Rafizah Hobiku Crochet

Rafizah Hobiku Crochet Hobi, minat, kesukaan......Crochet.

24/04/2026

Assalamualaikum.
Baru ada kelapangan untuk lama-lama di sini, mengait. Mak balik berubat di kampung. Hampir seminggu dah. Awal bulan 6 p**a balik ke Kuantan.
Beg terakhir saya beberapa hari lepas siap kait. Nanti saya kongsikan. Cukup lebar dia untuk saiz fon saya. Beg kecil je, tak s**a besar.
Daripada malam tadi ada di youtube sampailah sekitar jam 2 petang tadi. Ada butang yang saya tak aktifkan selama beberapa tahun ni. Tengok satu per satu video yang ada, aktifkan butang. Patutlah target tak sampai.....

Kumpul semangat nak mula semula sementara ada masa sebulan lebih. Masa yang tak begitu sibuk.

Ilham, datanglah.....

Assalamualaikum.Dah 10 hari saya berulang-alik ke HTAA. Mak saya kena strok 9/2/2026 lepas. 23/2 dijadualkan untuk CT sc...
18/02/2026

Assalamualaikum.
Dah 10 hari saya berulang-alik ke HTAA.
Mak saya kena strok 9/2/2026 lepas. 23/2 dijadualkan untuk CT scan semula

Alhamdulillah, banyak peningkatan pada mak. Daripada herot mulut, pertuturan tak jelas, minum susu guna tiub semua dah kembali normal. Mulut sikit dah herot, pertuturan makin jelas, dapat makan bubur.
Syukur padaMu Allah.
Tak banyak saya dapat mengait.
Lambat boleh kongsi kemajuan.

Assalamualaikum, selamat petang.Mencari ilham.Opis depan rumah je kita. Tapi mana-mana pun boleh, opis bergerak. Mengait...
07/02/2026

Assalamualaikum, selamat petang.

Mencari ilham.

Opis depan rumah je kita. Tapi mana-mana pun boleh, opis bergerak.

Mengait kena ubah kedudukan, bersandar pada kerusi. Kalau mengait di meja lebih ke menunduk. Penangan kait beg (mula 2,3 tahun lepas), sakit leher ke bahu jadinya. Ini yang saya beritahu anak dengan suami.

"ttekok ibu ni serupo Wok Yoh doh"
(salah satu watak dalam wayang kulit Kelantan). Orang Kelantan wajib tahu.

Bila sakit tu ada, selalunya mengait (menjahit-jahit tangan pun sama), leher ni rasa macam tak boleh tegak, lebih condong ke depan. Selalunya saya akan bersandar pada dinding untuk hilangkan rasa condong tu.

Cuba saiz yang ada dalam kepala. Ini saya nak jadikan beg. Saiz yang kecil sahaja, bentuk empat segi.

Cubaan ni, guna lebihan benang yang ada. Selongkar cari benang. Almaklumlah bulan kedua tak mengait. Kaitan moncit ni pun lupa dah....

Nanti saya kongsikan perkembangan beg ni.

Sebab rindu....Beberapa hari ni dah terdetik dalam hati bila nak mengait balik. Cari buku-buku nota kait. Tinjau-tinjau ...
07/02/2026

Sebab rindu....Beberapa hari ni dah terdetik dalam hati bila nak mengait balik. Cari buku-buku nota kait. Tinjau-tinjau dululah mana yang berkenan. Nanti bentuk beg boleh diolah.

10/01/2026

Assalamualaikum.
Maaf, tak sempat lama di page, group ni. Saya sibuk di page baru, Trio Hustle Affiliate. Kalau ada mencari ebook Trio Hustle untuk anak-anak boleh ke page yang saya sebut tu.

Assalamualaikum.Video ada di saluran youtube Rafizah Hobiku Crochet. Baru sahaja selesai muatnaik. Terlewat daripada jan...
27/12/2025

Assalamualaikum.
Video ada di saluran youtube Rafizah Hobiku Crochet. Baru sahaja selesai muatnaik. Terlewat daripada jangkaan sebab ada masalah sikit semasa edit. Lama p**a di situ.
Cubalah kait.
Terima kasih min yang baik, manis.

Alhamdulillah.Selesai rakam video. Yang semalam, pagi tadi siap edit. Yang baru siap rakam ni, akan edit tengah malam na...
25/12/2025

Alhamdulillah.
Selesai rakam video. Yang semalam, pagi tadi siap edit. Yang baru siap rakam ni, akan edit tengah malam nanti kalau mata tak pejam.
Petang esok mungkin boleh kongsi video.
Terima kasih min.

Assalamualaikum, petang semua.Baru siap kaitan tanpa rakam (off record). Guna dua hujung benang terus sebab nak jimatkan...
25/12/2025

Assalamualaikum, petang semua.
Baru siap kaitan tanpa rakam (off record). Guna dua hujung benang terus sebab nak jimatkan masa.
Benang putih tu sebab dah tahu berapa banyak guna dia untuk sarung botol air ni. Lagipun, off record, tak boleh nak potong benang ses**a hati.
Bahagian badan botol air tu kena siapkan 2 baris lagi. Yang ni kena rakam.
Pemegang dah siap kait. Baris akhir kaitan kena tunjukkan cara matikan kaitan. Pun kena rakam. Sebab tu benang belum potong. Dengan baki benang yang ada, nanti kena rakam cara kait pemegang tu. Itu jelah baki benang putih. Benang lagi satu dah siap kait. Nanti potong masa buat video.
Terima kasih min.

Haaa tu dia. Sampai sini dululah rekod video. Seterusnya kait tanpa rekod. Lama idok post ni dengan yang post tadi??  Ja...
24/12/2025

Haaa tu dia.
Sampai sini dululah rekod video. Seterusnya kait tanpa rekod. Lama idok post ni dengan yang post tadi?? Jadi boleh nilaikan tempoh masa merakam tu. Hampir 2 jam kot. Belum kira tempoh buat persiapan. Dari jam 9 lebih mula.
Sambung esoklah pulokk.

Assalamualaikum.Baru muncul.Untuk video berikutnya.Benang terakhir warna putih. Jadikan ia warna utama. Hampir sebuku be...
24/12/2025

Assalamualaikum.
Baru muncul.
Untuk video berikutnya.
Benang terakhir warna putih. Jadikan ia warna utama. Hampir sebuku benang habis untuk warna utama.
Dah siap saya kongsi hasilnya.

Assalamualaikum, pagi semua.Malam tadi dah jam 11 ke 12 tariklah benda ni. Idea untuk buat pemegang tu tak datang. Cuba ...
23/12/2025

Assalamualaikum, pagi semua.
Malam tadi dah jam 11 ke 12 tariklah benda ni. Idea untuk buat pemegang tu tak datang. Cuba kait thermal cord, tapi kaitan tu guna banyak benang. Lagipun warna untuk pemegang tu (sama warna tapak) hampir habis sebuku. Belum siap pemegang, belum tahu hasilnya bagaimana. Dan harapnya cukuplah sebuku benang untuk warna utama (tapak) tu. Untuk bunga/love tu sikit je guna benang.
Tq min

Address

Kuantan
25150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rafizah Hobiku Crochet posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share