10/11/2023
Musim hujan ini mulalah kita terfikir betapa pentingya kalau kita ada mesin pengering pakaian di rumah. Bukan apa, berhari-hari baju yang disidai tidak juga kering-kering. Lama-lama berbau hapak p**a pakaian yang telah dicuci.
Ok meh saya share jenis-jenis dryer yang korang perlu tahu & korang boleh pilih ikut kesesuaian.
1. Air Vented
Harganya lebih murah. RM800 lebih boleh dapat. Cuma jenis ni kena letak dekat luar. Sebab nak alirkan wap air. Kalau letak dalam rumah, kena sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air tu.
2. Condenser
Manakala untuk jenis ‘Condenser’ p**a harganya agak sedikit mahal, sekitar RM1200 ke atas. Bagi jenis anda tidak ni perlu letak luar rumah kerana ia memiliki satu fungsi yang membolehkan wap akan ditukar menjadi air lalu disimpan dalam bekas yang ada pada mesin.
Cuma, setiap kali selepas keringkan baju, anda kena buang air tu secara manual. Dari segi penggunaan elektrik p**a agak sedikit tinggi jadi akan ada penambahan sebanyak RM15 hingga RM20 jika anda mengunakannya setiap hari.
3. Heat pump
Konsep dan fungsi jenis ‘Heat Pump’ masih sama dengan Condenser’ cuma berbeza dari segi kualiti dan ciri-ciri fungsi istimewa yang lain. Harga yang dijual sekitar RM2000 ke atas dan menjadikan mesin pengering baju jenis ‘Heat Pump’ antara yang termahal. Tapi saya ada jumpa jenama Beko heat pump harga tak sampai 2k. Berbaloi beli.
Ini kerana penggunaan kuasa elektrik bagi mesin pengering baju jenis ini sangat minima, sekitar 800watt sekali penggunaan.
Bukan itu sahaja, tempoh masa yang diperlukan untuk jenis ini sangat singkat dan pantas. Jadi dapat menjimatkan masa anda yang pastinya!
Ha, korang yang nak survey boleh survey kat sini 👇
Air Vented - https://shope.ee/7ACocotk4i
Condenser - https://shope.ee/40Fmr8tQnI
Heat Pump - https://shope.ee/7pSVPrZeIk