07/01/2025
Salam Takziah 🤲🌹
Abdul Kadir bin Dollah (1950-2025), Tokoh Mak Yong
PUSAKA berdukacita atas pemergian tokoh Mak Yong yang kami hormati dan kasihi, Abdul Kadir bin Dollah, yang mesra disapa Poksu Kadir. Beliau menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan paru-paru pada 6 Januari 2025, jam 6:40 petang, pada usia 74 tahun.
Pemergian Poksu Kadir merupakan kehilangan besar untuk seni Mak Yong, PUSAKA, dan seni budaya warisan Malaysia. Beliau adalah antara penggiat terawal dan utama Kumpulan Mak Yong Cahaya Matahari, yang diasaskan oleh Allahyarhamah Che Ning dan berpangkalan di Kuala Besut, Terengganu. Karisma dan kehalusan Poksu Kadir di panggung Mak Yong tiada tandingannya, terutamanya ketika memegang watak Mak Ibu Ayu dan Raja Samardaru dalam kisah Dewa Pechil.
Sepanjang tiga dekad, Poksu Kadir bekerjasama erat dengan PUSAKA — menghidupkan seni Mak Yong dalam pelbagai persembahan, baik di kampung mahupun di kota seperti Kuala Lumpur dan Singapura. Beliau juga memainkan peranan penting dalam menurunkan ilmu dan memastikan kesinambungan tradisi Mak Yong kepada generasi pelapis.
PUSAKA merakamkan ucapan takziah kepada komuniti Mak Yong di Kuala Besut, khususnya kepada kakak arwah, Che Siti binti Dollah, serta anak-anaknya, Rohana Abdul Kadir, Che Esa Abdul Kadir, dan Che Yom Abdul Kadir, yang mewarisi legasi Mak Yong arwah.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
-----
Abdul Kadir bin Dollah (1950-2025), Mak Yong master
PUSAKA deeply mourns the passing of our beloved master of Mak Yong, Abdul Kadir bin Dollah. Fondly known as Poksu Kadir, he passed away from a lung infection on 6 January 2025 at 6:40pm. He was 74 years old.
Poksu Kadir's passing is a great loss for the art of Mak Yong, for PUSAKA, and for Malaysian culture. May his soul be blessed and placed among the righteous.
Poksu Kadir was one of the principal performers and custodians of Kumpulan Mak Yong Cahaya Matahari, founded by the late Che Ning, and based in Kuala Besut, Terengganu. Renowned as a charismatic performer who embodied the distinctive Kelantanese aesthetic of 'halus' (refinement), Poksu Kadir was particularly known for his roles as Mak Ibu Ayu and Raja Samardaru in the story of Dewa Pechil.
PUSAKA worked closely with Poksu Kadir for three decades — for countless performances in the kampung and the cities of Kuala Lumpur and Singapore, as well as to pass down knowledge of the Mak Yong to the succeeding generation.
PUSAKA sends our deepest condolences to our Mak Yong community, especially to Poksu Kadir's sister, Che Siti binti Dollah, and to his daughters Rohana Abdul Kadir, Che Esa Abdul Kadir, and Che Yom Abdul Kadir, all of whom continue his Mak Yong legacy.
Image: Poksu Kadir mesmerises the audience at a PUSAKA performance in Kuala Lumpur in 2015, photo by David Chuah.