27/03/2026
Percaya atau tidak, latihan menulis berulang sebenarnya boleh bantu perkembangan emosi anak.
Bila anak selalu buat aktiviti menulis, otak mereka perlahan-lahan belajar beralih daripada “ikut emosi” kepada berfikir dengan lebih tenang dan logik.
Sekarang ni, teknologi memang banyak digunakan dalam pembelajaran. Tapi sebenarnya… tulisan tangan masih sangat penting.
Ia bukan sekadar belajar menulis, tapi membantu “reset” cara otak anak belajar.
Lebih menarik, aktiviti menulis juga bantu anak kawal diri (impulse control).
Anak yang mudah tantrum, cepat cemas, susah fokus atau ada cabaran tingkah laku — selalunya berkait dengan kawalan diri yang belum kuat.
Dan ya, latihan menulis boleh jadi salah satu cara untuk bantu mereka.
Bila anak buat aktiviti menulis berulang, otak mereka sedang belajar:
âś” fokus lebih lama
âś” sabar
âś” kawal emosi
âś” fikir sebelum bertindak
Perlahan-lahan, anak akan berubah dari
“ikut emosi” → kepada “boleh kawal diri”