Inspirasi Resepi

Inspirasi Resepi Jemput follow untuk lebih banyak resepi

RESEPI PUDING JAGUNG Sedap di makan sejuk sejuk. Buat sekarang. Karang nak makan, dia dah sejuk dah 😀. Jomm Resepi PUDIN...
09/12/2025

RESEPI PUDING JAGUNG

Sedap di makan sejuk sejuk. Buat sekarang. Karang nak makan, dia dah sejuk dah 😀. Jomm

Resepi PUDING JAGUNG Cik No

Bahan-bahannya :

- 1 cawan tepung kastard
- 1 tin jagung manis
- 3/4 cawan gula pasir
(boleh adjust - lebih atau kurang manis)
- 3 cawan air
- 1 kotak santan
(kalau guna susu pekat, tak perlu lagi gula)
- 1/2 sdt garam

Cara-cara:

1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk

2. Kacau sebati semua bahan.

3. Kemudian letak di atas api yang perlahan

4. Kacau terus-menerus hingga adunan pekat dan berkilat.

5. Tutup api.

6. Kemudian boleh ceduk kedalam bekas dan sejukkan.

Selamat mencuba 😀


gigih siapkan dengan anak perempuan...mula2 rasa syg nak makan.. lama2 tenung x boleh tahan..😂 jadi lah kudap2 untuk bud...
09/12/2025

gigih siapkan dengan anak perempuan...
mula2 rasa syg nak makan.. lama2 tenung x boleh tahan..😂
jadi lah kudap2 untuk budak2 sambil tgok tv..

ikan koi
itik

saya sertakan resepi disini

untuk ikan boleh buat perisa laici..

1 paket serbuk agar2 cap bintang
10 gelas air
gula ikut manis yg dikehendaki
1 cawam perisa laici
1/2 tin susu cair
acuan ikan koi/acuan itik

kacau bahan2 diatas sehingga mendidih kecuali perisa laici..bahagikan 2 bahagian untuk puding itik dan puding ikan koi.. untuk ikan koi mas**an perisa laici.. manakala untuk puding itik mas**an perisa jagung dan pewarna kuning sdikit.. dan matikan api tunggu sehingga puding suam2..
mas**an puding dalam acuan dan biarlan seketika didalam peti sejuk..
keluarkan puding ikan dan puding itik dari acuan dan warnakan dengan pewarna makanan dengan mengunakan kapas atau lidi yg bersih..
warnakan sehingga menjadi bentuk ikan koi dan warnakan mulut puding itik dan sayap dengan menggunakan warna oren..
biarkan seketika sehingga kering

untuk kolam p**a

2 peket serbuk agar2 cap bintang
20 gelas air
gula secukup rasa
perisa ape2 je
dan pewarna biru/hijau

kacau sampai air mendidih dan matikan
ini boleh dapat 20 bekas kecil

tuang adunan dalam bekas sejukan dalam peti seketika

kluarkan dan letak kan ikan koi diatas agar2 kolam tdi.. lepas itu siram sedikit lebihan agar2 tadi keats ikan koi.. sehingga menampakkan ikan koi seolah2 berenang..sejukan semula di dalam peti sejuk

manakala untuk puding itik p**a..
korek skit ditengah2 agar2 kolam tdi
satukan itik supaya menjadi itik yg sempurna dan tanam ditengah2 ditempat korek tdi..
curahkan sedikit lebihan agar2 kolam tu supaya menutupi bahagian yg dikorek tdi..

acuan saya edit dekat gambar ye... boleh tgok dekat situ...

maaf ye saya x pandai sgt tulis resepi.. kalau x faham boleh pm tanya saya..

mencuba..
memang rumit tapi bila siap memg puas hati..

Ramai tak tahu, gabungan buah ni bukan sekadar sedap tapi bantu detox, kempis perut, cerahkan kulit dari dalam & banyak ...
09/12/2025

Ramai tak tahu, gabungan buah ni bukan sekadar sedap tapi bantu detox, kempis perut, cerahkan kulit dari dalam & banyak lagi manfaat kesihatan lain ❤️

kredit: daily diaries

Masakan Ayam + Cendawan**SEDAP GILA!Tolong la korang, kena cuba resepi ni!!** # # # Bahan-bahan:2 ketul dada ayam1 bekas...
09/12/2025

Masakan Ayam + Cendawan

**SEDAP GILA!

Tolong la korang, kena cuba resepi ni!!

**

# # # Bahan-bahan:

2 ketul dada ayam

1 bekas cendawan butang (button mushroom)

Serbuk lada hitam secukupnya

Sedikit garam

1 sudu besar kicap cair

1/2 sudu kicap pekat (untuk warna, boleh abaikan)

1 sudu kecil bawang putih cincang

1 sudu besar minyak zaitun

1 sudu kecil tepung jagung (buat isi ayam lebih lembut)

# # # Cara Memasak:

1 Perap dada ayam:

Potong ayam nipis atau bentuk jalur. Perap dengan kicap cair, kicap pekat (jika guna), bawang putih cincang, lada hitam, garam dan tepung jagung. Gaul rata dan biar 15 minit.

2 Sediakan cendawan:

Basuh bersih dan hiris cendawan secara sekata supaya masak rata dan rasa padu.

3

Masak ayam:

Panaskan kuali l***r, masukkan minyak zaitun. Bila minyak sederhana panas, masukkan ayam dan goreng guna api sederhana hingga keemasan di kedua-dua belah.

4

Masukkan cendawan:

Tolak ayam ke tepi, guna minyak sedia ada tumis cendawan dengan cepat. Tabur sedikit garam supaya rasa asli keluar.

5

Campur & goreng:

Bila cendawan dah lembut dan keluar air, gaulkan semula dengan ayam. Taburkan lada hitam kisar dan goreng api besar sekejap je -SIAP!

*Tips Ekstra:

* Dada ayam tak kering sebab pakai tepung jagung + api sederhana

* Lada hitam wajib last tabur, baru bau keluar!

SALTED EGG PRAWN.BAHAN-BAHAN :- Udang 8-10 Ekor- 1 Chawan Susu Cair- Cili Padi Merah 4biji yang dihiris (kalau nak pedas...
09/12/2025

SALTED EGG PRAWN.

BAHAN-BAHAN :
- Udang 8-10 Ekor
- 1 Chawan Susu Cair
- Cili Padi Merah 4biji yang dihiris (kalau nak pedas, lebihkan. Kalau nak kurang pedas, kurangkan)
- 1sb/sk gula (bergantung kepada tahap kepedasan)
- 1 Biji Telur Masin (direbus dan diramaskan)
- 1-2 Tangkai Daun Kari
- 2sb Mentega / Marjerin dan 1sb minyak masak
- 2Biji Bawang Putih (dicincang halus)
- Sedikit lada sulah
- Sedikit Geram / Serbuk Pati Ayam (lagi sedap)

CARA-CARA :
- Goreng sekejap udang tersebut.
- Biarkan lebihan minyak bekas goreng, masukkan mentega/marjerin.
- Masukkan bawang putih, tumiskan sekejap. Kemudian masukkan cili padi dan daun kari.
- Sebelum bawang putih menjadi terlalu garing, masukkan susu cair.
- Masukkan telur masin yang telah diramas dengan penuh nafsu, amarah, dendam dan kebencian🤣😂
- Bila susu sudah mula memekat, masukkan gula, garam/serbuk pati ayam (sedikit sahaja).h
- Kemudian, masukkan udang. Taburkan sedikit lada sulah. Masak dengan api kuat sekejap. Bila keadaan kuah sudah menepati citarasa, tutup api dan hidangkan.

*tips, andai terlebih susu dan kuah lambat untuk pekat, masukkan sedikit tepung gandum dan kacau. Ia berfungsi sebagai agen pemekat. Ingat, kuah buttermilk mesti creamy dan pekat2 sikit tau. Kalau cair tu bukan buttermilk, tu kokokrunch. Heheh

Sekian. Tammat. Selamat mencuba,

Kredit Resepi : wan luqman

Nak masak power, kena mula dari memilih bahan yang betul!Ramai tak sedar… kesedapan masakan bukan pada resepi saja, tapi...
09/12/2025

Nak masak power, kena mula dari memilih bahan yang betul!

Ramai tak sedar… kesedapan masakan bukan pada resepi saja, tapi pada kualiti bahan dari pasar!

Dari cili, jagung, bawang putih, kentang, lobak merah sampai timun, semuanya ada ‘rahsia’ cara pilih yang ramai tak tahu.

Salah pilih? Confirm rasa lari, tekstur pun ke laut!

Dengan tip simple ini:

Nak pedas? Tengok bentuk cili.

Nak jagung manis? Tengok biji & rambutnya.

Nak bawang tahan lama? Tengok kulitnya.

Nak kentang selamat dimakan? Jauhi tompok hijau!

Nak lobak rangup? Lihat warna & pangkal.

Nak timun segar? Cari yang kecil & lurus.

Semua ni benda kecil, tapi besar kesannya dalam kualiti masakan harian kita.

Chef rumah wajib tahu!

kredit: rasa

Daging Kaprau. Bahan-bahan:🌸Daging yg telah diperap dgn Pes Tomyam Adabi selama setengah jam🌸Bwg besar yg dipotong 8 (as...
09/12/2025

Daging Kaprau.

Bahan-bahan:

🌸Daging yg telah diperap dgn Pes Tomyam Adabi selama setengah jam
🌸Bwg besar yg dipotong 8 (asingkan separuh-separuh)
🌸Cili api yang ditumbuk
🌸Sesudu sos cili thai dan sesudu kicap manis
🌸Daun limau purut (dihiris kasar)
🌸Sedikit gula

Cara-cara:

1. Tumis separuh bahagian bwg besar dan cili api sehingga garing.

2. Kemudian, masukkan daging yg telah diperap, masakkan sampai daging kecut dan air daging pun dah kering.

3. Lepas tuh, masukkan sos cili thai, kicap manis dan daun limau purut, kacau rata.

4. Masukkan sedikit gula. Dah siap.

4 Resepi Mudah Bento Sandwich Semua roti guna whole wheat, boleh guna canadian purple wheat juga. Sedap dan mengenyangka...
26/11/2025

4 Resepi Mudah Bento Sandwich

Semua roti guna whole wheat, boleh guna canadian purple wheat juga. Sedap dan mengenyangkan. Sesuai untuk bila-bila masa terutamanya untuk brunch dan picnic, kalau tak nak makan nasi boleh la ganti dengan sandwich macam ni.

Kredit: Linda Safar

Koleksi RESIPI NASI GORENG yang sesuai sangat masak untuk sarapan. Sedap, mudah dan membuka selera. Masak sendiri puas h...
26/11/2025

Koleksi RESIPI NASI GORENG yang sesuai sangat masak untuk sarapan. Sedap, mudah dan membuka selera. Masak sendiri puas hati. Segala rasa cukup. Tak tawar hebeh.

kredit kepada empunya resepi
semoga Allah murahkan lagi rezeki buatnya


Resepi Cheese Tart Air Fryer ❤️Guna Air Fryer pun boleh buat cheese tart yg sedap dan kiutt mcmni, anak2 confirm s**a. x...
26/11/2025

Resepi Cheese Tart Air Fryer ❤️

Guna Air Fryer pun boleh buat cheese tart yg sedap dan kiutt mcmni, anak2 confirm s**a. xda oven pun no problem 🤪

Kredit

Resepi Ayam Goreng BerempahBahan dan cara buat ada pada setiap gambar
26/11/2025

Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan dan cara buat ada pada setiap gambar

Resipi Ikan rebus ayaq asam.Bahan24 ekor ikan kembung1 ulas bawang merah besar diricih6 biji cili padi-diricih1 biji cil...
26/11/2025

Resipi Ikan rebus ayaq asam.

Bahan2

4 ekor ikan kembung

1 ulas bawang merah besar diricih

6 biji cili padi-diricih

1 biji cili besar merah dipotong 2cm

1 biji tomato-dipotong

3 s/b asam pes asam jawa

2 biji limau kasturi

1sudu kecil kerisik -( kalau nak letak saya tak letak ) Garam & gula - ( kalau nk letak )

Cara2:-

1-Ikan direbus atau di kukus

2-Biarkan ikan mendidih dan masak.

3-Angkat ikan dan ketepikan.

4-Bancuh air rebusan dgn bhn ricih (tambah air lg jika inginkan kuah yg lebih).

5-Masukkan bahan2 yg dipotong dihiris tadi (tomato + cili merah,cili padi & bawang besar).

6-Masukkan pes asam jawa & perahkan 2 biji limau kasturi

7-Masukkan blacan,kerisik,bubuh garam & gula,gaulka sebati.

8-Sesuaikan rasa & kepekatan kuah yg diingini.

🐟❤️Siram atas ikan rebus tadi, hidangkan dgn nasi panas.resepi boleh ejas ikut citarasa masing2 ye .🌷

Resepi by Bellanasz

Address

42-2, Plaza KLTS, 99, Jalan Gombak, Setapak
Kuala Lumpur
53000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Inspirasi Resepi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share