30/10/2025
Buruk baik mak ayah, mereka tetap mak ayah kita.
Kita sebagai anak, kita juga tidak sempurna. Kalau nak cari mak ayah sempurna, mustahil dan pastinya kita takkan jumpa di mana-mana. Buruk baik mak ayah, mereka tetap mak ayah kita. Yang membesarkan kita. Memberi makan pada kita. Menyediakan kesenangan dan tempat tinggal untuk kita. Sampai kita menjadi seorang manusia yang berguna pada hari ini. Maafkan kesalahan kesilapan mak ayah kita. Tanpa mereka, kita pastinya tidak ada di dunia ini. Layani mereka dan santuni mereka dengan baik seperti mana mereka telah layan dan santuni kita waktu kecil hingga dewasa.
Jika ada salah silap mak ayah kita buat, itu dosa mak ayah dengan Allah. Tiada hak kita sebagai anak nak hukum mereka. Tapi jika ada salah silap kita pada mak ayah kita, kita sudah berdosa dan derhaka kepada Allah dan mak ayah. Baik buruk mak ayah, mereka tetap mak ayah kita. Macam mana pun keadaan, tidak patut kita sebagai anak buang mereka dari hidup kita. Kerana ikatan ini tidak akan pernah putus sampai bila-bila. Mungkin hari ini kita masih kuat, masih muda, kaya berjaya dan boleh buat apa sahaja. Tapi ingat, suatu hari nanti jika dipanjangkan umur pastinya kita juga akan merasa hidup tua. Kita akan sakit. Kita akan kembali miskin. Dan saat itu nasib kita belum tentu lagi bagaimana.
Kerana ingat akan pesan guru, apa yang kamu lakukan kepada orang tua kamu maka itu lah yang akan anak-anak kamu lakukan kepada kamu akan datang. What goes around come around. Perbuatan zalim kepada ibu bapa, tidak tunggu di akhirat. Allah pasti akan balas direct atas dunia. Kalau hari ini kita rasa hidup kita susah, sakit, sempit, stress, tidak tenang, banyak masalah, ujian dengan anak suami dan rumahtangga, cuba kita tilik hisab kembali. Bagaimana solat kita. Bagaimana hubungan kita dengan mak ayah kita. Kenapa perlu lihat dua perkara ini? Kerana-Hablum minallah wa hablum minannas. Jaga hubungan baik dengan Allah dan jaga hubungan baik sesama manusia.
Jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan sesama manusia termasuklah dengan ibu bapa. Inilah kunci utama ketenangan dan kebaikan hidup. Kata guru lagi, tiada guna kebajikan yang dilakukan jika hubungan dengan ibu bapa tidak dijaga. Lihatlah mak ayah kita, mereka sedang menua. Mereka makin meninggalkan kita. Maafkanlah mereka. Gembirakan mereka. Dulu kita dijaga mereka, sekarang biarlah kita p**a menjaga mereka. Supaya akan datang nanti anak-anak kita juga akan menjaga kita dan menyayangi kita seperti mana kita menyayangi kedua orang tua kita. Jagalah mereka, kerana jalan inilah yang menjadikan pintu syurga itu terbuka luas. Mereka juga adalah syurga kita.