20/07/2026
Assalamualaikum, kali ni saya nk tulis panjang sikit, setiap kali saya buat promosi untuk daybed ni, bila kita bagitahuu harga kt customer, banyak customer cakap mahal, ada kedai jual rm1000, RM1100, MANAKALA HARGA SAYA JUAL mahal RM1600, saya sebenarnya tk nk sekat rezeki orang lain, tp kt sini saya nk bgtau perkara jujur tentang daybed ni, harga sebenar dan kenapa ada yang boleh jual sampai rm900 tu.
Kualiti paling jelik (orang indo jepara panggil) siap foam dan kain paling murah di Indosia adalah sekitar 3-3.5juta rupiah bersamaan rm900 duit malaysia, ni harga kos tuan2 dan puan2,belum penghantaran dan untung penjual cukai dan lain2, ni kualiti kayu gred rendah, cat jenis yang murah kain yang murah dan foam yang murah, tp customer sering sindir saya, knp ada yang jual 900-1000 tu, iya ada, tu nama dia umpan, mungkin satu dua dia jual, nk beli online tk boleh, kena g kedai, dah pergi habis,klu dapat alhamdulilh, tk dapat sia2 je habis minyak kereta to, klu satu dua utk tarik customer saya pun boleh jual RM100, Tp kita ada prinsip meniaga, kita bukan pikir soal untung je, Kita cari keberkatan meniaga, unsur2 cmni kita awal2 lg elak,
Kembali kepada daybed td, iya saya jual RM1600 termasuk penghantaran, saya bagi kayu gred B yang hampir sempurna, knp saya tk guna gred A???? tuan2 dan puan2, gred a ni kayu dia besar, kayu besar guna buat almari dan pintu meja, kayu besar klu kita potong tu membazir, daybed tu tk perlukan kayu besar, untuk cat kita pakai brand impra, gred No 1 klu di Indonesia, utk foam d22 sama kualiti yang digunakan untuk sofa, kain pulak kita bg yang paling premium, anti cakar ezy clean, lepas tu siap penghantaran lg, cuba bayangkan dari kl hantar ke kedah hantar ke johor ke kelantan tp ttp sama Rm1600,knp saya boleh jual rm1600, saya ada kilang sendiri di sana, kita proses sendiri semua disana, pun orang cakap mahal lg.Ni kali terakhir saya explain pasal daybed ni, customer skg semua dah pandai, sape nk dtg tgk daybed ni boleh datang ke showrom kami di Kelantan dan Cheras, di kuching pun ada sample.