12/08/2026
Bekalan untuk akhirat bukanlah banyaknya harta yang kita kumpul, tetapi amal soleh yang kita bawa menghadap Allah.
“Carilah bekal untuk akhirat selagi masih diberi kesempatan. Perbanyakkan solat, sedekah, membaca al-Quran, berbuat baik kepada ibu bapa dan sesama manusia. Kerana dunia ini sementara, sedangkan akhirat selama-lamanya.”
Jangan tunggu kaya untuk bersedekah, jangan tunggu tua untuk beribadah, dan jangan tunggu mati baru mahu bertaubat.
Mulakan hari ini, kerana kita tidak tahu berapa lama lagi perjalanan kita di dunia.