14/02/2024
TIP OF THE DAY
Tips Dekorasi Cermin
1. Cermin di tepi tingkap
Letakkan cermin berhampiran tingkap supaya cahaya yang masuk dari luar dapat dipancarkan ke arah cermin. Pancaran tersebut dapat menambahkan pencahayaan semulajadi ke dalam ruang.
2. Cermin sebagai penyeri ruang
Antara ruang yang sesuai digantung cermin selain bilik air ialah ruang pintu masuk atau foyer, ruang tamu, ruang makan dan kamar beradu.
Bila letakkan cermin di ruang-ruang tersebut, ruang akan nampak lebih luas. Bila tetamu datang p**a, imej yang lalu-lalang menjadikan ruang nampak meriah seolah-olah ada ramai tetamu yang datang ke rumah.
3. Cermin sebagai titik tumpu / focal point
Ramai s**a letakkan cermin di tengah-tengah ruang sebagai titik tumpu dalam ruang. Pastikan pilih cermin dengan bentuk atau corak unik sebagai barang dekorasi dalam ruang supaya ruang nampak lebih menarik.
4. Cermin digantung di dinding paling luas.
Pilih untuk gantung cermin di dinding paling luas supaya ruang nampak berganda luasnya berbanding imej sebenar. Cermin juga boleh menjadi ilusi umpama tingkap bila pilih cermin yang mempunyai bingkai dan berbentuk segi empat tepat.
5. Gabungan cermin
Gantung dua cermin dengan corak yang sama mengikut jarak yang sesuai supaya memberikan gambaran simetri dalam ruang.
Jika anda s**a kumpul pelbagai jenis cermin dalam konsep atau material yang sama, bolehlah gantung cermin secara rawak di dinding yang sama sebagai feature wall rumah anda.
6. Cermin digabungkan dengan perabot
Jika di ruang pintu masuk atau foyer, selalunya cermin digantung di atas meja konsol atau kabinet kecil. Tujuannya supaya sebelum keluar rumah, sempat kita nak belek muka dan tudung, capai kunci atau barang atas meja dan terus keluar.
Ramai s**a letakkan cermin berhampiran meja makan. Selalunya cermin yang dipilih mestilah bersesuaian saiznya dengan meja makan supaya nampak sekata atau balance di ruang makan.
Credit : Ezd Airaniez, NZ Design
Untuk pembelian boleh klik link di bawah ya πππ»
https://surihomedeco.myshoppegram.com/
Nak tengok banyak lagi design yang menarik? Jom join catalog kami π€©ππ»
https://t.me/surihomedecohq
β€οΈβ€οΈβ€οΈβ€οΈβ€οΈβ€οΈβ€οΈ