10/2026

A chicken coop. Designed like a pavilion. Built with recycled bamboo.

The Chicken Hero Pavilion by RAD+ar in Urban Forest Jakarta turns the humble coop into a piece of architecture. Per the post, it uses recycled bamboo, cross-ventilation and green roofs, and during its four-week installation it processed food waste from six nearby restaurants into compost.

Our neighbours are using bamboo not just for furniture, but for design, community and circular living. One project doesn't show a whole industry, but it shows what's possible.

For us at Bayu Bamboo, it's a reminder to keep learning, keep building and start from our own community in Kg. Nagapas, Papar 🤝

Credit: Arch2O, RAD+ar, photography by Mario Wibowo.

03/10/2026

RUMAH BAMBU INI MENARIK HATI IBU-IBU KOMUNITI KG NAGAPAS

Hari ini kami dikunjungi beberapa ibu dari komuniti Kg Nagapas, Papar.

Mereka datang melihat sendiri rumah bambu yang kami bangunkan:

dinding anyaman, beranda dan tangga, semuanya dari dekat.

Terima kasih ibu-ibu atas kunjungan dan minat.

Ia memberi kami semangat untuk terus melangkah.

Kerja begini perlukan komuniti.

Dari tangan kampung, kita bina komuniti mahir bambu. 🤝

Berminat untuk belajar, terlibat atau tahu lebih lanjut?

Boleh PM kami.

02/10/2026

KERUSI BAMBU YANG BOLEH BERBARING. KINI SEDIA UNTUK DITEMPAH!

Duduk santai.
Berbaring rehat.
Semuanya dalam satu kerusi bambu.

Kerusi ini dibuat di bengkel kami di Kg Nagapas, Papar, Sabah.

Sebelum dicat, setiap bahagian dibasuh satu demi satu, dari sandaran hingga ke kaki.

Sandaran boleh dilaraskan, tegak atau berbaring

✅ Rangka dan lantai bambu

✅ Sesuai untuk resort, spa, homestay dan laman rumah

PM kami untuk info & tempahan.

01/10/2026

BANGUNAN BAMBU DI RESORT SABAH. INI KISAH BAGAIMANA IA BERMULA.

Tahun lepas, pasukan Bayu Bamboo membina sebuah bangunan bambu berskala besar di Shangri-La Rasa Ria, Sabah.

Ia bermula dengan sebatang bambu:

✅ Dibawa dari hutan ke tapak
✅ Dirawat melalui rendaman organik
✅ Struktur disambung dan didirikan di tapak
✅ Kerja diteruskan hingga malam
✅ Siap sebagai bangunan bambu yang kukuh dan indah

Antara bangunan bambu besar yang dibina di resort di Sabah, dan kami bangga menjadi sebahagian daripadanya.

Bambu bukan sekadar perabot. Ia boleh jadi bangunan ikonik.

Berminat untuk resort, hotel, homestay atau projek anda?

PM kami. Mari kita jayakan bersama!

30/09/2026

BATANG KAYU BIASA, JADI MEJA MEWAH?

Dengar bunyi chainsaw tu?

Itulah permulaan sebuah projek baru di bengkel Bayu Bambu.

Kami mula bina Epoxy Resin Table.

Kayu asli yang dibelah, dibentuk, dan digabungkan dengan resin jernih. Hasilnya, meja yang unik.

Tiada dua yang serupa.

- Bambu & kayu + epoxy resin
- Dalam pembinaan di Kg Nagapas, Sabah.

Ikuti perkembangannya di sini

Gambar meja dalam video ialah rujukan reka bentuk dari internet, bukan hasil kerja kami lagi. Meja kami akan menyusul.

Berminat atau nak tempah awal? WhatsApp +60 19-892 6202

­Sabah

29/09/2026

LARUT MALAM PUN BENGKEL MASIH MENYALA 🎋

Malam ni kami siapkan satu lagi meja kopi bambu, disembur dengan tangan, kemasan Golden Pine.

Ini salah satu model yang akan dipamerkan di Sudut Bambu Nagapas, Kg Nagapas, Papar.

Tapi ada satu perkara yang kami nak kongsi. Ramai masih anggap bambu bahan kampung. Hakikatnya:

Bambu boleh matang dalam 3–5 tahun, jauh lebih pantas daripada pokok kayu keras yang mengambil berpuluh tahun.

♻️ Ditebang, rumpun yang sama terus menghasilkan batang baru.

📈 Pasaran bambu dunia dianggar mencecah USD 88 bilion menjelang 2030 (anggaran Grand View Research).

Bambu bukan lagi bahan kampung. Ia komoditi masa depan, dan kita di Sabah ada bekalannya.

Inilah sebabnya kami bersama JKKK Kg Nagapas membina Komuniti Bambu Nagapas: melatih penduduk kampung menghasilkan perabot, kraf dan bangunan bambu, supaya nilai ini kekal dalam komuniti sendiri.

Belajar · Buat · Jual

Kawan-kawan, apa perabot bambu yang anda nak tengok seterusnya? Komen di bawah 👇

📩 PM / WhatsApp +60 19-892 6202

Address

H 27 Kg. Nagapas, Jalan Lama Kota Kinabalu-Papar, Kg. Nagapas Papar
Kota Kinabalu
889600

Telephone

+601126889392

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bayu Bamboo posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category