14/08/2017
TIP CUCI KARPET MUDAH 😉👍👍
Permaidani yang tidak dijaga dengan sempurna biasanya akan cepat rosak dan menjadi kusam, apalagi sekiranya jarang dibersihkan. Kuman dan tungau berkemungkinan besar akan bersarang sehingga boleh menjejaskan kesihatan di samping bau yang kurang menyenangkan.
terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk merawat permaidani agar sentiasa kelihatan cantik, bersih dan tidak cepat rosak.
1)Bersihkan permaidani sekurang-kurangnya dengan menggunakan penyedut debu atau vakum.
2)Cuci permaidani menggunakan sabun khusus sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi menghilangkan bau hapak dan mengembalikan kesegaran.
3)Elakkan permaidani daripada terdedah kepada sinaran matahari langsung kerana ia akan memudarkan warna pada permaidani.
4)Ubah kedudukan permaidani dua atau tiga bulan sekali. Dengan cara ini, bahagian yang kerap dipijak atau menjadi laluan akan berganti kedudukan.
5)Untuk menghilangkan bau hapak pada permaidani, ambil sedikit serbuk soda dan percikkan di atas permaidani. Biarkan selama kira-kira setengah jam dan bersihkan mengguna vakum.
6)Jika bau lebih teruk atau sisa makanan atau cecair, larutkan 20 bahagian cuka di dalam 80 bahagian air. Cuci dengan cara mengelap menggunakan kain yang dibasahkan dengan larutan tadi.
7)Bersihkan kotoran atau bau secepat mungkin kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk membersihkannya.Bagi permaidani baru, pastikan tempat dan permaidani benar-benar bersih sebelum dipasang atau dibentangkan bagi mengelak kesan sampingan seperti alahan.
8)Permaidani yang dipasang melapisi keseluruhan ruang, pastikan terlebih dahulu pengudaraan persekitaran ruang benar-benar dalam keadaan baik.
Buka pintu atau tingkap jika perlu.
Pastikan juga ia tidak berdekatan punca lembap seperti berdekatan bilik air atau tempias hujan. Elakkan menggunakan ruang berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari selepas pemasangan.
Nak karpet anda segar,bersih,dan wangi seperti baru dibeli😊 ..jom cuci dengan kami..
Harga dijamin murah dari yang lain..