Oden Family Kuala Terengganu

  • Home
  • Oden Family Kuala Terengganu

Oden Family Kuala Terengganu We've been here since 2017 & based at Pulau Warisan. For any feedbacks or complains, do reach us on Instagram or Whatsapp🫡

09/12/2025

08/12/2025

Hai orang Terengganu, Oden Family telah keluarkan menu baharu dan famous sekarang iaitu YONG TAU FOO SUMBAT🥳 Jemput datang ke Pulau Warisan Kuala Terengganu

Salam semua, saya selaku wakil dari Oden Family (page kami tak boleh comment) ingin menjelaskan beberapa perkara berkena...
09/09/2024

Salam semua, saya selaku wakil dari Oden Family (page kami tak boleh comment) ingin menjelaskan beberapa perkara berkenaan posting sis ni untuk elak berlaku salah faham.

Pertama sekali, oden yang sis ni beli & expose adalah BUKAN Oden Family sebab di Pulau Warisan, ada 2 gerai sahaja yang niaga oden. Pekerja yang sis ni tanya berkenaan kuah dan bekas seperti yang dinyatakan tu adalah pekerja Oden Family. Pekerja masih ingat yang suami sis ni ada tanya kuah & bekas kena caj atau tidak. Pekerja saya memang explain bahawa bekas kita memang tak caj, cuma kuah dicaj mengikut saiz bekas yang diguna sahaja.

Dan, di gerai Oden Family memang ada kita letak sticker harga di setiap barang frozen dan print SENARAI HARGA KUAH di depan & memang ada customer yang baca & yang tak baca. Size mangkuk yang kita guna dari 1000cc hingga 2300cc yang dipanggil mangkuk jumbo, takkan size 2300cc kami nak caj RM1. Selama 7 tahun kita jual oden, belum pernah ada yang viral. Cuma kalau ada apa2 isu, customer akan reach out melalui IG atau Whatsapp & kita akan selesaikan secara baik.

Bagi customer yang memang membeli oden di Oden Family, tidak berpuas hati dengan soal rasa, dapat barang tak cukup atau kualiti barang rosak. Kami minta maaf sangat sangat dan sila reach out FB/ IG/ WS kami untuk kami ganti barang yang tertinggal/ barang rosak. Memang sebelum ni kalau customer dapat barang tak cukup/ barang tak elok, customer akan chat personally kita dan kita akan minta maaf dan minta walk in ke gerai untuk kami ganti yang baru. Kami transparent & open sahaja dengan semua feedback & aduan untuk kami improve dari semua aspek.

Terima kasih kepada semua yang dah support & minta maaf kepada customer Oden Family yang tidak berpuas hati. Segala comment & feedback anda, kami take note untuk kami perbaiki. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah SWT, yang buruk datang daripada kami.

Address


Telephone

+601161775833

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Oden Family Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Interior Service?

Share