Zarma Carpet

Zarma Carpet �SSM(003242668-M)

Kami membekalkan barangan keperluan rumah dengan harga mampu milik! Menyediakan konten yang berkualiti tinggi untuk tontonan umum. �

SUBSIDI DIMANSUHKAN RAKYAT SENGSARA?Sebelum ini memang sudah ada peniaga yang mula menaikkan harga, mungkin peniaga akan...
23/06/2022

SUBSIDI DIMANSUHKAN RAKYAT SENGSARA?

Sebelum ini memang sudah ada peniaga yang mula menaikkan harga, mungkin peniaga akan menaikkan harga lagi jika harga minyak dan ayam mula semakin mahal. Adakah ini salah peniaga menaikkan harga? Bila harga makanan naik, pengguna pastinya tidak s**a hal itu berlaku. Namun bukan hanya pengguna yang terkesan, malah peniaga juga turut terkesan sama.

Gaji minimum pun masih lagi RM1500 sebulan, tetapi kos sara hidup yang terlampau tinggi membuatkan nilai RM1500 itu seperti tiada makna.

PENGANGKUTAN AWAM PERCUMA BUKAN SOLUSI!Kelemahan pengangkutan awam yang sebenar adalah penyelengaraan yang kerap. Baru-b...
17/06/2022

PENGANGKUTAN AWAM PERCUMA BUKAN SOLUSI!
Kelemahan pengangkutan awam yang sebenar adalah penyelengaraan yang kerap. Baru-baru ini PM Ismail Sabri telah mengumumkan perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian Rapid KL, MRT, LRT, BRT dan monorel serta bas Rapid KL selama sebulan. Ia diikuti juga dengan kenyataan rasmi KTM iaitu tambang percuma selama 30 hari bermula 16 Jun 2022.
Bagi pas pemegang bulanan p**a, mengikut ciapan AskRapidKL : “Bagi pelanggan My50 yang tamat tempoh antara 17 Jun - 15 Julai 2022 anda akan menikmati 30 hari perjalanan percuma dengan pembelian pas My50 seterusnya (tanpa caj pembelian pas) dengan melanggan di kaunter stesen pada hari selepas pas tamat tempoh.”
“RM155 peruntukan juta seeloknya digunakan untuk baiki eskalator, tambah koc untuk tren, dan juga tambah kekerapan tren.” Kata salah seorang pengguna Twitter. Ini diakui apabila kita melihat situasi penyelenggaraan pengangkutan awam yang begitu teruk. Pada 7 Jun 2022 lepas, kita menyaksikan beberapa pengguna tersekat di dalam KTM Bangi selama 1 jam 30 minit.
LRT juga pernah menyaksikan pelanggaran di Kelana Jaya pada 24 Mei 2021 yang menyebabkan 213 orang cedera. Ia adalah kemalangan kereta api yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah.
Kempen dari kerajaan untuk masyarakat menaiki pengangkutan awam juga dilihat tidak relevan memandangkan kekerapan tren yang tidak menepati masa. Jika sebelum ini kekerapan tren setiap setengah jam, sekarang ditambah sehingga menjadi sejam. Sistem pada tahun 2022 ini masih tidak diselenggara dengan baik. Itu belum ditambah lagi dengan kemudahan awam seperti tandas, kipas angin, serta tempat untuk tambah nilai yang teruk.
Dicadangkan supaya RapidKL dan juga KTMB membuat ‘open session’ dan dengar luahan masyarakat tentang servis yang perlu dibaiki. Ini supaya mendapat kepercayaan dari pelanggan serta meningkatkan imej pengangkutan awam itu sendiri. Pemeriksaan berkala juga perlu dilakukan dan kekerapan tren perlu ditingkatkan apabila ramai orang sudah mula datang ke pejabat.
Apa p**a pendapat anda?

SALAM RAMADHAN
03/04/2022

SALAM RAMADHAN

PENSYARAH MAKI PELAJAR B40 YANG TIADA LAPTOP?Selalunya orang kata yang muda disayangi dan yang tua haruslah dihormati. P...
30/03/2022

PENSYARAH MAKI PELAJAR B40 YANG TIADA LAPTOP?

Selalunya orang kata yang muda disayangi dan yang tua haruslah dihormati. Prof yang baru-baru ini tular akibat memaki pelajar B40. Nasihat yang tidak beradab ini berbunyi seperti tiada empati yang diberikan kepada pelajar itu. Pendekatan pensyarah itu memalukan pelajar melalui Google Meet sangatlah memalukan serta pensyarah itu membuat andaian bukan-bukan pada pelajar itu.

Ada dari pengguna Facebook Sayap Ilusi mengatakan: “Ambil kata-kata Prof itu sebagai cabaran, mental perlu kuat. Kalau baru belajar dah koyak macam mana nak hadap dunia pekerjaan nanti. Belajar salahkan diri sendiri sebelum salahkan orang lain. Siapa-siapa yang nak koyak lagi silakan…”

Namun pada sekitar tahun 2020 pensyarah itu telah pun bersara. Ramai pelajar mengatakan bahawa pensyarah itu sememangnya garang dan ada juga yang pernah dihalau dari kelas beliau.

Ada dua perspektif yang kita dapat lihat iaitu dari sisi pelajar, sewajarnya perlulah mempunyai sedikit usaha untuk mencari sebuah laptop. Penulis yang merupakan bekas pelajar UiTM boleh mengatakan bahawa yuran UiTM adalah tersangat murah berbanding universiti awam yang lain. Purata lebih kurang RM500 – RM600 untuk satu semester. Jika ada pelajar yang mengambil pinjaman PTPTN sudah tentu mampu untuk membeli laptop terpakai.

Inisiatif dan jangan pasrah dengan ketentuan hidup seharusnya dimiliki oleh seseorang pelajar. Janganlah yang tidak berkemampuan teringin memiliki Macbook p**a, cukup sekadar membeli apa yang ada sahaja. Mungkin boleh buat bisnes tepi atau apa-apa dropship.

POV dari pensyarah itu p**a sewajarnya beliau tidak boleh mengeluarkan kenyataan berbaur emosi seperti “Aku tak boleh duduk dengan B40.” Perangai sebegini yang dikatakan elit, jangan dinormalisasikan. Kita tidak berhak menentukan ‘lifestyle’ seseorang.

Salah satu penghinaan dari kelas atasan T20 ini kadangkala membuatkan B40 rasa sedikit meluat. Para pendidik perlu ada adab dan bukannya biadab.

Lebih-lebih lagi yang mengeluarkan kenyataan “Itu bukan masalah saya.” Salah satu ayat yang meruntun hati pelajar. Setiap orang mempunyai survival skill yang berbeza dan jangan sesekali menjadikan membandingkan antara satu sama lain.

Namun kita dapat lihat graduan yang keluar dari universiti awam atau swasta yang bekerja keras demi mendapatkan gred terbaik akhirnya tidak menjadi apa-apa. Gaji masih lagi dibawah paras rendah. Seberapa ramai graduan universiti yang akhirnya terpaksa bekerja dengan gaji rendah walaupun tawaran pekerjaan terlampau banyak.

Nak tegur jangan sampai menghina. Gambar tiada kena-mengena dengan kejadian sebenar.

Majlis bacaan doa selamat sempena bulan Ramadhan di  hq, KL Traders. Terima kasih kerana membeli dengan kami! Semoga bis...
29/03/2022

Majlis bacaan doa selamat sempena bulan Ramadhan di hq, KL Traders. Terima kasih kerana membeli dengan kami! Semoga bisnes dirahmati Allah.

ANAK-ANAK DAN BEG SMIGGLEZaman sekarang memang dah sangat berbeza dari dulu. Pengaruh dan tekanan dari rakan sebaya seme...
23/03/2022

ANAK-ANAK DAN BEG SMIGGLE

Zaman sekarang memang dah sangat berbeza dari dulu. Pengaruh dan tekanan dari rakan sebaya sememangnya adalah perkara realiti. Kalau dulu anak-anak yang ada ibu bapa yang mempunyai wang yang banyak akan membelikan beg Swan, kasut Pallas atau Warrior, kotak pensel yang nampak ‘fancy’. Gaya pelajar berbeza bagi setiap kawasan.

Mungkin di Petaling Jaya atau kawasan bandar yang pesat akan faham tentang perasaan tekanan dialami oleh anak akibat tidak bergaya mengikut trend semasa. Rungutan dari anak-anak yang mahukan beg Smiggle, kalau tak dapat, tak mahu pergi sekolah. Ada yang kata ekonomi satu ketika dulu lebih baik berbanding sekarang, tetapi sewaktu kita kecil kita pun tidak tahu ekonomi pada ketika itu.

Budak-budak yang bergaya dan gaya pergaulan mereka berbeza menyebabkan aktiviti selepas sekolah tidak dapat disertai bersama-sama. Mungkin ada kelompok-kelompok yang dipisahkan dari segi wang.

Persepsi yang sering orang kata dan letakkan:

“Anak orang kaya dan duduk di bandar lebih pandai dari anak orang miskin dan duduk di kampung.”

Ibu bapa zaman millennial perlu pandai mendidik anak supaya bukan diajar mementingkan jenama dan juga kebendaan. Asalkan ia ada fungsi sudah cukup. Ajarkan anak untuk menghargai apa yang kita ada bukan membanding-bandingkan apa yang ada dan tiada.

Cadar selesa untuk anak hanya RM60 -> www.wassap.my/60176467371

FLASH SALES!! FLASH SALES!! FLASH SALES!!RM70!! RM70!! RM70!!Sementara stok masih ada 😎DM untuk pertanyaan lanjut atau b...
10/03/2022

FLASH SALES!! FLASH SALES!! FLASH SALES!!

RM70!! RM70!! RM70!!

Sementara stok masih ada 😎

DM untuk pertanyaan lanjut atau boleh WhatsApp http://www.wasap.my/60176467371

BANTUAN KERAJAAN YANG TIDAK EFISIEN!Gambar menunjukkan bantuan bencana banjir yang diberikan kepada mangsa banjir di sek...
23/02/2022

BANTUAN KERAJAAN YANG TIDAK EFISIEN!

Gambar menunjukkan bantuan bencana banjir yang diberikan kepada mangsa banjir di sekitar Dewan MBSA Kemuning Utama. Tetapi lihat saja barisan panjang dari hujung dewan sehingga ke hujung jalan. Mangsa akan mendapat RM2000 secara tunai namun akibat barisan panjang ini telah menyebabkan kesesakan di Jalan Bukit Naga.

Ada yang berbaris panjang sehingga terpaksa menempuh hujan dan panas. Agihan bantuan sewajarnya diagih melalui perbankan online. Lebih mudah tanpa perlu bersusah payah beratur untuk pengesahan. Wujudkan suatu sistem yang mampu menapis maklumat penerima bantuan. Pada musim pandemik ini, sistem pengurusan sewajarnya lebih maju.

Sedangkan sistem pesanan di kedai mamak pun sudah maju, kenapa sistem kerajaan masih lagi berada di takuk lama? Bagaimana dengan pendapat anda? Apa yang perlu dilakukan demi sistem pengurusan bantuan lebih efisien?

ILLUMINATI DATANG KE MARVEL CINEMATIC UNIVERSE?Perkembangan yang dapat dilihat dari trailer Dr Strange In The Multiverse...
15/02/2022

ILLUMINATI DATANG KE MARVEL CINEMATIC UNIVERSE?

Perkembangan yang dapat dilihat dari trailer Dr Strange In The Multiverse of Madness menggambarkan bahawa Illuminati akan datang ke dalam Marvel Cinematic Universe. Tidak, telinga anda tidak menipu anda, ia sememangnya adalah suara Patrick Stewart sebagai Charles Xavier. Untuk melihat konteks yang lebih besar, versi MCU ini akan membuka pelbagai ruang kemungkinan.

Di dalam komik, ahli Illuminati terdiri daripada Dr Strange, Iron Man, Charles Xavier, Black Bolt, Reed Richard (Mr Fantastic), Black Panther, Captain America, Beast dan Namor. Mereka terdiri dalam kalangan bijak pandai dan tujuan mereka ditubuhkan adalah untuk menghalang ancaman sebelum ia berlaku.

Bagaimana MCU akan memperkenalkan Illuminati ini? Kemungkinan variant Iron Man yang digembar-gemburkan pelakonnya Tom Cruise akan menjadi Superior Iron Man. Terdapat spekulasi juga bahawa Namor (Aquaman Marvel) akan membuat penampilan dalam Black Panther : Wakanda Forever. Beberapa pelakon lain yang tidak disangka juga akan muncul. Yang pasti, kehadiran Charles Xavier akan memberi peluang kepada mutan lain untuk beraksi bersama. Ya, anda tahu : Wolverine, Cyclops, Jean Grey, dan ahli X-Men yang lain.

Zombie Wanda, Sinister Supreme, Shuma Gorath juga akan menjadi antagonis di dalam filem ini. Adakah ia berkaitan dari siri Marvel What If…? Sedikit sebanyak ia akan membuatkan peminat Marvel tidak senang duduk dengan teaser filem ini. Bagaimana dengan teori anda?

Doctor Strange In The Multiverse of Madness akan muncul di pawagam pada 6 Mei 2022.

Queen size 7 in 1 double tone hotel style!With free carry bag ya ☺️Postage disediakan. Berminat? Pm sahaja harga kasih s...
15/02/2022

Queen size 7 in 1 double tone hotel style!

With free carry bag ya ☺️

Postage disediakan. Berminat? Pm sahaja harga kasih sayang kami beri

SELIMUT LEMBUT MATERIAL BALDU ☺️✅Single 130*240cm!✅Queen 160*240cm!Lebih 10 corak anda boleh pilih ☺️Postage juga disedi...
15/02/2022

SELIMUT LEMBUT MATERIAL BALDU ☺️

✅Single 130*240cm!
✅Queen 160*240cm!

Lebih 10 corak anda boleh pilih ☺️

Postage juga disediakan

Pm jika berminat!!


Address

KL Traders, Jalan Gombak, Kampung Kuantan, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
51200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zarma Carpet posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Zarma Carpet:

Share