24/09/2026
Hujung tahun 2019, saya dapat satu job yang sampai sekarang saya masih ingat.
Sebab itu adalah client pertama saya.
Masa tu memang berdebar.
Bila orang pertama kali betul-betul percaya dekat kita untuk buat kerja rumah dia, rasa dia lain.
Client ni jumpa saya melalui iklan.
Dia jenis straight to the point.
Dia dah tahu apa yang dia nak.
Rumah tu area KL, rumah landed. Tapi sebenarnya bukan rumah dia sendiri.
Rumah mak dia.
Dapur dekat rumah tu dah ada. Jadi dia bukan nak buat semuanya dari kosong.
Dia cuma nak tambah kabinet bahagian atas, tall unit dan juga kabinet TV.
Mula-mula kami ada bincang juga pasal nak extend ruang bahagian tepi.
Tapi bila kira semula, mungkin bajet tak sesuai masa tu. Jadi kami fokus pada kerja kabinet yang diperlukan dulu.
Saya masih ingat masa pertama kali datang untuk ukur.
Dalam hati memang nervous.
First job kan.
Tak tahu lagi macam mana perjalanan projek nanti.
Tapi dalam masa yang sama rasa seronok.
Sebab selama ni kita cari customer, buat iklan, cuba yakinkan orang.
Akhirnya ada orang yang betul-betul kata,
βOkay, saya nak buat dengan awak.β
Lepas client bayar deposit 60%, saya mula buat drawing dan hantar ke kilang untuk proses.
Daripada deposit sampai semuanya siap ambil masa lebih kurang 3 minggu.
Alhamdulillah, sepanjang proses tak ada masalah besar.
Bila sampai hari pemasangan, semua kabinet dapat siap dipasang dalam masa satu hari.
Masa tu memang lega.
Lagi puas bila tengok client pun puas hati dengan hasil kerja.
Tapi ada satu benda yang saya paling ingat.
Lepas siap, dia cakap lebih kurang,
βNanti saya nak buat rumah saya pula.β
Dan betul.
Lebih kurang setahun kemudian, dia datang balik.
Untuk seorang yang baru dapat client pertama, ayat macam tu besar maknanya.
Sebab ia bagi keyakinan yang kerja kita bukan sekadar siap.
Orang puas hati sampai sanggup datang semula.
Job pertama tu Alhamdulillah ada untung.
Tapi bila saya tengok balik sekarang, nilai paling besar bukan pada untung tu.
Ia bagi saya keyakinan untuk terus cari job kedua, ketiga dan seterusnya.
Kadang-kadang kita tak perlukan terus 100 customer.
Kita cuma perlukan customer pertama yang percaya dekat kita.
Lepas tu buat kerja sebaik mungkin.
Sebab kita tak tahu.
Mungkin customer pertama itulah yang buka jalan untuk banyak lagi job selepas itu.