26/12/2022
Ada pelbagai jenis bunga Rose. Di pasaran Malaysia, Bunga Ros tempatan dari Cameron Higland dan juga Bunga Ros dari India adalah kebiasaan yang dijual. Namun, terdapat juga Bunga Ros yang diimport dari negara2 seperti Kenya, Holland, Equador dan beberapa negara eropah yang lain.
Baka- baka Bunga Ros yg datang dari negara kering terutama dari Equador dan Kenya adalah baka Bunga Ros yang ber daun lebat, bertangkai besar dan panjang serta berkelopak bunga yang besar dan tebal.
Disebabkan ciri2 bunga tersebut, ianya sesuai untuk di-export keluar kerana ianya species bunga yang tahan lama selepas fikerat dari pokok asalnya.
Dari segi harga, personally..i rasa ianya sangat berbaloi. Kalau nak kelainan untuk bouquet/basket bunga untuk orang teristimewa, boleh minta florist anda untuk gunakan ros Equador ni🥰
🌹💐🌷